suria

Peminat K-Pop bibir pink menyesal seminggu bertopeng di Korea Selatan sebab rasa rendah diri – “Saya akan kembali dengan lebih banyak gambar selfie”

(kiri) Muhammad Syameel terpaksa memakai topeng sepanjang percutiannya selama seminggu di Seoul, Korea Selatan. (kanan) Wajah terbaharu Muhammad Syameel Zulkepli

GARA-gara memuatnaik dua foto transformasi wajahnya di laman sosial, seorang remaja meraih perhatian dalam kalangan warganet sehingga menimbulkan tanda tanya.

“Ni lah sebabnya kenapa aku tak nak cantik sebab lelaki sekarang lagi cantik daripada perempuan,” komen seorang gadis di bebenang menerusi perkongsiannya.

“Adakah anda pasti ia adalah orang yang sama,” tulis seorang warganet yang mempersoalkan sama ada kedua-duanya adalah orang yang sama, sambil dipersetujui beberapa komen lain termasuk yang mempersoalkan bibirnya berwarna merah jambu pada foto terkini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu padam gambar sendiri kerana rasa diri buruk, anak manja mak akhirnya terkilan - “Tanpa mereka aku kosong”

ARTIKEL BERKAITAN: Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – “Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka”

Remaja berkenaan, Muhammad Syameel Zulkepli menjelaskan kedua-dua gambar yang dikongsikannya itu adalah dirinya sendiri, dengan foto pertama dirakamkan pada awal tahun lalu, manakala yang terkini adalah kira-kira dua minggu lalu.

Transformasi wajah Muhammad Syameel meraih perhatian warganet.

Pemuda berusia 18 tahun itu mengakui wajahnya mengalami masalah kulit pada akhir tahun lalu sehingga membuatkannya tidak yakin pada diri sendiri.

“Dahulu memang wajah saya agak kusam, lebih gelap dan penuh berjerawat. Ada kesan tompok-tompok hitam pada kawasan bekas jerawat.

“Saya rasa insecure pada diri sendiri sampaikan pernah melalui pengalaman yang paling menyesal semasa bercuti ke Korea Selatan,” kata anak kelahiran Kulai, Johor itu kepada mStar.

Keadaan wajah Muhammad Syameel yang kusam dan dipenuhi jerawat.

Muhammad Syameel berkata, pada awalnya dia teruja untuk ke Seoul di Korea Selatan bersama seorang rakan kerana meminati kumpulan K-pop, Twice dan SuperM, tetapi terpaksa memakai topeng sepanjang percutiannya selama seminggu itu.

“Saya nak melancong ke Korea Selatan sebab minat K-Pop. Tapi, sebab rasa tak yakin dengan diri sendiri gara-gara muka yang teruk ni, saya pakai topeng selama seminggu di sana.

“Malah, dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) lagi saya dah mula pakai topeng. Saya hanya buka topeng semasa hendak makan, berada di bilik penginapan dan ketika pesawat menutup lampu sepanjang penerbangan,” katanya.

Hanya membuka topeng semasa makan dan di dalam bilik semasa bercuti di Korea Selatan.

Rasa kurang keyakinanan dalam diri semakin menebal apabila menjejaki negara asal gelombang K-Pop itu dengan rata-rata penduduk tempatan mempunyai kulit wajah yang halus dan berseri-seri.

“Korea Selatan terkenal dengan produk penjagaan kecantikan dan muka orang tempatan kebanyakannya flawless, sedangkan saya buruk dengan muka kusam berjerawat.

Korea Selatan terkenal dengan produk penjagaan kecantikan dan muka orang tempatan kebanyakannya flawless, sedangkan saya buruk dengan muka kusam berjerawat

MUHAMMAD SYAMEEL

“Sepanjang berada di sana, tak banyak gambar yang saya ambil sebagai kenang-kenangan. Kalau ada pun hanya gambar saya memakai topeng. Bila fikir balik, rasa menyesal pula,” ujar pelajar asasi perniagaan di Universiti Taylor (kampus Lakeside) di Subang Jaya, Selangor.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu kemudian berjumpa dengan pakar kulit pada Februari sekembalinya dari Korea Selatan, dan menjalani rawatan dan penjagaan kesihatan.

Muhammad Syameel bercuti seminggu bersama rakan di Korea Selatan dengan memakai topeng.

Selain menggunakan produk mencuci muka yang disarankan doktor, Muhammad Syameel turut menitikberatkan diet yang sihat seperti mengurangkan pengambilan minuman manis.

“Saya pernah langsung tak sentuh air minuman manis. Sekarang ni ada ambil tapi terhad mungkin sekali dua dalam seminggu,” katanya sambil menambah wajahnya menunjukkan perubahan ketara pada bulan ketiga mengikut penjagaan wajah seperti yang disarankan.

Muhammad Syameel kembali bersemangat selepas melakukan penjagaan wajah sebagaimana yang disarankan doktor.

Mengenai persoalan warganet berhubung bibir merah jambunya, dia memberitahu bahawa ia adalah warna bibirnya yang asal meskipun tanpa memakai scrub dan pelembap bibir.

“Saya sebenarnya tidak merokok dan mungkin itu sebab bibir saya nampak merah jambu. Syukur, wajah saya nampak perubahan ketara berbanding dahulu.

“Jujurnya, memang saya menyesal bertopeng seminggu di Korea Selatan. Sekarang saya ada semangat untuk kembali ke sana dan tebus balik penyesalan tu, dan kali ini lebih banyak gambar selfie!” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain