suria

Pemuda stres, awek curang kantoi 2 minggu lepas bapa meninggal - "Sayang... tapi saya ungkit, tak boleh terima apa dia buat”

Luahan lelaki itu menerima respon ramai di Twitter. (Gambar Hiasan)

KEJUJURAN dan kesetiaan merupakan kunci utama dalam hubungan antara dua jiwa.

Namun, bagaimana perasaan anda sekiranya orang tersayang sanggup berlaku curang dan melakukan perbuatan terkutuk yang dilarang agama.

Begitulah luahan seorang jejaka apabila teman wanitanya kantoi kerana melakukan hubungan intim dengan lelaki lain pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

Enggan mendedahkan identitinya, dia membuat luahan menerusi Twitter @twt_cinta bagi meminta pendapat orang ramai mengenai situasi itu.

"Apa patut saya buat bila teman wanita kantoi tidur dengan lelaki lain tiga kali masa bulan Januari tapi saya baru tahu Jun hari tu?

"Saya stres sangat saya tak tahu nak buat apa. Saya terima sebab saya sayang dia tapi saya tak boleh terima apa yang dia dah buat pada saya," ujarnya.

Saya tetap ungkit apa yang dia buat tu sampai hari-hari bergaduh benda yang sama. Saya sayang dia tapi saya tak boleh nak terima benda macam tu, apa patut saya buat

TEMAN LELAKI MALANG

Tambah pemuda itu, lebih menyedihkan apabila perbuatan insan kesayanganya itu diketahui dua minggu selepas bapanya meninggal dunia.

Situasi berkenaan juga menyebabkan mereka sering bertengkar.

"Saya tetap ungkit apa yang dia buat tu sampai hari-hari bergaduh benda yang sama.

"Saya sayang dia tapi saya tak boleh nak terima benda macam tu, apa patut saya buat?" soalnya lagi.

Kisah itu ternyata menarik perhatian warga Twitter yang mana posting berkenaan dihujani dengan pelbagai respons.

Luahan lelaki itu yang dikongsikan menerusi Twitter @twt_cinta.

Malah, ramai netizen meminta jejaka itu agar memutuskan hubungan dan meninggalkan sahaja teman wanitanya.

"Adakah dengan bertahan akan buatkan awak bahagia? Sekarang pun asyik berhentam, awak ungkit secara berkala, untuk apa dia dalam hidup awak? Tinggalkan sahaja. Dan mulakan hidup semula, tanpa dia.

"Orang boleh berubah, begitu juga perasaan. Kalau kau rasa kau boleh bimbing dia berubah. Terima dia. Kalau dia buat lagi kesilapan sama, nasihat dia dan pergi.

"Kalau terima dia, terima juga kekurangan dia, kesilapan lampau dia. Manusia tak lari dari buat silap. Kalau betul sayang, bimbing dia untuk sama sama berubah ke arah kebaikan," tulis beberapa netizen.

Selain nasihat positif, ada segelintir netizen yang mengutuk perbuatan wanita itu yang disifatkan sebagai gatal dan menyakitkan hati.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain