PERKONGSIAN foto seorang pelajar perempuan di Twitter ternyata mengundang perdebatan ramai. Mana tidaknya, salah satu foto berkenaan memaparkan dia menunjukkan isyarat jari tengah yang disifatkan netizen sebagai lucah dan biadab. Tampil mempertahankan diri, gadis berusia 17 tahun yang mesra disapa Wani itu mengakui peka dengan cakap-cakap orang di media sosial mengenai dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suka main Tik Tok, gadis ini dituduh attention seeker sebut ‘bra’ ketika pakai tudung labuh, “Asalnya jadi ustazah, tapi cancel...” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dikecam gara-gara cakap tak serupa bikin, “Ikut lelaki mampu, tapi I ada degree paling kurang RM15,000” Namun, ia langsung tidak memberi kesan buatnya yang mana kritikan itu dianggap sebagai perbezaan pendapat sahaja. "Reaksi saya kan, sebenarnya rasa biasa, sebab ini bukan kali pertama kena kecam. Perkongsian Wani di Twitter. "Tapi bagi saya, macam ni rupanya rakyat Malaysia. Bagi saya itu jari. Orang kecam sebab berbeza pendapat kan?" ujarnya sewaktu dihubungi mStar. Mengulas kritikan ramai yang menuduh dia merosakkan imej bertudung, Wani ternyata mempunyai pandangan berbeza. Malah, dia juga tidak menyangka foto itu akan tular memandangkan dia bukanlah seseorang yang popular di laman Twitter. Orang kat sekolah semua memang dah masak dengan perangai saya. Sebab saya memang ganas, macam kasar la. WANI "Saya bukan famous pun di Twitter ni, itu yang terkejut bila blow up. "Pada saya, betullah bawa maruah agama, tapi saya rasa itu jari. Saya hanya tunjuk dan tak cakap apa-apa," katanya. Kata Wani lagi, penularan foto itu turut diketahui rakan-rakan serta guru di sekolahnya. Namun, dia mengakui tidak kisah memandangkan ramai yang tahu sikapnya yang gila-gila dan kasar. "Orang kat sekolah semua memang dah masak dengan perangai saya. Sebab saya memang ganas, macam kasar la. "Mereka memang tahu saya gila-gila. Semua macam sekepala la, dah faham perangai saya yang memang kasar. Wani tidak bersetuju dengan individu yang menunding jari terhadap ibu bapanya. "Pada masa sama, saya tak buat hal pun dengan mereka. Hanya perwatakan kasar. Tak ambil port pun kalau orang mengata," katanya lagi. Mengulas netizen yang memberi kecaman terhadap dirinya, Wani mengakui akan lebih menghargai jika dia ditegur secara peribadi. Kata Wani, dia melihat segelintir individu yang menegurnya secara terbuka sebagai clout chaser yang mengejar populariti sahaja. "Semua kecam dengan bad words. Ada segelintir tu tegur elok-elok. Paling ingat, mereka libatkan ibu bapa. Ibu bapa saya dah bagi didikan sempurna. Tapi ni atas diri saya la. "Kalau nampak yang tegur di Twitter tu, mereka clout chaser sebab yang tegur tu secara terbuka (qoute tweet). Tak ada pun yang tegur menerusi direct message (DM). "Semua nak famous dan raih beribu Retweet. Saya memang tak kisah, tak rasa apa pun. Memang tak beri kesan, sikit pun tak stress," kata gadis yang menetap di Shah Alam itu.