suria

Beli petrol 15 liter tapi dapat kurang 5 liter, nasib baik gadis ini dapat isi baki - “Cashier macam kantoi pun ada... malaslah nak gaduh”

ErahSoo berkongsi pengalaman dilaluinya itu di Twitternya. - Gambar hiasan

RAMAI di antara kita ambil ringan soal resit selepas melakukan sebarang pembelian.

Namun insiden menimpa gadis ini ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lalu boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Menerusi perkongsian gadis yang hanya ingin dikenali sebagai ErahSoo di Twitternya, dia mendedahkan nyaris 'ditipu' seorang juruwang di stesen minyak terbabit gara-gara tidak diberi resit pembelian yang dimintanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Meletup nanti!” - Rakam foto isi minyak kereta, Petronas minta ‘team’ Syed Saddiq utamakan keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas isi minyak RM30, siram empat tayar kereta, bro ni dapat ‘percuma’ penyiram!

"Sudah jadi kebiasaan bila beli apa-apa saya selalu akan minta resit. Tapi masa kejadian tu saya cakap pada cashier nak isi 15 liter kuning (RON95).

"Jadi saya bayar ngam-ngam RM31.20. Bila nak minta resit cashier tu cakap resit tak boleh keluar. Jadi saya pun cakap OK tak pelah dan terus menuju ke pam.

"Selesai isi minyak, pam stop. Dah jadi tabiat saya akan tengok jumlah liter kat pam tu. Saya tengok baru 10 liter (RM21.20)," katanya kepada mStar.

Resit pembelian yang dicetak ErahSoo di pam minyak selepas membuat pengisian bahan api itu turut dikongsinya di Twitter.

Pelik dengan perkara itu, gadis berusia 26 tahun itu pergi semula ke kaunter dan bertanya jika ada berlaku kesilapan.

"Saya cakap tadi nak isi 15 liter, kenapa bagi 10 liter je? Mana lagi 5 liter. Lepas tu cashier tu macam terdiam agak lama jugalah. Tak tahulah apa dia fikir masa tu.

"Muka dia (cashier) macam terkedu... nak kata muka terkantoi pun ada juga. Lepas tu dia terus buka skrin dan tekan-tekan.

"Dia tak cakap sorry salah tekan ke apa, memang tak ada. Dia cuma cakap OK dah boleh isi balik. Saya benganglah juga tapi malaslah nak bergaduh," katanya.

Namun ErahSoo berkata dia juga terkejut juruwang itu tidak bertanyakan bukti rekod pembeliannya.

"Memang pelik tapi saya tak nak tuduh bukan-bukan. Memang jauh sangat bunyi 10 liter dengan 15 liter. Nak buktikan memang senang sebab saya bayar ngam-ngam.

"Kalau nak cakap dia salah dengar pun tak logik sebab saya sebut 15 liter bukan ringgit. Tapi nasib baiklah dia bagi isi lagi yang lima liter tu.

Sudah menjadi kebiasaan ErahSoo akan meminta resit selepas selesai membuat sebarang pembelian.

"Mungkin sebab waktu tu hanya ada saya dan seorang abang motor tu. Lagipun awal-awal dah cakap nak resit tapi dia cakap tak ada. Bila jadi macam tu dia dah tak boleh kata apa," katanya.

Tindakan tidak bertanggungjawab juruwang itu turut membuatkan ErahSoo terfikir untuk berkongsi pengalamannya itu kepada orang ramai.

"Saya tak adalah nak tuduh dia menipu ke apa. Saya just anggap itu mungkin kecuaian dia. Tapi kalau kita sendiri sebagai customer tak alert benda ni makin ramai yang menjadi mangsa.

Jadi resit amat penting kalau melibatkan pembelian top up atau petrol. Kalau boleh minta resit dan sebelum keluar dari premis check dulu pembelian kita. Itu hak kita sebagai pelanggan.

ERAHSOO.

"Bayangkan kalau insiden sama berlaku kepada 10 orang dah RM100 lesap. Itu belum lagi kalau staf dia yang tolong isikan.

"Kadang-kadang kita tak tengok pun meter kat situ. Nasib baiklah waktu tu memang saya isi sendiri. So saya boleh detectlah ada sesuatu tak kena," katanya.

Malah ErahSoo berkata dia lebih gemar membeli petrol berdasarkan liter untuk mengelak berlaku sebarang penipuan.

"Bila cakap beli by liter lagi senang nak detect penipuan. Kalau beli RM30 kadang kita tak dapat 15 liter, kadang setengah stesen minyak mereka dah bundarkan siap-siap (jumlah liter).

Antara komen netizen berkaitan posting tersebut.

"Sebenarnya kalau kita bayar by liter kita boleh dapat amount mengikut liter tu. Kiranya lebih senang bayar ikut liter. Kita dapat jumlah liter ikut harga minyak yang kita bayar," katanya.

Dalam pada itu, ErahSoo turut menasihati orang ramai mengenai betapa pentingnya resit sebagai bukti pembelian.

"Dekat reply tweet saya tu ramai share experience mereka. Ada yang kata isi Touch n Go RM30 tapi bila tengok baki hanya dapat RM20.

"Ada juga kes mereka bayar RM20 tapi dapat petrol RM10. Bila pergi balik kaunter tak boleh sebab tak ada resit. Mungkin bagi sesetengah orang RM10 tu sikit tapi kalau dah ramai yang terkena jumlah tu jadi banyak.

"Jadi resit amat penting kalau melibatkan pembelian top up atau petrol. Kalau boleh minta resit dan sebelum keluar dari premis check dulu pembelian kita. Itu hak kita sebagai pelanggan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
RON95, stesen minyak, petrol, juruwang

Artikel Lain