suria

“Kenapa dia macam ni? Dah lebih ni...” - Pinggang dirangkul, gadis tertipu Mickey Mouse bukan umur 9 tahun

Kaa (kanan) bersama rakannya bergambar dengan maskot Mickey Mouse pada Sabtu lalu.

MAHU bergambar dengan maskot Mickey Mouse, namun lain pula jadinya!

Demikian pengalaman 'menakutkan' seorang pelajar perempuan yang mendakwa lelaki di sebalik maskot berkenaan merangkul pinggangnya dengan kuat pada Sabtu lalu.

Kisah itu kemudiannya dikongsikan oleh rakan mangsa di laman Twitter sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Karakter kartun sambut kehadiran murid, hilang rasa takut hari pertama ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Diperkenalkan... Si Comel, Si Pintar maskot penyeri majalah Kuntum

Bercakap mewakili mangsa, gadis berusia 18 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Kaa itu turut bergambar bersama Mickey pada hari berkenaan, di sekitar kawasan Menara Taming Sari, Melaka.

"Masa tu kami berempat ada join program larian Orange Fun Walk. Saya dan kawan saya, kami berdua ambil gambar dengan Mickey.

"Masa dia rangkul pinggang kawan, saya terfikir, eh kenapa dia macam ni? Dah 'lebih' ni. Tanya umur, dia kata sembilan tahun. Dia buat suara kecil.

"Kawan dah tak selesa, tengok reaksi muka berubah. Tapi kami teruskan tangkap gambar sebab dia kata sembilan tahun," ujar Kaa kepada mStar.

Masa saya sampai kat abang tu, Mickey dah pergi ke tempat lain. Kami tanya, betul ke Mickey tu umur sembilan tahun? Dia kata tak. Dia kata Mickey tu lelaki dewasa tapi kerdil. Kami memang terkejut.

KAA

Tambahnya, mereka kemudiannya sekali lagi terserempak maskot berkenaan di lokasi berlainan sewaktu dia ditahan oleh seorang pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kata Kaa, dia melihat Mickey itu membuka topeng dari jarak jauh sebelum berlari ke arah pegawai berkenaan.

"Masa saya sampai kat abang MBMB tu, Mickey dah pergi ke tempat lain. Kami tanya, betul ke Mickey tu umur sembilan tahun?

"Dia kata tak. Dia kata Mickey tu lelaki dewasa tapi kerdil. Kami memang terkejut.

"Bila post di Twitter, ramai juga yang kongsi pengalaman hampir sama," kata Kaa lagi.

Dalam pada itu, Kaa mengakui tidak berniat membuka aib mahupun menutup punca rezeki lelaki berkenaan.

Posting Kaa di Twitter.

Dia sebaliknya membuat posting itu agar kaum Hawa di luar sana lebih berhati-hati.

"Tak ada niat pun. Tu memang cara dia cari rezeki, tak ada masalah.

"Saya kongsi untuk peringatan sahaja, kalau nak bergambar, mungkin boleh jaga jarak," ujarnya lagi.

Tambah Kaa, rakannya itu juga belum membuat keputusan sama ada untuk membuat laporan polis ataupun sebaliknya.

Sehingga kini, posting berkenaan yang disertakan sekeping foto menerima hampir 5,000 ulang kicau (Retweet).

"Eh sumpah Mickey ni memang creepy gila. Hari tu ada nampak dia tarik budak Cina tak tahu la budak tu buat apa ke kan, dia macam marah asyik tarik budak tu lepas tu dia buka kepala dia. Aku yang tengok muka dia pun jadi macam eeee creepy nya Mickey tu!

"Kami pun kena benda yang sama waktu dekat Afamosa Ya Allah kami punya bengang dengan si Mickey ni sampai bergaduh mulut dekat situ, tetiba dia ni cari pasal dengan kami, dah agak dah dia ni bukan budak sebab dengan cara bercakap macam tu Ya Allah geramnya.

"Aku dah la tak suka tau orang yang pakai costume gini, ni kalau dia buat kat aku, aku pelangkup je dia," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Mickey Mouse, maskot, Kaa, Melaka

Artikel Lain