PENGORBANAN seorang isteri yang mengandung dan melahirkan zuriat buat suaminya sememangnya tidak ternilai dan tidak mungkin dapat diukur dengan wang ringgit. Tidak terhenti di situ, pengorbanan seorang isteri masih berterusan untuk menyusui, membesarkan dan mendidik anak agar menjadi manusia berguna. Justeru sebagai tanda menghargai pengorbanan isteri, maka tidak salah sekiranya seorang suami melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan buat pasangannya. ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak kantoi” - Betul-betul nak buat kejutan hargai isteri, suami ‘idaman ramai’ ini teliti habis buat plan... beli hadiah sikit-sikit ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah tahu rupa bentuknya, isteri hadiah kereta Audi untuk suami selepas 11 tahun guna Kancil ‘barai’ - “Kerja jual ayam ni kan penat...” Baru-baru ini tular satu video di Twitter yang mana seorang lelaki membuat kejutan dengan memberikan hadiah berupa telefon pintar iPhone 11 untuk isterinya. Dengan kapsyen, “Kejutan kecil untuk isteri saya kerana menjadi ibu yang hebat untuk anak lelaki kami dan isteri yang lovely untuk saya”, video tersebut mengundang perhatian netizen apabila ia meraih lebih 8,000 retweet selain mendapat lebih 11,000 like. Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Helmy Fathil berkata, kejutan tersebut dilakukan sebagai tanda menghargai pengorbanan isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak sulung mereka, Mohd Rayyan Nizar. Video yang dimuatnaik oleh Helmy di Twitter menjadi tular. “Sejak dia melahirkan anak sulung kami Mohd Rayyan Nizar, memang teringin nak bagi sesuatu untuk membalas jasanya mengandungkan anak kami selama sembilan bulan dan bertarung nyawa lahirkan Rayyan. “Ada je bagi hadiah lain sebelum ini seperti jam, kasut dan pakaian. Alhamdulillah, sejak isteri mengandung, memang rezeki kami sekeluarga murah dan saya dapat banyak job fotografi dan videografi. Itu yang kumpul sikit-sikit bagi iPhone kepadanya,” katanya yang juga pengasas sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan fotografi, Heat Photo. Menceritakan perancangannya membuat kejutan untuk isterinya, Farahin Abdul Kadir, 26, Helmy berkata rancangannya hampir ‘kantoi’ apabila isterinya terpegang kotak berisi telefon pintar itu. Antara komen netizen terhadap video kejutan Helmy untuk isterinya. “Kami balik kerja sama-sama, jadi masa balik tu saya simpan telefon berkenaan dalam beg dan masa letak beg dalam box motor, dia terpegang beg tu dan bertanya ‘kenapa ada kotak dalam beg ni?’ “Jadi saya tipu sikit cakap itu kotak charger laptop. Kemudian masa sampai taska, dia akan ambil Rayyan naik kereta dan saya balik rumah dulu naik motor. Jadi ada masa kira-kira 10 minit sebelum dia sampai rumah. “Saya terfikir tempat pertama dia akan buka adalah cooler bag sebab nak simpan susu dalam peti ais. Jadi saya keluarkan susu semua letak dalam peti ais dan saya letak telefon dalam beg tersebut. “Seperti yang boleh dilihat dalam video, dia memang tidak menyangka dan tak boleh terima kejutan tu sebab saya pun tak pakai iphone 11. Tapi dia sangat gembira dan bersyukur untuk hadiah tersebut,” ujar bapa kepada seorang bayi lelaki yang berusia lima bulan itu. Bercerita lebih lanjut Helmy, 27, berkata, dia memilih untuk memberikan telefon pintar tersebut bagi menggantikan telefon lama milik isterinya yang sudah digunakan sejak enam tahun lalu. Ada je bagi hadiah lain sebelum ini seperti jam, kasut dan pakaian. Alhamdulillah, sejak isteri mengandung, memang rezeki kami sekeluarga murah dan saya dapat banyak job fotografi dan videografi. MOHD HELMY FATHIL “Kebetulan telefon bimbit isteri saya memang dah nazak sampai skrin retak sana sini. Isteri pakai iPhone 6 sejak ia mula keluar dulu. Lama juga, sebelum kami kenal lagi,” ujarnya yang mengenali isteri ketika sama-sama melanjutkan pengajian di salah sebuah instistusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada 2013, sebelum akhirnya disatukan pada Mac 2018. Dalam pada itu kata Helmy, tujuannya memuatnaik video berkenaan di laman sosial hanyalah sebagai perkongsian dengan kenalan, di samping mahu mengabadikan momen indah tersebut. “Tak sangka ia tular di Twitter. Bagi saya, isteri saya buat kejutan dengan masakkan spaghetti pun saya dah teruja dah. Yang penting adalah ingatan. “Pengorbanannya yang paling besar adalah masa. Dia memang akan berkorban dari segi masa untuk keluarga kami, lagi-lagi selepas dapat anak. Masa mengandung pun dia tak kisah naik motor pergi kerja sampailah tarikh jangkaan untuk bayi lahir. Terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan, sampai bagi kereta kat dia pun takkan terbalas jasa dia. “Jadi untuk para suami dan isteri, kalau nak buat kejutan tu ikut kemampuan masing-masing. Semoga video ini dapat menjadi panduan untuk orang lain utuk menghargai pasangan masing-masing dalam apa jua cara sekalipun, bukan bagi barang sahaja,” katanya mengakhiri bicara.