GELAGAT seorang lelaki mengusik isterinya sebelum dibalas dengan respons yang cukup pedas gara-gara memberikan rating 8/10 terhadap hidangan ikan siakap stim yang dimasaknya telah mencuit hati netizen. Video perkongsian Shuzck di Twitter mengenai gelagat bapanya, Hisammuddin Mohd Hosni menyakat ibunya, Neil Zalina Supaat mendapat lebih 300,000 tontonan. Malah posting dengan kapsyen 'Don't ever rate your wife food 8/10' itu turut menerima 30,500 ulang kicau dan 22,800 tanda suka. Shuzck atau nama sebenarnya Muhammad Shukery Shah berkata bapanya memang suka menyakat ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah tegur, kunci pintu rumah!” - Nah... Idea ‘kasar’ buat isteri yang tawar hati, buntu suami asyik lepak sampai pagi ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah tegur, kunci pintu rumah!” - Nah... Idea ‘kasar’ buat isteri yang tawar hati, buntu suami asyik lepak sampai pagi "Ummi dan abah saya memang suka gurau-gurau. Dua-dua jenis 'masuk air' sikit. "Dengan anak-anak pun sama. Family kami memang macam tu (suka bergurau)," katanya. Video yang dirakam Shuzck menunjukkan bapanya berselera menjamah masakan ibunya. Malah Shuzck berkata respons ibunya susulan rating diberikan bapanya memang dilakukan secara spontan. "Waktu tu saya tengah pegang phone. Saya tanyalah abah rating masakan ummie. Abah pun jawablah macam gurau-gurau. "Tak sangka ummi respons 'hah dia tidur luar hari ni'. Semuanya secara spontan. Walaupun abah bagi rating macam tu, habis juga masakan ummi dia makan," katanya. Di sebalik gelagat menghiburkan itu, timbul pula komen netizen yang menyamakan suara dan muka bapanya seperti pelawak terkenal dan individu tertentu. Sebenarnya suara abah memang macam tu. Dia tak tiru pun gaya Shuib. Kalau jumpa depan-depan memang dia akan cakap macam tu. MUHAMMAD SHUKERY SHAH. Pada awalnya, pemuda berusia 21 tahun itu berkata dia kurang senang dengan komen tersebut sebelum bertindak enggan ambil peduli mengenainya. "Bila dah viral tu ramai kata suara abah macam Shuiblah. Muka abah macam doktor kena pijak tulah. Ada juga yang samakan macam pelawak Achey. "Mula-mula tu adalah rasa macam triggered sikit. Tapi bila fikir-fikir netizen di Twitter memang macam tu. Its OK. Saya layankan jelah," katanya. Shuzck turut menjelaskan perkara tersebut di Twitternya. Malah Shuzck berkata kedua ibu bapanya turut terhibur melihat komen-komen netizen mengenai perkara itu. "Ummi cakap eh suami aku lagi handsome kot. Tapi bila tengok gambar tu ummi cakap dah letak sebelah-sebelah gambar tu adalah iras-iras pula. "Abah saya pula dia gelak je. Lepas tu dia cakap 'eh mana ada sama'. Sebenarnya suara abah memang macam tu. Dia tak tiru pun gaya Shuib. Kalau jumpa depan-depan memang dia akan cakap macam tu," katanya. Mengenai video yang tular itu, Shuzck berkata dia sekadar mahu berkongsi aksi kelakar kedua ibu bapanya secara suka-suka di Twitter. "Pada mulanya saya record video tu guna aplikasi Snapchat. Bila tengok-tengok macam kelakar pula, jadi saya pun post dekat Twitter. "Saya tak expect apa-apa pun. Tak sangka viral pula," katanya. View this post on Instagram Orang perempuan ni memang sensitif bab rating2 masakan ni... tapi lelaki ni mungkin saja-saja nak menyakat isteri dia kot ? Kredit video Twitter Shuzck #mstarkongsi #janganseriusangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 28, 2019 at 12:15am PST