suria

Dulu sanggup pimpin tangan, basuh berak dan tidurkan opah, sekarang baca Yasin buat arwah… Cinta berpisah mati tokwan bikin cucu sebak

Othman sering membaca surah Yassin untuk arwah isterinya setiap malam.

CINTA hingga ke syurga... Itulah yang boleh disimpulkan ikatan kasih warga emas berusia 84 tahun terhadap arwah isteri tersayang yang telah empat tahun meninggal dunia.

Rasa sayang itu tidak diluahkan menerusi kata-kata tetapi dapat dilihat menerusi amalannya iaitu membaca surah Yasin pada setiap malam untuk dihadiahkan kepada arwah isteri tercinta.

Perkara itu dikongsi Muhammad Habib Mohd Shehri di Twitter yang kagum melihat keagungan cinta datuknya yang dipanggil tokwan iaitu, Othman Min terhadap arwah isteri, Muslimah Mad Som.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari-hari cakap nak pergi syurga” - Lawat atuk sakit, cucu soleh lemas di kolam renang dewasa

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Sayang punya fasal, opah bawa cucu pergi mengajar aerobik, atuk pula marah tak disuruh mandikan baby

Perkongsian Muhammad Habib mengenai kisah tokwannya membaca surah Yasin untuk arwah opahnya setiap malam mendapat 8,600 ulang kicau dan 12,500 tanda suka.

Posting Muhammad Habib mengenai tokwannya menjadi tular di Twitter.

Jelas pemuda berusia 19 tahun itu, tokwannya sering melakukan amalan tersebut sejak pemergian opahnya pada 2015.

"Setiap malam selalunya sama ada selepas Maghrib ataupun sebelum tidur tokwan akan baca surah Yasin untuk di hadiahkan kepada arwah opah. Biasanya macam itulah setiap malam kecuali kalau dia sakit atau tak boleh bangun.

"Pemergian opah memang beri kesan kepada tokwan saya. Sejak ketiadaan arwah opah, tokwan nampak lagi kerap beremosi sebab mereka amat mesra. Kiranya opah penguat semangat tokwan untuk teruskan hidup.

Tokwan memang sayang sangat kat opah. Walaupun opah saya nyanyuk, tokwan tetap pimpin tangan dia, tolong basuhkan berak dan tidurkan dia. Begitulah kemesraan mereka.

MUHAMMAD HABIB MOHD SHEHRI

PENUNTUT UiTM, SHAH ALAM.

"Tokwan memang sayang sangat kat opah. Walaupun opah saya nyanyuk, tokwan tetap pimpin tangan dia, tolong basuhkan berak dan tidurkan dia. Begitulah kemesraan mereka," katanya.

Malah Muhammad Habib berkata, dia sebak setiap kali melihat tokwannya tidak jemu-jemu membaca surah Yasin untuk arwah opahnya.


Tinggal kenangan... Muhammad Habib (baju kuning) sewaktu kecil bersama arwah opah dan tokwannya.


"Saya sendiri pun pernah rasa down sangat-sangat sebab saya tak dapat tengok jenazah opah buat kali terakhir sebab saya sekolah asrama penuh di Kelantan," katanya.

Menurut penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia tidak menduga perkongsiannya mendapat perhatian netizen.

"Saya terkejut jugalah. Saya kongsi kisah itu kerana mahu orang ramai menghargai orang yang dicintai meskipun sehingga nafas yang terakhir.

"Kalau dah meninggal pun tetap sayangkan dia sebab cinta itu berkekalan walaupun tak ada fizikal yang dapat kita sentuh atau lihat lagi.

Muhammad Habib bersama tokwannya yang masih lagi sihat meskipun berusia 84 tahun.

"Saya juga nak buktikan tidak semua lelaki tak berguna. Biasanya ramai orang cakap men are trash. Tapi itu tak betul sebab saya sendiri dapat lihat menerusi kasih sayang ditunjukkan tokwan saya pada arwah isterinya," katanya.

Menerusi ciapan itu, ramai netizen berkongsi pengalaman sama seperti dilihat Muhammad Habib.

"My Aki everyday after solat kat masjid subuh tu pergi melawat kubur arwah wan. Kat kubur tu siap ada kerusi untuk aki duduk baca Yasin. I miss her a lot," tulis seorang pengguna Twitter.

"Semalam lawat nenek and tetiba sebak bila masuk bilik nenek sebab nenek aku gantung baju and kopiah arwah atok aku dalam bilik dia," kata U.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain