BAGAIKAN ketagih, semakin ramai yang minat menonton drama dari Korea Selatan terutama kaum isteri dan ibu. Namun, siapa sangka ketagihan menonton drama Korea itu juga boleh mengundang padah seperti yang berlaku kepada seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia telah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai seorang nak. ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan kahwin, suami suka makan kari, tempoyak merungut isteri orang Sabah asyik masak sayur air, sup - “Leper perut I, habis lemak cair” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri! Jelasnya, suaminya seorang yang baik, rajin dan lemah-lembut tetapi sikapnya berubah sejak dia minat menonton drama-drama Korea sehingga sanggup menghalaunya dari rumah. “Aku baru kena halau dengan laki aku... laki aku ni memang baik dan rajin pula tu. Dua hari lepas laki aku yang tak pernah-pernah mengamuk dan marah siap baling remote control TV kat aku. “Nasib aku mengelak, selamat. Dia marah cakap aku abaikan dia, selalu sangat tengok drama Korea sampai pukul dua ke tiga pagi dan cakap aku pemalas,” menurut luahannya yang dikongsikan di grup Facebook Kisah Rumah Tangga sehingga menjadi tular. Perkongsian seorang isteri mengenai masalah rumah tangganya. Dia kemudian memberi alasan bahawa aktiviti menonton drama Korea itu sekadar hiburannya selepas penat pulang dari bekerja, dan kebetulan kerja rumah telah dilakukan suami. “Dah tu aku balik kerja, drama Korea la hiburan aku pun. Rumah semua laki aku dah tolong kemas dan selesaikan, bukan aku tak tolong langsung. “Kadang-kadang dia nak Maggie aku buatkan, dia nak air aku ambilkan. Cuma kalau aku nak tengok drama Korea, memang aku akan layan betul-betul sebab itu dah memang kesukaan aku,” tambahnya. Dah tu aku balik kerja, drama Korea la hiburan aku pun. Rumah semua laki aku dah tolong kemas dan selesaikan, bukan aku tak tolong langsung. PEMINAT DRAMA KOREA Akibat perselisihan faham itu, katanya, suaminya memintanya untuk berfikir masak-masak sebelum membuat pertimbangan mengenai hubungan mereka. “Sekarang ni laki aku beri masa suruh balik umah mak aku dan pilih dia ke atau drama Korea. “Aku cerita kat mak aku... mak aku lempang aku sekuat hati,” katanya sambil menambah dia masih menyayangi suaminya yang begitu baik itu. Dia bagaimanapun berdepan dengan dilema kerana pada masa sama tetap tidak dapat meninggalkan minatnya terhadap drama Korea. “Mestilah aku nak kan laki aku, laki aku baik. Pada masa sama aku tak boleh tinggalkan drama Korea,” ujarnya. Pandangan warganet terutama dalam kalangan kaum wanita. Rata-rata warganet terutama kaum wanita tampil memberikan pandangan dan menasihatkan pengadu berkenaan agar menjadi isteri yang bersyukur. “Perempuan lain nak sangat dapat laki yang mahu tolong hal kemas rumah. Kau dah dapat buat tak heran, belajarlah bersyukur. Kalau masih sayang laki jagalah elok-elok, ubahlah perangai. Drama Korea tu tak dapat tolong pun rumah tangga kalau apa-apa jadi,” komen seorang wanita. “Saya ni pun peminat drama Korea juga sis, tapi boleh je bahagikan masa. Kena utamakan apa yang penting dulu sis. Bersyukurlah sis dapat suami yang baik,” tulis seorang warganet. “Saya pun minat juga tengok drama Korea tapi saya tak akan tengok bila suami ada kat rumah. Waktu suami pergi kerja tu bolehlah tengok sambil lipat kain ke, menyusukan anak ke. Kena pandai sis, bila suami balik, masa kita untuk suami pula,” ujar seorang isteri memberikan pandangan. “Minat pun tak payah taksub sangat, drama je kot bukan realiti hidup. Nanti kalau laki kau tinggalkan kau… kau rasa ada ke hero Korea nak datang selamatkan kau? Hargailah kebahagiaan yang kau dapat tu,” kata seorang lagi mengenai realiti kehidupan.