INGATKAN dekat Hat Yai (Thailand), rupa-rupanya di Malaysia. Demikian komen seorang netizen berhubung penularan foto dan video sekitar Ekspo Tatu Malaysia 2019 yang berlangsung sejak Jumaat lalu hingga Ahad. Isu mengenai ekspo berkenaan menjadi perdebatan netizen di laman sosial yang mana rata-ratanya kurang bersetuju dengan penganjuran tersebut. Ia susulan foto peragaan separuh bogel sambil memperagakan lukisan tatu di badan model dalam acara berkenaan yang kini sedang tersebar secara meluas. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ambil makanan tak banyak...” - Siapa lelaki berjubah, berkopiah, tapi di leher ada tatu bunga ros? ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih buat transformasi, gadis ‘buta’ tiga minggu gara-gara lukis tatu pada mata Lebih teruk, ada peserta wanita yang memakai seluar dalam dan hanya menutup payudaranya dengan pita pelekat berwarna putih sahaja. Dianggap tidak menghormati sensitiviti dan budaya tempatan, warga maya turut menuntut penjelasan pihak bertanggungjawab. "Apa dah jadi dengan negara ni? "Ekspo bogel dah ni. Kena gempa bumi juga negara kita ni. Semakin lupa diri dah ni. Adalah mustahil untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyatnya beragama Islam. DATUK MOHAMADDIN KETAPI MENTERI PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA "Mana prinsip kesopanan daan kesusilaan?," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Ekspo Tatu Malaysia 2019 susulan peragaan separuh bogel pada acara berkenaan. Tambahnya, kementerian berkenaan tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk acara peragaan separuh bogel. Mohamaddin sudah mengarahkan MyCeB untuk menyiasat insiden tersebut. “Adalah mustahil untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyatnya beragama Islam. “Ia juga tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan. "Saya sudah mengarahkan agensi di bawah Motac iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Mohamaddin, ekspo itu bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan tiada kejadian seumpama itu berlaku sejak penganjurannya pada 2015 di Kota Kinabalu, Sabah. “Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi melanggar tatasusila. Oleh itu, saya mengarahkan MyCeB untuk menyiasat perkara ini,” katanya lagi.