suria

Nekad kurus selepas crush reject kaw-kaw, pemuda akui ibu penguat semangat - “Sedih bila kawan sendiri ingat saya ambil 'barang'”

Faris hilang 35 kilogram dalam tempoh lima bulan.

DULU pemuda ini direject gadis diminatinya gara-gara berbadan gempal.

Sejak itu, Muhammad Faris Izzuddin Zolkipli nekad untuk kurus dengan mengamalkan diet sihat sejak Disember tahun lalu.

Kini pemuda itu berbangga kerana berjaya menurunkan berat badannya daripada 109 kilogram (kg) kepada 73kg dalam masa lima bulan.

"Sebenarnya masa umur 18 tahun saya ada confess dekat crush saya. Lepas tu saya kena reject  kaw-kaw. Masa tu saya masih lagi 109 kg. 

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak kongsi transformasi bentuk badan, tapi lain yang netizen nampak... Ayat “oiii gemuk turun” buat pelajar ini nekad diet!

"Lepas kena reject tu saya terus kata pada diri sendiri sampai bila nak gemuk hinggakan tak ada orang nak terima kita.

"Saya pun terus google cara nak kurus dan pada masa sama minta pendapat mak. Mak saya pun support. Dia kata buat betul-betul... pelan-pelan, tak sangka last-last berjaya," katanya kepada mStar.


Faris akan berjoging sejauh empat kilometer setiap hari.

Pemuda berusia 19 tahun itu mengakui bukan mudah untuk dia mengharungi fasa diet tersebut.

"Saya pernah give up pada bulan ketiga diet sebab tiba-tiba selera makan berubah. Apa yang saya makan tak sedap.

"Dulu dapat makan sedap-sedap. Boleh kata start habis SPM hari-hari saya makan fastfood macam KFC, McD dan buat ramen sendiri.

Bila kawan cakap ambil dadah saya sedihlah juga. Sampai hati cakap macam tu padahal kami dah kenal lama.

MUHAMMAD FARIS IZZUDDIN ZOLKIPLI.

"Malam-malam pun saya goreng nuget sebab tu berat badan naik mendadak. Tapi mak bagi kata-kata semangat untuk saya teruskan diet sihat," katanya.

Malah, Muhammad Faris atau lebih mesra disapa Faris bersyukur kerana ibunya banyak membantu sepanjang proses tersebut.

"Mak bangkit pagi-pagi masak sup sayur, salad telur untuk sarapan saya.

"Dia juga google resipi sihat. Kalau saya nak beli makanan dia halang terutama makanan mengarut macam fast food," katanya. 

 

Menu sihat air tangan ibu Faris untuk anaknya itu.

Dedah pemuda berasal dari Jitra, Kedah ini, dia juga terpaksa mengamalkan diet secara senyap-senyap tanpa pengetahuan rakan-rakannya.

"Saya buat diet senyap-senyap tak beritahu kawan-kawan sebab mereka pernah persoal niat saya sebelum ini. Ramai pertikai eh boleh ke saya kurus.

"Jadi bila saya post di Twitter barulah mereka terkejut. Sampaikan bila terjumpa kawan-kawan satu sekolah ada yang ingat saya ambil barang (dadah) sebab saya tiba-tiba jadi kurus.

"Bila kawan cakap ambil dadah saya sedihlah juga. Sampai hati cakap macam tu padahal kami dah kenal lama," katanya.

Disebabkan kata-kata itu juga, Faris berkata dia tidak selesa bersenam di gimnasium.

"Saya segan nak pergi gim sebab takut orang fikir boleh ke saya kurus. Lagipun masa tu saya gemuk lagi.

Faris kini berbangga apabila sudah boleh memakai baju bersaiz S.

"Jadi setiap hari saya akan joging sejauh empat kilometer untuk keluar peluh. Pada masa sama saya juga amalkan pemakanan seimbang," katanya yang tidak percaya keberkesanan produk kurus.

Perkongsian anak kedua daripada empat beradik itu mengenai transformasi dirinya daripada saiz XXL kepada S mendapat 11,500 ulang kicau dan 16,200 tanda suka di Twitter, malahan rata-rata kagum dengan perubahan luar biasa Faris.

"Saya saja-saja tweet perjalanan diet saya. Ingatkan retweet dalam 100 lebih saja tapi tiba-tiba naik sampai 11K. Memang terkejut.

"Bagi mereka yang betul-betul nak kurus ini saya nasihatkan supaya work ini silence. Lepas dah kurus barulah kita heboh-hebohkan.

"Kalau kita beritahu kawan-kawan pasal kita nak start diet tak semua akan sokong kita. Mesti ramai cakap tak payahlah kurus untuk bagi kita down," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Faris, kurus, XXL, diet sihat

Artikel Lain