PERMINTAAN terhadap homestay atau inap desa semakin tinggi dengan kebanyakannya membuat tempahan untuk penginapan percutian. Ada juga yang menjadikan kemudahan penginapan itu untuk menganjurkan acara tertentu seperti hari keluarga, hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda yang mencari homestay bersesuaian untuk melangsungkan majlis perkahwinannya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak bising mak ayah tak guna ‘akal’, gadis nak larang kanak-kanak ke majlis nikah... “Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri! Agak mengejutkan sekali gus menimbulkan persoalan apabila dia memberitahu acara perkahwinan itu mahu diadakan secara rahsia. “Maaf ye, saya cuma nak tanya kalau ada homestay yang benarkan saya buat majlis untuk kahwin sebab saya nak kahwin secara diam-diam,” menurut perkongsian seorang pemuda menerusi halaman Facebook Homestay Malaysia pada Isnin. Paparan skrin pertanyaan mengenai homestay untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bagaimanapun, ramai menyifatkan rancangan pemuda tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinan bukan lagi rahsia apabila pertanyaannya dapat dibaca secara umum di laman sosial. “Tak adanya diam-diam kalau dah tanya kat sini. Satu Malaysia tahu, hahaha,” ujar seorang warganet secara berseloroh. Selain itu, terdapat beberapa cadangan yang menarik daripada warganet untuk pemuda malah ada di antaranya melucukan. “Meh, homestay saya... sebelah rumah dengan tok kadi,” tulisnya. “Ada homestay kubur, diam-diam je. Jiran sebelah pun tak bising,” komen yang lain bergurau. Antara komen warganet berhubung pertanyaan pemuda berkenaan mengenai homestay. Malah, pemilik homestay turut mengambil kesempatan dengan menawarkan kemudahan penginapan berserta cadangan menarik buat pasangan sejurus selesai majlis perkahwinan. “Mehlah buat kat Kuala Terengganu, rumah sebelah lapangan terbang je. Turun lapangan terbang Terengganu pagi, akad nikah... petang tu terbanglah pergi bulan madu. Empat bilik empat bilik air semua penyaman udara,” ujarnya membuat promosi. Tak ada bang, fully booked. Takut bini parangkan sekali tuan homestay. WARGANET Status bujang pemuda berkenaan turut dicurigai ekoran pertanyaan tersebut sehingga mengaitkan lelaki itu telah beristeri dan mahu berkahwin lain. “Hahaha kalau isteri dia nampak posting dia ni, confirm tidur luar sebulan,” kata seorang pemilik homestay. Komen yang mengaitkan pemuda tersebut sudah mempunyai isteri. “Tak ada bang, fully booked. Takut bini parangkan sekali tuan homestay,” tulis seorang secara berseloroh. “Pasti ada... Cyberjaya dan Putrajaya banyak homestay yang berpagar dan ada pengawal keselamatan. Jadi, orang tak ada pas keselamatan tak diberi masuk. “Kalau ada bala bencana datang nak serang macam cerita P. Ramlee pun, majlis kamu masih selamat lagi. Tapi keluar dari kawasan pondok keselamatan tu tak jaminlah. Pandai-pandailah Abang Jamil nak hidup,” ujarnya yang merujuk kepada filem Madu Tiga lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengenai kisah seorang suami yang berkahwin tiga.