BERCINTA dengan suami orang bukan perkara baharu tetapi menjadikan suami orang untuk bercinta sebagai bahan uji kaji jarang-jarang berlaku. Mungkin sukar untuk mempercayainya, tetapi seorang gadis yang mendakwa dirinya adalah pelajar jurusan syariah sedang melakukan kajian itu untuk tugasannya. Kajian tersebut adalah mengenai kecurangan suami dalam rumahtangga dan dia perlu bercinta dengan bukan seorang, tetapi beberapa lelaki berstatus suami orang untuk dijadikan respondennya. “Saya merupakan pelajar jurusan syariah. Sekarang ini, saya sedang bercinta dengan beberapa orang suami untuk dijadikan sebagai ‘responden tidak dikenali’ untuk kajian saya. Kajian saya adalah berkaitan kecurangan suami dalam rumahtangga,” menurut perkongsiannya di kumpulan Facebook ‘Luahan Orang Bujang’ sehingga menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri! ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada anak jadi alasan, tapi suami elak periksa kesuburan... “Hancur hati tengok dia curang dengan budak muda” ARTIKEL BERKAITAN: Dicurangi kerana awek muda, isteri malang akhirnya dicerai talak 2... status subur suami masih jadi tanda-tanya Setakat ini, perkongsian tersebut meraih lebih 1,700 komen dan dikongsi lebih 460 kali, serta mendapat lebih 1,800 tanda suka. Menurut gadis itu, kebanyakan responden yang dipilihnya merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur termasuklah anggota tentera, bomba, penguatkuasa dan akauntan. Perkongsian seorang gadis mengejutkan banyak pihak. Mengulas lanjut, gadis itu menjelaskan bahawa setiap kes tersebut memerlukannya untuk bercinta selama seminggu dan keluar bersama suami orang sebanyak dua kali. “Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian. “80 peratus daripada responden ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu. “Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baharu semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang,” katanya. Secara keseluruhan, gadis yang tidak didedahkan identiti dan instituasi pengajian tinggi (IPT) itu membuat kesimpulan mengenai punca kecurangan suami. “Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah pertama; isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga melupakan suami, kedua; isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus, ketiga; isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami. “Keempat; isteri sudah tidak hormat pada suami, di rumah pun hanya bercakap dengan panggilan ‘aku kau’ dan kelima; perempuan di luar lebih menggoda,” tambahnya. Komen warganet mengenai kajian yang dilakukan pelajar syariah itu. Sehubungan itu, dia mengemukakan soalan secara terbuka kepada pihak suami mengenai apakah yang sebenarnya kaum suami mahukan daripada seorang isteri. “Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?” katanya. 80 peratus daripada responden ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu. Pelajar jurusan syariah Pendedahan itu juga dikejutkan dengan pengakuan ‘berani mati’ gadis berkenaan apabila mengaitkan dirinya dengan seorang penguatkuasa di sebuah jabatan kerajaan. “Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden... seorang penguatkuasa di sebuah jabatan. Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak,” katanya. Luahan pelajar jurusan syariah itu menimbulkan tanda tanya dan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang terkejut dan mempertikaikan kajian yang dijalankannya. “Rare betul kajian awak, yakin sungguh ye,” sindir seorang gadis. Pendedahan seorang gadis yang bercinta dengan suami orang semasa membuat kajian membangkitkan kemarahan warganet. “Belajar bidang syariah, tapi ganggu suami orang. Pandai awak ye,” komen seorang warganet. “Wow hebat, dalam kajian pun masih boleh jatuh cinta atau itu memang niat atau dah termakan janji manis dengan kata-kata dari nombor satu sampai nombor lima?" soal seorang wanita. “Kalau kamu jujur, kamu takkan jatuh cinta dengan bahan kajian kamu,” ujar seorang warganet dengan nada kesal. “Hebatnya kamu. Buat kajian untuk pelajaran anda itu tidak salah, tapi cara anda buat kajian itu yang salah,” ujar seorang warganet memberikan pandangan. “Dan anda salah satu punca kenapa suami-suami kajian anda ini berlaku curang. Renung-renungkan dan selamat beramal,” tambahnya.