suria

Guru diminta sekat murid perempuan buat persembahan kerana ada ‘mata bernafsu’ - “Nampak dada, tudung singkat, lentok-lentok”

Saran wanita itu, pentadbir dan guru perlu menapis dan menyekat persembahan melibatkan murid perempuan. (Gambar Hiasan).

"DIDIK anak rasa malu," demikian tegur seorang wanita di Facebook mengenai penyertaan murid perempuan dalam aktiviti seni persembahan di sekolah.

Teguran berkenaan kemudian turut dikongsi di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Selain menerima ribuan ulang kicau (Retweet), netizen turut berdebat mengenai isu itu dengan masing-masing mengetengahkan pendapat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak baik dalam kelas buat cikgu terkejut... tuu dia MK cilik tunjuk bakat terpendam! - “Atas pentas terus nampak lain”

Menurut individu berkenaan, ibu bapa seharusnya tidak mengizinkan anak perempuan menyertai persembahan seperti tarian, joget, zumba dan sebagainya.

"Fizikal budak sekarang dah macam anak dara. Cepat baligh. Nampak dada. Tudung singkat. Lentok-lentok.

"Goyang sana goyang sini. Sambil disaksikan oleh murid-murid lelaki, guru lelaki, kaum bapa," tulis wanita itu.

Menurut individu itu lagi, dia memohon golongan guru dan pentadbir agar menapis jenis persembahan yang disajikan buat tatapan warga sekolah.

Saranan wanita itu kepada pihak sekolah menerima pelbagai reaksi netizen. (Gambar Hiasan)

Selain itu, dia turut meminta kaum ibu yang turut sama dalam aktiviti seumpamanya agar bermuhasabah kerana banyak mata bernafsu yang melihat aksi itu.

"Persembahan murid, majlis graduasi. Saya minta sangat cikgu-cikgu dan pentadbir sekolah tapis dan sekat.

"Bayangkan yang menari lenggok-lenggok tu anak-anak awak. Mata-mata yang bernafsu yang melihat. Dipertontonkan.

"Tapi kalau mak-mak pun jenis berzumba tengah padang, gelek sana lentok sana-sini. Mak-mak pun sila bermuhasabah," ujarnya lagi.

Rata-rata warga Twitter bagaimanapun kurang bersetuju dengan padangan itu yang mana ia disifatkan memupuk rasa malu yang tidak bertempat dalam diri kanak-kanak.

"Pedofilia je yang pandang budak-budak dengan rasa tak selesa.

Posting wanita itu dimuatnaik di Facebook sebelum tular di Twitter.

"Masalah sekarang ni kenapa mata-mata mereka bernafsu pada student minor? Muhasabah diri sendiri please.

"Didik mata anak lelaki dan bapa-bapa dulu kot.

"Dari kecil asyik ajar anak suruh malu tak bertempat. Nanti dah besar, mesti rendah keyakinan diri," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ada juga yang turut sependapat dengan pandangan wanita itu dan berkata ia sekadar satu kaedah untuk melindungi keselamatan dan maruah anak gadis sahaja.

"Saya cikgu dan saya sangat setuju dengan pendapat sis.

"Setuju, zaman sekarang budak cepat matang," tulis seorang lagi pelayar laman sosial.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
murid perempuan, pedofilia, nafsu, aurat

Artikel Lain