suria

‘Move on’ selepas tak jadi tunang, pemuda ini akhirnya jual cincin – “Nak hadiahkan kat mak, tapi malangnya...”

Ayim akhir membuat keputusan untuk menjual cincin yang sepatutnya dijadikan sebagai cincin pertunangannya pada bulan ini. Foto ihsan Muhammad Khairunnaim Mohd Sobri

TANGGAL 26 Oktober 2019 mungkin tidak akan dilupakan oleh seorang pemuda sampai bila-bila kerana ia sepatutnya menjadi hari pertunangannya bersama gadis pilihan.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila hubungan cinta yang terjalin selama enam tahun terputus di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih tak suka orang Kelantan, pemuda tawar cincin ‘free’ gara-gara bertunang tak jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak jadi tunang ‘buat hal’, bawa cincin jalan-jalan pakai ‘seatbelt’, “Saya dah ‘move on’, ramai bertanya dan berminat”

“Bercinta lama sekali pun kalau dah ditetapkan tak ada jodoh maka tak adalah. Sebenarnya, hati manusia ni mudah berbolak-balik, jadi jangan kita terlalu berharap kelak kita akan kecewa dan merana. 

“Walaupun berat hati nak jual, tapi terpaksa. Selamat tinggal Cincin Viral!!!” menurut perkongsian Muhammad Khairunnaim Mohd Sobri di laman Twitter sehingga tular.

Bercakap kepada mStar, Muhammad Khairunnaim mendedahkan tarikh pertunangan yang dicadangkan itu sebenarnya adalah hari ulang tahun bekas kekasihnya yang ke-24.

Namun pemuda berusia 27 tahun itu akur tiada jodoh antara mereka dan sejak putus cinta pada Julai lalu, ramai yang membuat tawaran untuk mendapatkan cincin berkenaan.

“Dulu, masa saya kata nak beri secara percuma kepada mana-mana yang bertuah, ramai sarankan lebih baik jangan sebab membazir. Jualkan saja cincin tu.

“Memang ramai nak beli cincin tu, tapi semua nak beli dengan harga murah, malah serendah RM300 sedangkan beribu saya beli cincin tu,” katanya.

Selamat tinggal 'cincin viral'.

Selepas beberapa bulan, Muhammad Khairunnaim yang lebih mesra dengan panggilan Ayim akhirnya membuat keputusan untuk memulakan hidup baharu.

Justeru, anak sulung daripada lapan beradik itu berhasrat untuk menghadiahkan cincin tersebut kepada ibunya.

“Saya biarkan dulu cincin tu lama-lama, ambil masa untuk move on. Bila nak mulakan hidup baharu, segala kenangan lama yang pahit nak buang.

Saya biarkan dulu cincin tu lama-lama, ambil masa untuk move on. Bila nak mulakan hidup baharu, segala kenangan lama yang pahit nak buang.

AYIM

“Saya fikir daripada jual cincin tu, lebih baik saya hadiahkan kepada mak. Nak hadiahkan kat mak, tapi malangnya jari mak pula tak muat pakai cincin tu.

“Mak kata juallah cincin tu. Jadi, atas saranan mak, saya memutuskan untuk menjual cincin yang tular tu di kedai pajak gadai di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu lalu,” tambahnya.

Hati Ayim kini terbuka untuk mengenali sesiapa.

Ayim berkata, duit jualan cincin itu disimpan untuk kegunaan kecemasan atau digunakan untuk membeli cincin tunang sekiranya bertemu jodoh kelak.

“Hati saya sudah terbuka untuk mengenali sesiapa. Tapi nak kenal ni memang ambil masa. Sedangkan bercinta enam tahun pun ada macam-macam dugaan,” katanya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Pemuda yang bekerja di bahagian kewangan di sebuah syarikat itu masih tetap dengan harapannya agar jodohnya nanti seorang yang menghormati dirinya dan ibu bapanya.

“Saya tak kisah pun siapa dia, kalau sedap mata memandang tu dikira bonus. Tapi kalau tanya ciri-ciri lain, sudah tentu saya suka calon yang pandai masak.

“Saya ni tak cerewet soal makan, tapi saya suka makan nasi goreng... paling saya suka adalah nasi goreng pattaya,” kata Ayim yang turut membuat video reviu makanan secara sambilan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cincin, tunang

Artikel Lain