SUKAN bola jaring sememangnya sinonim dengan wanita. Namun pernahkah anda terfikir apa akan jadi jika golongan lelaki tunjukkan skil dalam acara itu. "Bila lelaki main netball, dah macam rugby wei." Itulah pandangan Hidayatul Najwa Mohammad Amin yang turut berkongsi video rakaman sekumpulan lelaki bermain sukan itu di Twitternya sehingga menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Yakinnya kamu! Guru kongsi kisah murid lari lawan arah, “Memang laju, dia lari all out siap mimik muka bersungguh” ARTIKEL BERKAITAN: “Eeii comel pulak dia ni” - Jadi kesayangan ramai, siapa sebenarnya Maisarah? Ibu sendiri pun mengaku selalu rindu anak istimewanya Video berdurasi 19 saat itu mendapat hampir 300,000 tontonan dan 22,300 tanda suka di platform media sosial itu. Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat melucukan sekumpulan lelaki tersebut. Antara pensyarah dan Pengarah KMPK, Shashim Shah Harun yang terlibat dalam perlawanan itu. "Sorang wrestling, sorang bola sepak... hilang terus game netball tu," tulis Cosa Nostra. "Yang ni paling cute, orang tengah berebut bola, dia sorang je nak peluk tiang," kata Shazwa. Hidayatul Najwa Mohammad Amin yang juga pelajar di Kolej Martikulasi Perak (KMPK) berkata permainan itu disertai pensyarah dan kakitangan KMPK sempena pertandingan Piala Pengarah kolej tersebut pada Sabtu lalu. "Yang main netball tu semua pensyarah lelaki termasuk pengarah kolej kami. Netball salah satu acara yang dipertandingkan. "Mereka memang tak tahu rules semua sebab lelaki mana main netball kan. Jadi coach (netball) saya terangkanlah kepada mereka tapi mereka tak faham. Aksi semua peserta berjaya membuatkan ramai terhibur. "Ada yang tanya macam mana nak main? Nak kena gerakkan kaki ke. Pengarah kami kata tibai jelah... main jelah macam mana pun janji gol," katanya kepada mStar. Jelas gadis berusia 18 tahun itu lagi, dia berkongsi video tersebut kerana gelagat semua peserta amat menghiburkan. "Mula-mula OK je tau tapi yang lawaknya pakai bib pun tak function sebab tak ikut position pun. Awal-awal dah berterabur tapi memang fun gila sampai ada yang tolak-tolak tiang gol. Scoreboard pun kosong sebab tak gol-gol. Memang lawak gile. End up coach kami terpaksa tentukan juara menerusi penalti shot. HIDAYATUL NAJWA MOHAMMAD AMIN. Pelajar Kolej Martikulasi Perak. "Ada kawan saya jadi pengadil tapi bila tiup wisel mereka tak dengar. Mereka jalan je. Tak boleh nak buat apa dah. Maybe dah penat sebab tak gol-gol. "Saya share pun untuk suka-suka dan tak sangka ramai terhibur. Memang kelakar. Mereka main tak ikut rules. Jadi game ini macam bukan netball dah tapi NetRugby," katanya. Pasukan juara ditentukan menerusi penalti shot. Bagaimanapun gadis mesra disapa Najwa itu berkata, juara pasukan terpaksa ditentukan menerusi penalti shot di akhir perlawanan. "Scoreboard pun kosong sebab tak gol-gol. Memang lawak gile. End up coach kami terpaksa tentukan juara menerusi penalti shot. "Siapa yang gol menanglah. Waktu tu terpaksa strict sikit. Kami semua pegang tiang gol tak bagi pensyarah gerakkan tiang tu. Akhirnya timbalan pengarah kolej kami jaringkan gol," katanya. Antara pensyarah dan Pengarah KMPK, Shashim Shah Harun (baju ungu) yang terlibat dalam perlawanan itu. View this post on Instagram Bila lelaki main netball... siap pegang tiang gol lagi. Kelakar habis ?? Kredit video Hidayatul Najwa #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 1, 2019 at 4:23am PST