"DIA bukan 'mak nyah' seperti yang kamu semua fikirkan! Dia seorang lelaki yang sempurna, bahkan tinggi ilmu agamanya!" komen seorang netizen terhadap sebuah video tular. Setajam-tajam mata pedang namun tidak mampu mematikan semua manusia. Akan tetapi apabila satu fitnah ditabur, ia mampu membinasakan sejuta manusia, inilah kata-kata yang boleh dikaitkan dengan kisah ini. ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik video ‘cikgu pondan’, banyak lagi dipersoal “Perakam yang sebar video pasti menyesal...” ARTIKEL BERKAITAN: Cleopatra dakwa pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, bekas suami tampil pertahan diri - “Maaflah... abam ni orang kampung” Segalanya bermula apabila seorang lelaki dikecam selepas tular satu video memaparkan dirinya berpakaian wanita yang agak seksi sedang memimpin bacaan doa, baru-baru ini. Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali dengan nama Amatlarbsib, 26, dia sedikit terkilan dengan sikap segelintir individu yang mudah menabur fitnah ke atas lelaki berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar. Salah satu posting yang tular di laman Twitter berkaitan isu 'pondan baca doa'. Mesra dipanggil Amat, dia menjelaskan lelaki itu merupakan seorang pelajar jurusan Seni Persembahan dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. "Disebabkan ramai yang bercakap negatif mengenai video viral di Twitter tentang imej seorang lelaki yang dikatakan mak nyah, saya cuma nak jelaskan perkara yang sebenar dan apa yang berlaku. "Mak nyah yang orang ramai fikirkan itu adalah salah seorang pelajar ijazah di sebuah universiti tempatan dan dia juga merupakan junior saya. Walaupun saya tak kenal rapat, tapi bila timbul isu yang tak sedap didengar macam ni saya cuba tegakkan kebenaran. "Sudah-sudahlah menabur fitnah! Lelaki itu bernama Fadhil, malam itu sebenarnya dia diberikan tanggungjawab untuk membawakan watak seorang 'wanita' dalam sebuah teater berjudul 'Psikogenik' dan ia adalah salah satu daripada final project mereka," katanya ketika dihubungi mStar. Seorang lelaki dilabel 'pondan' apabila membawa watak seorang wanita menerusi persembahan teater berjudul Psikogentik. Merupakan salah seorang penonton 'Psikogenik' pada malam kejadian, dia berkata lelaki berkenaan telah diberi kepercayaan serta tanggungjawab membawakan watak sebagai seorang wanita dan hanya dia yang dianggap 'layak' untuk membacakan doa sebelum persembahan bermula. "Lelaki figura pondan ini mengetuai bacaan doa sebab dia the only yang layak untuk bacaan doa itu. Sebenarnya dia bukan nyah," kata Amat memetik postingnya di Instagram. Namun begitu, ramai yang mengecam tindakan lelaki berkenaan tanpa mengetahui situasi sebenar kerana video tular itu hanya menunjukkan dia membaca doa sambil berpakaian seperti wanita seksi. Apa yang saya tahu, Fadhil ni seorang yang alim dan selalu pergi ke surau. Disebabkan itulah kru-kru dan rakan-rakan minta dia yang bacakan doa, tiga minit sebelum persembahan itu mula dan semua pelakon masa itu sudah berpakaian mengikut watak yang dibawa. AMAT Rata-rata netizen menganggap tindakan lelaki itu seolah-olah mempermainkan agama. "Ya, saya tak nafikan soal hukum dan agama. Namun orang perlu juga tahu situasi yang sebenar. Macam saya sendiri pernah terlibat dengan persembahan macam ini, kami (budak-budak teater) selalunya sebelum start sesuatu persembahan, salah seorang daripada kami perlu mengetuai bacaan... memohon agar dipermudahkan dalam membuat persembahan," katanya. Jelas Amat lagi, kebiasaannya semua kru serta barisan pelakon akan berkumpul dahulu untuk bacaan doa sebelum tirai teater dibuka kepada orang ramai. Fadhil merupakan seorang yang warak dan bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh netizen. Malah dia turut percaya bahawa video bacaan doa yang tersebar luas di media sosial itu diambil oleh individu tidak bertanggungjawab yang merupakan salah seorang daripada mereka. "Jadi berdasarkan apa yang saya tahu, Fadhil ni seorang yang alim orangnya dan selalu pergi ke surau. Dan disebabkan itulah kru-kru dan rakan-rakan dia minta untuk bacakan doa tiga minit sebelum persembahan itu mula dan semua pelakon masa itu sudah berpakaian mengikut watak yang dibawa. "Saya syak tak lain tak bukan, yang merakam video ini pun salah seorang daripada rakan dia juga. Sebab masa tu penonton tak dibenarkan masuk ke ruangan teater. Lepas sahaja semua pelakon mengambil tempat masing-masing barulah pintu teater dibuka untuk pengunjung masuk bagi menyaksikan persembahan tersebut," kongsinya yang kini bekerja di sebuah syarikat media. Komen netizen yang mengecam tindakan individu yang memuatnaik video bacaan doa tersebut. Tambah anak kelahiran Shah Alam ini, teater 'Psikogenik' yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar berkenaan mengisahkan seorang doktor merawat beberapa pesakit yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri. "Macam Fadhil ini, malam tu dia memegang watak salah seorang pesakit yang mempunyai perasaan ingin menjadi seperti seorang wanita. Tetapi dia dihalang oleh ibunya, dimarah dan dipukul. Malah pengakhiran cerita ini, dia akhirnya berubah dan kembali ke fitrahnya sebagai lelaki," ujar Amat. Selain itu, dia berharap agar masyarakat kita lebih peka dan bijak sebelum membuat atau mengeluarkan sebarang spekulasi kerana risau jika ia akan menimbulkan fitnah kepada seseorang. Komen netizen menerusi posting tersebut. "Yang merakam lepas tu sebar dalam sosial media ni la punca. Benda tak jadi apa, tapi common sense dah tak ada campur pula batak like dan retweet, inilah jadinya! "Kalau aku di tempat lelaki yang baca doa tu pun aku tak akan maafkan. Masuk universiti tapi perangai budak sekolah," kata seorang netizen yang mengecam tindakan individu yang memuatnaik video tersebut di laman sosial. Turut berkongsi, ini merupakan sebahagian daripada tugasan akademik pelajar-pelajar jurusan seni persembahan Fita, UiTM dan teater tersebut berlangsung selama tiga hari iaitu pada 15 hingga 17 November lalu.