MELAMPAU sangat ni kalau 50 markah untuk dapat A+! Demikian komen seorang individu berhubung petisyen calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mendesak supaya gred mata pelajaran Sejarah diturunkan. Sehingga Rabu tengah hari, lebih 13,000 individu sudah menandatangani petisyen berkenaan yang dibuat menerusi laman web change.org, bagi mendesak supaya markah 50 diberikan gred A+ untuk kertas berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup duduk di lantai, peliknya calon SPM ini asyik lap cermin mata pemberian arwah mak – “Walau kelas ‘belakang’, dia usaha belajar ekstra” ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah dapat markah corot 38/100, tapi siapa sangka remaja ini catat keputusan SPM 9A! Paparan skrin petisyen berkenaan kemudiannya dikongsi di laman Twitter sehingga menjadi tular. Malah, ia turut menjadi topik perdebatan netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan desakan itu. "Tolonglah jangan terlalu downgrade standard. Kalau Additional Mathematic (Matematik Tambahan) tu OK lagilah. "Tapi kalau Sejarah ni hmm, agak keterlaluan," tulis @thisissunge sehingga menerima hampir 11,000 ulang kicau (Retweet). Petisyen di laman web change.org. Menerusi pernyataan di laman web change.org, subjek Sejarah untuk kertas 2 dan 3 digambarkan agak mengarut (ridiculous). "Tiada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) dalam kertas 2 sebagaimana ia seharusnya ada. "Berani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tukar format kertas 3 Sejarah? Calon SPM menderita sejak hari pertama SPM, dengari suara kami," tulis individu yang memulakan petisyen itu. Selain kurang bersetuju, terdapat segelintir netizen turut melemparkan komen kesat termasuk menggelarkan calon SPM tahun ini 'lembik', memalukan, pemalas dan sebagainya. Tolonglah jangan terlalu downgrade standard. Kalau Additional Mathematic (Matematik Tambahan) tu OK lagi lah. PELAYAR TWITTER "Diaorang mana study, semua dok sibuk nak jadi influencer, budak zaman sekarang semua benda nak senang. "Manusia yang tidak mengenal sejarah pasti akan mengulangi kesilapan sejarah yang lalu. "Batch paling lembik," tulis beberapa netizen. Pada minggu lalu, petisyen sama melibatkan subjek Matematik Tambahan turut dibuat sehingga isu itu menarik perhatian ramai. Menurut laporan The Star pada Khamis lalu, seramai 11,800 individu menandatangani petisyen berkenaan dalam tempoh 19 jam sahaja. Petisyen itu mendesak markah lulus diturunkan kepada lima peratus dan markah gred A+ pada paras 50 peratus sahaja.