suria

Angkara 'Tiada Lagi', mat salih Romania nak cuba nyanyi lagu Man Bai pula - “Dia putus cinta dan cuba bangkit semula”

Muhammad Ismail bersama Chris Jacob yang menyanyikan lagu Tiada Lagi tanpa rasa kekok.

SUARA sedap, sebutan lancar. Cuba nyanyi lagu Melayu lain.

Itu antara reaksi spontan netizen sebaik mendengar seorang jejaka mat salih menyanyikan lagu Tiada Lagi nyanyian penyanyi Rock, Amy Search.

Video nyanyian jejaka dikenali sebagai Chris Jacob itu dirakam pemandu Grab, Muhammad Ismail Samuri yang kemudian dimuat naik di Twitternya pada 7 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kreatif! Pemandu Grab ada masalah percakapan, tapi pandai ‘bersembang’ dengan penumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelumba Pecut ‘speaking English’ pelat Terengganu jadi bahan lawak… “Saya kabo doh tak reti cakap Inggeris”

Perkongsiannya itu tular dan mendapat lebih 18,000 ulang kicau dan 22,300 tanda suka.

Chris Jacob turut memberi respons terhadap video nyanyiannya yang tular di Twitter.

Muhammad Ismail berkata rakaman itu diambil selepas pemuda tersebut memberitahu dia ada menghafal lagu Melayu.

"Petang tu hujan dan kebetulan saya dapat panggilan untuk ambil penumpang dari Ampang ke KLCC. Saya ni jenis suka bersembang dengan penumpang bila memandu.

Dia dah menyanyi sejak lima tahun lepas tapi tak begitu popular. Dia kata dengan menyanyi dia boleh tengok dunia. Dia datang ke KL pun sebab ada buat persembahan.

MUHAMMAD ISMAIL SAMURI.

Pemandu Grab.

"Saya tanya dia apa perasaan dia mengenai Malaysia dan tujuan dia ke sini. Lepas tu dia cakap dia pandai nyanyi lagu Melayu. Dia kata minat sangat lagu Tiada Lagi.

"Saya pun suruhlah dia nyanyi. Bila dengar suara dan sebutan dia pun OK saya terus record sebab kagum. Saya pun upload dekat Twitter dan tak sangka viral," katanya.

Pemuda berusia 21 tahun itu mendedahkan Chris yang berasal dari Romania sebenarnya seorang penyanyi dan penulis lagu.

Chris Jacob merupakan penyanyi dan penulis lagu.

"Dia dah menyanyi sejak lima tahun lepas tapi tak popular sangat. Dia kata dengan menyanyi dia boleh tengok dunia. Dia datang ke KL pun sebab buat persembahan.

"Dia ada jemput saya untuk datang tengok persembahan dia tempoh hari tapi saya terpaksa tolak kerana mahu menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Thailand," katanya.

Jelas Ismail, Chris amat meminati lagu Tiada Lagi kerana ia amat dekat dengan dirinya.

"Dia merantau ke Malaysia sebagai penyanyi. Lepas tu ada satu masa dia putus cinta. Dia cuba bangkit semula dan dengar mana-mana lagu untuk buat cover lagu.

"Tu yang dia cakap dia suka lagu Tiada Lagi. Saya pun fikir orang putus cinta mesti cari lagu sedih. Tapi dia ada beritahu sentiasa cuba berlatih untuk capai cita-cita jadi penyanyi," katanya.

Komen netizen yang meluahkan rasa kagum dengan suara pemuda itu.

Dalam pada itu, Chris turut terkejut dengan reaksi orang ramai terhadap video nyanyiannya itu.

"Dude, I sing so bad in this video. You caught me surpise while shopping for supplemen hahaha!

"I am glad people like it tho! Thanks for making it viral! More Malays song coming up!

"Give me some suggestions of very famous Malay songs to learn ini future," katanya di ruangan balas posting berkenaan.

Rata-rata netizen meminta dia supaya menyanyikan lagu Kau Ilhamku nyanyian Man Bai.

"I will do my best! I like Man Bai - Kau Ilhamku," kata Chris.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain