suria

Rancak main TikTok pekerja Pos Laju kena ‘serang’ - “Saya bukan penyebab barang anda lambat sampai”

Video Shun bermain TikTok menjadi tular di Twitter dan ramai beranggapan ia diambil ketika waktu bekerja.

"PATUTLAH bungkusan Pos Laju saya selalu sampai seminggu lewat."

Itu antara kata-kata netizen mengenai video gelagat seorang kakitangan Pos Laju dilihat bermain aplikasi TikTok yang tular di Twitter.

Dalam video berdurasi 18 saat itu, seorang pemuda yang lengkap berpakaian uniform Pos Malaysia membuat aksi kelakar sambil menyanyikan lagu kanak-kanak Didi & Friends, Mengantuknya Mumia.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka main Tik Tok, gadis ini dituduh attention seeker sebut ‘bra’ ketika pakai tudung labuh, “Asalnya jadi ustazah, tapi cancel...”

ARTIKEL BERKAITAN: Menyedihkan sikap segelintir netizen! Kematian Instafamous dijadikan bahan lawak - “Dah boleh langkah ke awak?”

Perkongsian video itu mendapat lebih 300,000 tontonan dan 11,800 tanda suka.

Pemuda dalam video itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shun bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar.

Shun berkata dia hanyalah kerani di bahagian perkhidmatan Pos Laju dan video itu pula diambil ketika habis waktu bekerja pada minggu lalu.

Shun bersama keluarganya.

"Saya sebenarnya kerani penerima barang bukan deliver barang. Ramai ingat saya buat video tu waktu tengah bekerja tapi sebenarnya tak.

"Video tu saya ambil lepas habis kerja di dalam kereta saya sendiri dan bukannya dalam van Pos Laju. Jadi saya bukanlah penyebab barang anda lambat sampai," katanya dalam nada berseloroh.

Malah Shun berkata dia membuat penjelasan itu kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada rakan sekerjanya yang lain.

"Saya tak naklah nanti sebab saya main TikTok ramai kecam pekerja Pos Malaysia. Jadi saya nak perbetulkan persepsi orang ramai.

Jadi bila dah viral mesti ramai kenal kita dan dalam 1,000 orang yang suka kita pasti ada 10 yang tak suka. Itu lumrah kehidupan.

SHUN.

KAKITANGAN POS MALAYSIA

"Kena profesional. Bila waktu kerja saya kerjalah. Time dah habis kerja saya buatlah apa yang saya nak buat," katanya.

Jelas pemuda berusia 23 tahun itu lagi, dia memang aktif bermain TikTok sejak setahun lalu.

"Saya memang aktif buat video sejak tahun lepas lagi. Kalau saya boring dan time cuti saya buatlah video.

Shun turut membuat penjelasan di Twitternya berhubung perkara itu.

"Tapi tak sangka video ni paling berjaya. Memang terkejut beruk saya," katanya.

Walaupun ada yang mengecamnya, tidak kurang juga meluahkan rasa terhibur melihat gelagat bersahajanya itu.

"Alhamdulillah ramai jugalah yang terhibur dengan aksi saya. Video tu rupa-rupanya dah viral kat Twitter, Instagram dan group WhatsApp.

"Jadi bila dah viral mesti ramai kenal kita dan dalam 1,000 orang yang suka kita pasti ada 10 yang tak suka. Itu lumrah kehidupan.

"Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi saya tak kisah pun apa orang nak kata. Saya dah bersedia," katanya.

Dalam pada itu, Shun juga mengakui insiden itu menjadikan dirinya lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial.

"Saya kini jadi lebih berhati-hati sebelum post apa-apa video. Bukan apa takut insiden sama berulang kembali.

"Ada juga kawan nasihat lain kali jangan buat video TikTok guna baju Pos Malaysia... tak pasal-pasal viral," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
TikTok, Pos Laju, kerani, bungkusan

Artikel Lain