SEORANG pemuda menjadi bahan kritikan di media sosial gara-gara memuat naik foto seorang lelaki sedang makan bersendirian dipercayai di sebuah restoran sushi. “Saya rasa ada benarnya, mereka yang mempunyai senyuman paling manis menghabiskan hari yang paling sunyi. Saya harap Sir OK, saya mahu berikan pelukan tetapi saya tidak dapat datang ke latihan koir hari ini,” tulisnya pada perkongsian yang tular itu. Lelaki berkenaan bukan sahaja makan keseorangan, malah gambar tersebut juga menunjukkan keadaan restoran yang lengang tanpa pelanggan lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak jadi tunang ‘buat hal’, bawa cincin jalan-jalan pakai ‘seatbelt’, “Saya dah ‘move on’, ramai bertanya dan berminat” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar beranikan diri hampiri lelaki tersadai tepi highway jam 2 pagi, kesudahannya tuntun motor lebih 20km lalu Jambatan P.Pinang! Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warganet dengan rata-ratanya tidak bersetuju gambar tersebut diambil secara senyap-senyap dan dikongsi secara umum. Perkongsian seorang pemuda yang memuatnaik foto seorang lelaki makan bersendirian. “Weh takutnya kalau orang ambil gambar senyap-senyap macam ni, lepas tu post kat media sosial. Aku dah la selalu makan seorang,” tulis seorang warganet. “Sebenarnya tak baik tangkap gambar orang macam ni. Niat kamu walaupun baik, tapi bila dah post kat sini, awak macam mengaibkan dia. Lagipun makan seorang bukan lonely. Makan seorang sebab lapar tapi orang lain lambat, sibuk,” ujar yang lain sambil meminta pemuda tersebut menghormati privasi lelaki berkenaan. Seorang gadis pula menyifatkan bukan satu kesalahan untuk menikmati hidangan bersendirian, dan bukan bermakna lelaki berkenaan kesunyian. “Hanya kerana dia makan seorang bukan bermakna dia kesepian. Tiada yang salah tentang makan bersendirian. Saya cuma nampak ambil gambar tanpa kebenaran dia itulah yang salah,” jelasnya. “Kenapa orang suka cakap kalau keluar atau makan seorang tu sendu? Eh suka hatilah nak makan seorang ke nak ajak member ke bini ke pakwe ke. Kalau jenis makan nak kongsi bayar tak apa juga. Ni jenis nak orang belanja... tauke balak pun bankrap,” ujar seorang warganet yang berang dengan perkongsian foto tersebut. Antara komen warganet berhubung posting pemuda tersebut. Seorang pengguna Twitter pula menyarankan agar tidak mendekati lelaki yang sedang makan keseorangan demi menghormati masanya bersendirian. “Jangan... jangan sesekali menganggu. Itu adalah waktu dia ‘bersendirian’. Aku pun macam ni, akan ada masa untuk pergi makan apa aku nak, buat apa aku nak seorang tanpa ada orang lain yang buat keputusan dan sibuk nak ke sana ke sini,” katanya. Hanya kerana dia makan seorang bukan bermakna dia kesepian. Tiada yang salah tentang makan bersendirian. Saya cuma nampak ambil gambar tanpa kebenaran dia itulah yang salah. WARGANET Malah, ada yang memberikan komen dengan elemen humor mengenai lelaki makan bersendirian itu. “Kalau kat sushi, makan seorang bukan hari paling sunyi tapi nak jimat kos terutama makan yang piring ungu,” ujarnya merujuk harga makanan ditetapkan berdasarkan warna piring di kedai sushi. Posting susulan pemuda mengenai keadaan lelaki yang menikmati sushi bersendirian. Identiti lelaki yang menikmati hidangan sushi keseorangan itu menimbulkan tanda tanya. Pemuda yang membuat perkongsian itu kemudian memuat naik mesej individu dipercayai dihantar oleh lelaki yang dirakamkan gambarnya secara senyap-senyap. “Apabila anda terlalu sibuk, anda tiada masa untuk tunggu orang lain temankan anda menikmati makan malam,” menurut mesej lelaki misteri itu. Bagaimanapun, menerusi satu komen pemuda tersebut dikatakan sebenarnya mengambil gambar individu yang dikenalinya.