suria

Anak 4 bulan terlantar ibu hanya datang untuk ‘selfie’, padahal berdiri di wad pun boleh nampak kawasan rumah

Najib, kanak-kanak malang yang ditinggalkan di bawah jagaan sebuah rumah kebajikan oleh ibu bapanya.

"SAYA tak tahu apa yang difikirkan oleh kedua orang tua Najib. Sanggup dibiarkan di bawah jagaan rumah kebajikan hanya disebabkan dia tak normal. Empat bulan Najib di hospital, ada mereka datang melawat?

"Cukup dua kali sahaja mereka datang. Dah bagi makan ke? Dah kencing? Berak? Itu sahaja soalan yang ditanya si bapa kepada penjaganya. Si ibu pula? Datang semata-mata untuk selfie dan ambil gambar, lepas tu balik," luah seorang wanita mengenai pesakit kanak-kanak bernama Najib kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak cari adik dan ayah... hanya ‘berbekalkan’ nama Abdullah - “Kami sikit pun tak pernah dicium, dibelai oleh ibu bapa kandung”

Najib ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah jagaan sebuah rumah kebajikan di Johor selepas dia disahkan tidak normal seperti kanak-kanak lain.


Posting yang tular di Facebook.

Kisah mengenai kanak-kanak berusia lapan tahun itu dibongkar dan dikongsi wanita berkenaan, Siti Idayu Mohd Jailani di akaun Facebook miliknya pada Ahad sebelum ia tular.

Posting tersebut turut mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 2,600 perkongsian dan rata-rata mereka meluahkan rasa simpati ke atas Najib.

Lebih senang disapa sebagai Ayu, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh ibu bapa Najib itu yang kebetulan terlantar sakit di sebelah katil adiknya yang menghidap komplikasi pada otak.

Rumah kebajikan ada cuba cari waris lain dan mereka jumpa pakcik dia. Bila hubungi minta pakcik dia ambil tanggungjawab jaga Najib kat hospital sebab kaki tangan rumah kebajikan tak ramai pakcik dia jawab, 'kalau sehari RM60 bolehlah'.

SITI IDAYU MOHD JAILANI

Mana tidaknya sepanjang empat bulan ditinggalkan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor, hanya dua kali sahaja ibu bapanya datang melawat, selebihnya dijaga secara bergilir-gilir oleh penjaga dari pusat kebajikan.

"Kalau kita rasa keadaan kita paling sedih, ingatlah ada lagi hidup yang lagi sedih. Sebenarnya Najib dimasukkan ke hospital ini kira-kira empat bulan sudah, cumanya dia baru sahaja dipindahkan ke wad ini (Paediatrik) dalam seminggu dan duduk di sebelah katil adik saya.

"Awalnya saya ingat dia berbangsa India, sebab malam pertama yang jaga dia adalah seorang aunty India. Lepas tu esok malam pula, saya tengok uncle Chinese jaga. Terfikir juga mungkin Najib berdarah campuran, tapi saya buat tak kisah saja takkan saya nak sibuk tanya. Masuk sahaja hari ketiga, saya dah pelik sebab dengar ada orang mengaji kat katil sebelah," katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas Ayu, keraguan itu timbul ketika waktu melawat apabila dia mendengar alunan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh seseorang kepada kanak-kanak itu.

Salah seorang perkerja di rumah kebajikan tersebut yang ditugaskan menjaga Najib secara bergilir-gilir.

"Masa tu saya tutup langsir sebab adik saya, Aliesya, doktor nasihat kena selalu tutup langsir risau kalau dia terkena infection daripada pelawat yang datang sebelum operation. Dengar saja ada orang mengaji saya dah pelik, saya selak langsir, tengok ada seorang Pak Aji ni mengaji kat tepi telinga Najib. Masa ni saya fikir, 'takkan dia satu Malaysia kot'.

"Selepas sahaja Pak Aji ni mengaji dia terus keluar. Lepas tu ada seorang lagi aunty India lain datang. Dari situlah saya tahu kisah sebenar apa yang berlaku pada Najib ni. Mula-mula dulu saya dengar macam mereka panggil dia 'Ranjit' sebab tu saya fikir dia anak mereka, rupa-rupanya saya silap. Nama dia sebenarnya Najib," kongsi Ayu.

Tambah wanita ini, kanak-kanak itu sebenarnya masih mempunyai ibu bapa tetapi telah dihantar ke rumah kebajikan kerana kedua-dua mereka tidak dapat menerima kenyataan dikurniakan anak tidak normal.

Individu yang dilihat menjaga kanak-kanak berkenaan adalah pekerja-pekerja dari rumah kebajikan tersebut yang ditugaskan secara bergilir-gilir menjaganya selama empat bulan dimasukkan di hospital.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lepas tangan ibu bapa Najib.

"Sebenarnya dulu Najib normal, sekarang tak tahu kenapa semakin lama semakin sakit sampailah mata dia sekarang dah separa buta. Tak boleh bangun, tak boleh jalan, tak boleh cakap, semua tak boleh. Mampu baring saja," luahnya.

Jelas Ayu, dia tidak terlalu mengenali kanak-kanak itu namun ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh salah seorang penjaga yang ditugaskan menjaga kanak-kanak itu sepanjang dia dimasukkan ke hospital kepadanya.

"Untuk penyakit Najib saya tak ada jawapan. Cuma dalam wad ini kebanyakan mereka (pesakit) ada sawan, komplikasi pada otak atau tumor. Jadi macam Najib punya kes lebih kepada komplikasi pada otak yang memberi kesan kepada matanya hingga separuh buta dan seluruh badannya tidak dapat berfungsi. Kecuali jika dia kena sawan," kongsi wanita berusia 30 tahun ini.

Kata Ayu lagi yang kini sedang berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian, sepanjang empat bulan Najib dimasukkan di hospital hanya dua kali sahaja ibu bapa kanak-kanak itu datang melawatnya.

"Barulah saya paham kenapa yang datang jaga Najib bertukar-tukar sebab mereka rupanya pekerja kebajikan. Bila saya tanya tentang ibu bapa Najib, aunty tu cakap 'ada' mereka duduk dekat sahaja dari hopital ni dan kalau saya berdiri dekat tingkap wad pun saya nampak kawasan perumahan ibu bapa Najib. Tapi kenapa mereka tak datang?

"Selama empat bulan kat sini, dua kali saja datang. Sekali ibu dia datang untuk selfie dengan ambil gambar saja. Sekali lagi bapa dia datang, tanya dah berak? Dah kencing? Dah susu? Dah makan? Tanya kat penjaga tu (pekerja kebajikan). Lepas tu balik!" ujarnya.

Kisah Najib yang dijaga oleh penjaga rumah kebajikan pelbagai bangsa walau mempunyai ibu bapa kandung mengundang sebak.

Cerita salah seorang penjaga yang ditugaskan menjaga kanak-kanak itu, mereka cuba mencari waris lain kanak-kanak itu untuk bertanggungjawab dalam menjaga Najib di hospital.

Ini kerana, pusat kebajikan tersebut mengalami masalah dalam menguruskan kanak-kanak itu di hospital kerana kekurangan pekerja.

Walaupun berjaya menemukan bapa saudara kepada kanak-kanak itu, namun jawapan yang diberikan sangat menyedihkan.

"Rumah kebajikan ada juga cuba cari waris lain selain ibu bapa Najib dan mereka jumpa pakcik dia. Bila hubungi minta pakcik dia ambil tanggungjawab jaga Najib kat hospital sebab kaki tangan rumah kebajikan tak ramai, pakcik dia boleh jawab, 'kalau sehari RM60 bolehlah'.

"Sampai macam tu sekali mereka sanggup buat anak syurga macam tu. Sedih saya rasa bila kenangkan nasib yang menimpa Najib. Baru umur lapan tahun dah diuji macam ni. Saya tak tahu, mungkin ibu bapa Najib ada masalah sendiri.

"Tetapi ambil keputusan untuk lepaskan tanggungjawab dan dibiarkan di rumah kebajikan sebab dia tak normal itu sangat tidak masuk akal! Bukan dia minta dilahirkan macam ni, sebagai ibu bapa kita perlu bagi sokongan dan semangat buat mereka bukan dibiarkan orang lain menjaganya. Doa saya semoga segala urusan Najib dipermudahkan dan semoga kedua ibu bapanya diberikan hidayah," luahnya dengan sebak.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hospital, penjaga, kebajikan

Artikel Lain