PELBAGAI ragam dan aksi graduan semasa berlangsungnya majlis konvokesyen dirakam sehingga menjadi tular dan bualan ramai di media sosial. Seperti seorang graduan ini, gelagat lucunya berjaya dirakam secara langsung semasa Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-35. Menerusi video berdurasi 11 saat itu, aksinya memberi flying kiss kepada lensa kamera dan menggoyangkan bahunya mengikut rentak irama tradisional menggamatkan dewan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya acah-acah macho, first time pakai kasut kulit tumit tinggi” - Graduan ‘ghaib’ selepas jatuh tangga masa konvo tergelak tengok diri sendiri ARTIKEL BERKAITAN: “Eh! Mana skrol?” - 'Graduan terlajak' hairan jalan berlenggang, alasan 'nervous' ketika dipeluk ibu Graduan berkenaan, Muhammad Rahimie Ramli berkata, ketika itu dia dan hadirin sedang menantikan ketibaan dif-dif kehormat sempena majlis berkenaan pada pagi Ahad. Rahimie mahu menyebarkan suasana ceria pada majlis konvokesyen. Pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu, dia mahu menghidupkan suasana supaya lebih ceria pada masa itu kerana graduan dan keluarga masing-masing membuat hal sendiri sementara menunggu majlis bermula. “Saya duduk di barisan paling hadapan untuk graduan dan dari skrin di pentas nampak kamera sedang merakamkan barisan kami. Buat isyarat peace tu dah biasa sangat, jadi saya bagi flying kiss. “Saya cuba sebarkan aura love itu bagi menghidupkan suasana gembira. Bayangkanlah mungkin antara graduan tu belajar sampai lima hingga enam tahun untuk tamat pengajian, jadi inilah masanya mereka perlu diraikan dengan mood yang lebih ceria,” katanya kepada mStar. Gelagat Rahimie (dua, kanan) bersama rakan-rakannya. Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris itu menyedari lensa kamera terus merakamkan aksinya selepas itu, dan dia perlu melakukan sesuatu secara spontan. “Kamera terus rakam barisan, kalau saya berhenti lepas buat flying kiss nanti nampak tak cantik pula. Kebetulan, lagu yang dimainkan di dalam dewan ketika itu adalah irama tradisional, jadi saya perlu lakukan sesuatu. “Dalam keadaan duduk, saya mampu menggoyangkan bahu untuk mengikut rentak lagu. Biar lenggok dan lagu kelihatan senada, dan berbaloi apabila satu dewan gelak kerana terhibur,” ujar Muhammad Rahimie. Ibu Rahimie (kanan) dan ibu saudara (kiri) turut hadir menberikan sokonga pada majlis konvokesyen. Pemuda yang berasal dari Klebang Besar, Melaka itu bagaimanapun tidak kisah dilabelkan sebagai ‘gedik’ disebabkan aksi lucunya itu kerana itulah dirinya yang sebenar. “Siapa yang mengenali saya, mereka tahu saya memang seorang yang gedik, ceria, aktif dan loud. Apa yang anda tengok dalam video tu, itulah diri saya yang sebenar,” katanya. Siapa yang mengenali saya, mereka tahu saya memang seorang yang gedik, ceria, aktif dan loud. Apa yang anda tengok dalam video tu, itulah diri saya yang sebenar MUHAMMAD RAHIMIE Berpengalaman berlakon teater dan tarian dengan mengikuti kelas dan latihan di universiti, maka tidak hairanlah anak bongsu daripada lima beradik itu begitu yakin di hadapan kamera. Namun, Muhammad Rahimie mendedahkan dia sebenarnya kaku sekiranya untuk penggambaran foto berbanding lakonan, tarian dan rakaman video. Aksi Muhammad Rahimie semasa membuat persembahan di universiti. “Kalau ada photoshoot, memang saya agak kaku tak biasa nak bergaya. Nak nampak saya beraksi, jurugambar kena arahkan saya untuk bayangkan sesuatu dan hidupkan watak. “Dalam berani ada malunya. Sama juga dengan orang lain, masing-masing ada cara untuk tunjukkan personaliti dan tahu bagaimana nak bagi suasana gembira,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau penulis. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 24, 2019 at 10:05pm PST