suria

Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada ‘common sense’ hulur duit minyak - “10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah”

Eva membuat perkongsian bagi menyedarkan orang ramai untuk belajar menghargai apabila menumpang kenderaan orang lain. Foto instagram notevamaisarah/twitter electrichills

SEORANG gadis dihujani pelbagai komen warganet selepas memuatnaik klip videonya menumpang kereta seorang rakan, di laman sosial.

Klip video pendek itu kemudian menunjukkan dia meletakkan beberapa wang kertas RM10 di bahagian papan pemuka sebelum rakannya dilihat sedang memandu.

“Dah tumpang, ada common sense (akal fikiran) lah,” tulisnya yang mana ada yang bersetuju dengan tindakannya menghulurkan wang kepada rakan yang menumpangkannya sebagai tanda terima kasih, tetapi ada juga yang mengecamnya kerana dianggap menunjuk-nunjuk (show off).

ARTIKEL BERKAITAN: “Common sense tertukar dengan binatang mungkin”- Pelajar ‘U’ geram, kerepek habis, mana duitnya?

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak melaram acah diva, bajet ciput” - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

Gadis berkenaan berkata, Eva Ayub berkata, rakaman tersebut dibuat dalam perjalanan dari sebuah pusat beli-belah ke universitinya di Kota Kinabalu, Sabah.

Rakan Eva yang sudi menumpangkannya ke universiti dan dia kemudian berkongsi kos perjalanan sebagai tanda terima kasih.

Baru berusia 18 tahun, dia memberitahu tujuan rakaman tersebut dibuat kerana menyedari masih ramai yang tidak bertimbang rasa apabila menumpang kenderaan orang lain.

“Masih ramai yang tak buat benda yang common sense tu. Sebaik saja saya post video tu, ramai yang komen bersetuju tapi mereka takut nak bersuara.

“Jadi, saya berharap dengan menunjukkan rakaman tersebut, orang yang menumpang itu sedar apa yang mereka seharusnya lakukan,” katanya kepada mStar.

Eva berkongsi video 'common sense' sebagai kesedaran kepada semua orang untuk menghargai orang lain.

Eva berkata, dia pernah melalui pengalaman menumpangkan rakan-rakan untuk bercuti bagi perjalanan pergi dan balik selama 10 jam.

“Masa tu saya dan empat rakan pergi bercuti ke Kundasang. Ibu bapa saya yang memandu tapi saya yang bayar petrol.

“Kalau saya nak jalan-jalan dengan kawan-kawan, memang saya yang kena rancang dan saya juga kena tanggung semua kos, dari minyak sampai makan.

“Memang saya dididik oleh ibu bapa supaya belajar berdikari. Dan saya bekerja untuk dapat duit dengan hasil titik peluh sendiri,” ujarnya yang merupakan pelajar sambilan peringkat diploma di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Sabah.

Bagi pandangan saya, mereka takut dilabel ‘dengan kawan pun nak berkira’. Itu belum lagi kata ‘sama-sama pelajar kan’ dan kalau mereka tegur, ada yang terasa dan cuba jauhkan diri daripada kita. 

EVA

Menurut Eva, dia kesal dengan sikap rakan-rakannya yang tidak bertimbang rasa sepanjang percutian itu.

“Saya siap hantar seorang demi seorang rakan balik rumah. Bayangkan ada empat kawan masa tu!

“Jujurnya memang saya kesal, tapi bukan semua orang ada common sense seperti kita. Jadi, kalau tak mahu perkara berulang… saya kena kongsikan video,” katanya.

Pernah mengalami pengalaman berhadapan dengan rakan-rakan yang tidak bertimbang rasa.

Walau bagaimanapun, dia tidak serik dengan insiden tersebut sambil menambah ucapan terima kasih amat penting untuk menghargai seseorang.

“Cakap ‘terima kasih’ pun dah cukup. Belanja makan pun OK, small things matter. Kalau tak buat hari tu, anda masih ada hari-hari lain. Cakap jelah saya akan belanja lain kali, yang akan membuatkan seseorang tu dah gembira. 

“Bagi pandangan saya, mereka takut dilabel ‘dengan kawan pun nak berkira’. Itu belum lagi kata ‘sama-sama pelajar kan’ dan kalau mereka tegur, ada yang terasa dan cuba jauhkan daripada kita. 

“Kalau tak nak buat atau nak hargai orang, janganlah susahkan orang. Mereka bukannya tumpangkan anda saja, malah mereka korbankan masa dan tenaga mereka. Kena fikir fasal tu juga,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tumpang, common sense, minyak

Artikel Lain