suria

Hangat isu body shaming, pemuda albino pertahan tindakan ketika program TV – “Ia cara terbaik... saya ada in the right place, at the right time”

Azfar tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya bersuara mengenai isu body shaming dalam program TV secara langsung. Foto instagram azfarovski

ISU body shaming hangat diperkatakan ketika ini selepas seorang mangsa serangan itu lantang bersuara terhadap pembulinya secara bersemuka menerusi program secara langsung TV.

Semuanya gara-gara ‘drama’ antara jejaka sado, Shazwan Zafran dan model albino, Azfar Firdaus semasa menjadi tetamu program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada Isnin.

Ada yang setuju dengan tindakan Azfar bersuara tentang Shazwan menerusi program yang ditonton rakyat seluruh negara, namun tidak kurang membantah dengan menyifatkan ‘sindiran’ model itu semasa bersiaran langsung sebagai tidak matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat serangan peribadi, mat sado dihentam pemuda albino mangsa buli siber masa siaran langsung TV – “Merah padam muka masa tu... dia tak profesional!”

ARTIKEL BERKAITAN: Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – “Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka”

Bercakap kepada mStar, Azfar menegaskan dia hanya mengetahui senarai nama tetamu jemputan bagi segmen berkenaan pada malam sebelum menghadiri program MHI, pagi Isnin.

(dari kiri) Shazwan, Azfar dan Zulin semasa menjadi tetamu jemputan MHI bagi membincangkan tentang isu body shaming.

Model sambilan berusia 25 tahun itu bagaimanapun dikejutkan apabila carian di Internet menunjukkan salah seorang tetamu iaitu Shazwan pernah mengeluarkan kenyataan di Twitter berbentuk ancaman terhadapnya.

“Pada mulanya memang saya tak tahu. Tapi selepas membuat semakan tentang latar belakang tetamu yang dijemput dalam program dan segmen yang sama, saya rasa marah.

“Ada yang menasihatkan saya untuk menarik diri daripada menjadi panel jemputan kerana apa yang dia buat adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

“Namun, sebagai mangsa body shaming, adalah lebih baik untuk saya tampil memberikan pandangan kepada umum tentang betapa seriusnya hal ini kerana kesannya menyebabkan seseorang itu depresi sehingga boleh bertindak untuk membunuh diri,” katanya kepada mStar.

Azfar (kiri) dan Shazwan, kedua-duanya pernah menjadi mangsa body shaming.

Azfar yang berasal dari Johor turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat jahat untuk memalukan Shazwan semasa kedua-dua mereka bersama seorang lagi tetamu jemputan iaitu pelakon, Zulin Aziz memberikan pandangan dan pendapat tentang body shaming.

“Masa tu saya tidak minta orang untuk membenci dia dan saya juga tidak minta dia supaya mohon maaf. Saya hanya menegur tentang apa yang pernah dia lakukan itu adalah salah.

Saya akui pernah melakukan kesilapan dan telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya belajar memperbaikinya dan move on

AZFAR

“Apa yang saya katakan ketika itu bukan untuk saya semata-mata, tetapi mewakili semua orang yang pernah menjadi mangsa buli siber kerana body shaming

“Bila saya berada dalam satu bilik dengan seseorang yang begitu ekstrem dan soalan yang ditanya oleh pengacara pula secara kebetulan berkaitan, maka saya menggunakan platform yang ada (program TV) untuk bersuara tentang buli siber. Bagi saya ia adalah cara terbaik yang saya ada ketika itu... in the right place, at the right time,” katanya.

Perkongsian di Twitter membabitkan Shazwan dan Azfar.

Mengenai tular tweet lamanya kerana didakwa pernah melakukan body shaming terhadap orang lain, Azfar yang merupakan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan nasib golongan orang kelainan upaya (OKU) itu menjelaskan ia sekadar salah faham.

Dia bagaimanapun mengakui kesilapannya kerana ketika itu menulis di Twitter di luar konteks dan mendakwa ia merupakan perbualan bersama rakan sehingga mengelirukan warganet berhubung kenyataannya.

Tweet pertama saya menjawab mengenai akaun seorang pengguna Twitter yang dinyahaktifkan ketika itu tetapi saya memberi respons kepada tindakannya itu.

“Jadi, cubaan bunuh diri yang dimaksudkannya itu disebabkan perkara lain. Pengguna Twitter itu sendiri memberitahu kepada umum bahawa saya bukanlah penyebab kepada cubaannya untuk membunuh diri. 

(kiri) Tweet lama Afzar yang menjadi kontroversi. (kanan) Penjelasan daripada seorang mangsa buli apabila dikaitkan dengan Azfar.

“Kedua adalah mengenai saya membuat body shaming terhadap orang lain 12 tahun lalu. Tweet saya itu adalah tentang kesan apa yang saya dapat selepas berbuat demikian.

“Saya akui pernah melakukan kesilapan dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya belajar memperbaikinya dan move on. Apa yang paling penting adalah menjawab terhadap semua tindakan kita sendiri,” katanya sambil menambah sedia berdamai dengan Shazwan sekiranya pemuda sado itu sedia memohon maaf secara bersemuka dan profesional.

Azfar merupakan model sambilan.

Pada Isnin, menerusi topik ‘Hapuskan Sindir Badan, body shaming tak kelakar’, Azfar mengimbas mengenai dirinya pernah diserang di media sosial berikutan satu tweet berunsur ancaman terhadapnya.

Keadaan menjadi tegang apabila Azfar kemudian merujuk Shazwan yang secara kebetulan merupakan individu yang menghantar tweet itu, mengaitkan dirinya dengan artikel mengenai golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain