RAMAI tidak menyangka berlaku insiden di mana seorang mangsa buli siber bertindak berani membuat konfrontasi terhadap pembulinya menerusi program bual bicara yang disiarkan secara langsung. Konfrontasi antara model albino, Azfar Firdaus dan jejaka sado, Shazwan Zafran sememangnya menggemparkan, ada yang menyokong dan menyifatkannya sebagai pengajaran buat semua pembuli siber terutama berkaitan isu body shaming. ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... saya mengaku tak profesional” - Jejaka sado kesal lakukan serangan buli siber, body shaming di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu body shaming, pemuda albino pertahan tindakan ketika program TV – “Ia cara terbaik... saya ada in the right place, at the right time” ARTIKEL BERKAITAN: Akibat serangan peribadi, mat sado dihentam pemuda albino mangsa buli siber masa siaran langsung TV – “Merah padam muka masa tu... dia tak profesional!” Shazwan kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka pada Rabu dan mengaku kesilapannya melakukan serangan buli siber dan body shaming di media sosial. (dari kiri) Shazwan, Azfar dan Zuli menjadi tetamu jemputan dalam program MHI. Kebanyakan warganet menyokong tindakan pemudia berusia 22 tahun itu kerana berani mengaku kesilapan dan memperbaiki dirinya. Mangsa buli, Azfar pula menerima permohonan maaf terbuka Shazwan dan menyambut baik pengakuan serta penjelasan jejaka sado itu. “Aww. This is sweet. Terima kasih di atas permohonan maaf kamu. Kita sudah tentu boleh terus menjadi orang yang lebih baik selagi kita belajar dan memperbaikinya. “Saya harap kamu boleh terus memberikan motivasi kepada orang lain supaya pergi bersenam di gim,” menurut tulisan Azfar di Twitter pada Rabu. Aww. This is sweet. Terima kasih di atas permohonan maaf kamu. Kita sudah tentu boleh terus menjadi orang yang lebih baik selagi kita belajar dan memperbaikinya AZFAR Malahan, Azfar yang merupakan model sambilan turut mempelawa Shazwan untuk berjumpa dengannya. “And if you would still have me, nanti boleh lepak minum kopi sama. Saya belanja!” ujar pemuda berusia 25 tahun itu. Tulisan Azfar di laman Twitter susulan permohonan maaf Shazwan. Bercakap kepada mStar, Azfar berkata, pelawaannya itu sebagai tanda berdamai kerana dia mahu menerapkan persekitaran yang positif dengan sesiapa sahaja. Ditanya sama ada akan mendapatkan tip mengenai senaman di gim, Azfar berkata: “Hahaha, saya bukan budak gim. Tapi kalau hendak berkongsi tip mengenai modeling, apa salahnya... saya ok.” Pada Isnin, Azfar dan Shazwan termasuk pelakon, Zulin Aziz dijemput ke program Malaysia Hari ini terbitan TV3 untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa body shaming. Menerusi topik ‘Hapuskan Sindir Badan, body shaming tak kelakar’, Azfar mengimbas mengenai dirinya pernah diserang di media sosial berikutan satu tweet berunsur ancaman terhadapnya. Keadaan menjadi tegang apabila Azfar kemudian merujuk Shazwan yang secara kebetulan merupakan individu yang menghantar tweet itu, mengaitkan dirinya dengan artikel mengenai golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.