CALON Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada Khamis pastinya boleh menarik lega selepas menjalani hari terakhir peperiksaan sekolah menengah itu. Sebahagian 416,416 calon yang menduduki SPM tahun ini telah selesai menjawab kertas peperiksaan masing-masing lebih awal sejak Rabu. Namun, terdapat segelintir pelajar bertindak di luar kawalan bagi meraikan hari terakhir peperiksaan itu dengan ‘berpesta’ di tengah jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Dah kantoi curi, selamba tumbuk uncle jual roti... orang lain tengok saja – “Tolong ubah mentaliti” ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah dapat markah corot 38/100, tapi siapa sangka remaja ini catat keputusan SPM 9A! ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup duduk di lantai, peliknya calon SPM ini asyik lap cermin mata pemberian arwah mak – “Walau kelas ‘belakang’, dia usaha belajar ekstra” Tindakan sekumpulan pelajar itu dipercayai berlaku dekat Pantai Klebang, Melaka pada tengah hari Rabu. Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, mereka menunggang motosikal berhimpun di sepanjang jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya. Sekumpulan pelajar berkumpul dekat Pantai Klebang, Melaka. Kejadian tersebut turut membabitkan sebuah kereta BMW merah yang dinaiki sekumpulan pelajar sehingga ada yang berdiri di atas kenderaan berkenaan. Ia sekali gus membangkitkan kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan mereka mahu meraikan tamatnya peperiksaan itu sebagai tidak bertamadun dan biadab. “Gembira bukan main lagi, macam sudah dapat keputusan peperiksaan dan lulus semua,” komen seorang warganet. “Kebebasan yang melampaui batas akan membawa keburukan. Tak salah yang bergembira tapi biarlah bertempat. Negara Islam dan orang Melayu beradat dalam kehidupan. Semoga anda semua berada dalam rahmat Tuhan,” tulis yang lain. “Bebas SPM tak semestinya bebas segala-galanya... akan banyak dugaan yang mendatang lepas ini. Hanya Allah saja yang tahu,” ujar yang lain memberikan pandangan. Tindakan sekumpulan pelajar mengganggu pengguna jalan raya lain. “Macamlah SPM 11A+ nak gembira begini,” sindir seorang warganet. “Kau tak tahu strugglenya kehidupan kau lepas ni. Kecoh betul dan memalukan generasi muda kat Malaysia ni,” ujar seorang lagi dengan nada kesal. Bebas SPM tak semestinya bebas segala-galanya... akan banyak dugaan yang mendatang lepas ini. WARGANET Bagaimanapun, kegembiraan mereka tidak lama selepas ditahan oleh sepasukan anggota polis trafik. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya dipetik sebagai berkata, pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu di Bandar Melaka dan Klebang sebaik tamat peperiksaan SPM. Antara komen warganet. Beliau berkata, hasilnya seramai 13 remaja berusia antara 16 hingga 17 tahun ditahan bagi siasatan sebelum dibebaskan sebaik keterangan mereka diambil. “Sebanyak 17 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal terbabit selepas didapati melakukan kesalahan trafik. “Antara kesalahan dikesan adalah tiada nombor pendaftaran, tiada lesen memandu, tidak patuh tunjuk arah trafik serta tidak memakai topi keledar,” katanya sambil menambah mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Batang Tiga dan kes disiasat mengikut Akta Kesalahan Lalu Lintas.