"BIASANYA budak-budak kitaorang culik buat masak asam pedas tapi yang kecik ni tak nak, yang ni pun tak nak... yang ni kenyang sikit." Demikian kata seorang lelaki dalam video yang mengusik seorang kanak-kanak lelaki berbadan montel bersama dua rakannya yang sedang merayau menaiki basikal di tempat sunyi dalam kawasan ladang kelapa sawit. Video berdurasi 26 saat yang dikongsi Haizan Yazid Nordin di Facebooknya menjadi tular dan mendapat lebih 700,000 tontonan serta 12,000 tanda suka. ARTIKEL BERKAITAN: Datang paling lambat, pelajar ini akur buat show percuma demi selamatkan satu kelas, “RM50 harga standard satu lagu” ARTIKEL BERKAITAN: Akibat kata 'tak payah beli mainan', Pak Su terkejut anak buah tunjuk 'bakat' terpendam, “Tak adalah sampai nak naik tangan” Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu yang meraung gara-gara takut dengan kata-kata pemuda itu. Haizan Yazid ketika dihubungi mStar berkata dia hanya berniat mahu menyakat kanak-kanak itu selepas melihat mereka merayau di kawasan sunyi. Gelagat Adam Hakim menangis kerana ketakutan mencuit hati netizen. "Saya ni memang suka menyakat budak-budak. Kebetulan sewaktu saya pergi Parit Sikom, Pontian atas urusan kerja saya ternampak ada tiga budak naik basikal. "Saya naik Ford Rangers, jadi bila lalu jalan tu muat penuh. Jadi budak montel tu ada di sebelah kanan. Saya tengok muka dia, lepas tu dia cakap jalanlah... nak pusing. "Eh budak kecik ni dengan mimik muka dia macam tu. Jadi dari situ timbullah rasa nak sakat dia. Saya cakap tak nak jalan dan beritahu saya masuk sini nak culik budak-budak," katanya. Memang dia takut sangat. Keluarga dia cakap selepas dia kena kacau dengan saya dia dah tak keluar sampai ke simpang. Dia hanya main depan rumah jelah. HAIZAN YAZID NORDIN KONTRAKTOR Sebaik terdengar kata-kata itu, Haizan berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menangis kerana ketakutan. "Saya suka dengan budak-budak gemuk ni. Saya tengok tangan dia, saya cakap kalau masak kari sedap ni. Telinga ni... kalau masak asam pedas pun lagi sedap. "Dia terus meraung dekat situ. Bila dia meraung saya jalanlah. Sampai dekat simpang saya berhenti. Saya tengok mereka bertiga bersungguh-sungguh kayuh basikal balik rumah," katanya. Adam Hakim bersama dengan Adam Thaqif (tengah), salah seorang kanak-kanak dalam video tular itu. Pemuda berusia 42 tahun itu turut mendedahkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam Hakim itu tidak lagi merayau keluar rumah selepas insiden itu. "Pakcik dia cakap dia biasa merayau keluar rumah. Setiap kali dia tengok kereta saya lalu dia takkan keluar. Kalau dia lalu naik kereta dengan mak dia nampak mata je. "Memang dia takut sangat. Keluarga dia cakap selepas dia kena kacau dengan saya dia dah tak keluar sampai ke simpang. Dia hanya main depan rumah jelah," katanya. Jelas Haizan lagi, dia bagaimanapun sudah 'berdamai' dengan kanak-kanak itu tiga hari selepas insiden tersebut. "Saya jumpa dia tiga hari kemudian. Masa tu barulah dia nak ambil gambar dengan saya. Itupun mak dia pujuk. Adam Hakim (kiri) tidak lagi merayau sehingga ke luar simpang selepas insiden itu. "Kalau saudara dia datang rumah pun akan panggil dia asam pedas. Dah melekat pula nama panggilan asam pedas," katanya. Pemuda yang bekerja sebagai kontraktor itu berkata dia memuatnaik video itu di Facebooknya sekadar untuk suka-suka dan tidak menduga ia menjadi tular. "Saya memang selalu upload banyak perkara di Facebook saya. Bagi saya video tu biasa je, tapi malam tu saya terkejut sebab tengok dah lebih 10,000 share. "Pada masa sama saya juga mahu mengingatkan ibu bapa supaya pantau setiap pergerakan anak masing-masing. Jangan biarkan mereka bermain jauh dari rumah. Bahaya tidak mengenal mangsa," katanya yang juga aktif menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf bersama pertubuhannya. View this post on Instagram Budak asam pedas... meraung terus bila dia dengar nak dijadikan asam pedas ? #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 15, 2019 at 9:04pm PST