suria

“Dia guna nombor plat palsu memang saya tak jumpalah”- 8 tahun guna Kenari tapi tak bayar, isteri Da'i langsai hutang

Kereta Kenari berwarna pink milik Apeh ditemui di kawasan Taman Jati, Ipoh dengan menggunakan nombor plat palsu.

SELEPAS enam tahun mencari, seorang pemuda akhirnya bertemu semula dengan kereta Kenari berwarna merah jambu miliknya yang didakwa 'dilarikan' isteri kepada seorang pendakwah bebas.

Urusan itu dipermudahkan beberapa jam selepas postingnya mencari wanita yang dikenali sebagai Dr Aerin tular di Facebook.

Malah pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Apeh Jamal bersyukur kerana dia berjaya mendapat semula wang RM10,000 bagi melunaskan hutang tertunggak kereta itu pada 2017 daripada wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semakan nama di website, 0 record found” - Isteri Da'i salah guna gelaran doktor?

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

"Saya anggap benda ni dah selesai. Semuanya dengan kuasa netizen yang share posting saya. Lagipun saya memang dah tahu boleh dapat balik duit sebab kisah perkahwinan dia tengah viral sekarang.

"Akhirnya selepas mencari sejak 2013, kereta tu saya jumpa balik dalam masa beberapa jam selepas posting tular. Alhamdulillah dia terus transfer RM10,000 seperti yang diminta," katanya kepada mStar.


Posting Apeh yang memaklumkan sudah menjumpai wanita yang melarikan kereta Kenari miliknya.

Namun Apeh berkata dia terkejut kerana tidak menyedari bahawa kereta tersebut sebenarnya berada di tidak jauh dari rumahnya di Ipoh, Perak sejak sekian lama.

"Bila isteri saya pun share posting tu tiba-tiba kawan dia beritahu dia kenal Aerin tu. Dia beritahu pernah nampak kereta tu dekat depan kedai Aerin dulu (dalam kawasan Taman Jati).

"Saya pergi kedai siap bawa geran kereta. Kereta tu memang betul kereta saya tapi nombor plat lain. Saya pun tanya kawan dan dia check nombor plat tu tak wujud.

Jadi saya bagilah dia sambung bayar RM300 lebih sebulan. Dia pun setuju tapi tak adalah hitam putih pasal kawan-kawan. Tiba-tiba 2013 bank call saya beritahu dua tahun tak bayar-bayar.

APEH JAMAL.

"Kereta tu berkunci tapi nasib baik ada bengkel kat sebelah kedai. Saya minta mereka bukakan. Saya check nombor chasis jadi memang betul itu kereta saya dan nombor plat tu memang plat tipu," katanya.

Malah Apeh berkata dia dimaklumkan Aerin bahawa kereta tersebut memang diletakkan di hadapan kedainya dan digunakan oleh adiknya.

"Dia kata dia bagi adik dia pakai dan letak kereta tu tepi jalan seolah-olah saya boleh nampak kereta tu. Saya cakaplah kat dia kalau nak bagi saya nampak kenapa letak plat tipu, gunalah plat betul barulah saya boleh nampak.

Kereta Kenari berwarna pink milik Apeh didakwa ditemui di hadapan kedai Aerin.

"Kiranya selama ini dia guna kereta tu pakai nombor plat tipu. Dah banyak kali saya post di Facebook, siap nak bagi reward siapa jumpa kereta tu tapi tapi tak jumpa-jumpa juga.

"Dah dia letak nombor plat palsu memang saya tak jumpalah. Memang terkejut juga. Semalam dia viral guna gelaran doktor tipu. Hari ni dia guna plat tipu pula," katanya.

Menjelaskan mengenai insiden kereta itu dilarikan Aerin, Apeh berkata kereta itu sebenarnya dijual kepada wanita itu menerusi kaedah sambung bayar.

"Tahun 2011... silapnya saya tak buat hitam putih. Dia datang office saya dengan kawan dia yang juga kawan bisnes saya. Masa tu dia baru lepas bercerai, dia ada anak ramai tapi tak ada kereta. Kebetulan saya pula nak jual kereta tu.

"Jadi saya bagilah dia sambung bayar RM300 lebih sebulan. Dia pun setuju tapi tak adalah hitam putih pasal kawan-kawan. Tiba-tiba 2013 bank call saya beritahu dua tahun tak bayar-bayar.

"Saya pun post dekat Facebook (2013) cari dia tapi tak dapat-dapat. Tahun 2014 pun cari lagi tak dapat juga. Sampailah 2017 nama saya dah blacklist dan nak tak nak saya kena bayar full payment kereta tu dalam RM10,000," katanya.

Apeh memuatnaik posting di Facebook memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki kereta miliknya itu pada 2014.

Bagaimanapun Apeh berkata dia bukan sengaja mahu membuka aib wanita itu tetapi hanya mahu menuntut kembali haknya.

"Saya up lagi posting pada 2018 tapi tak jumpa-jumpa juga. Last-last kelmarin saya tengok video ustaz 18/19 tu, bila time interview isteri dia saya tiba-tiba macam kenal perempuan tu.

"Saya cam dia punya gigi sebab jarang kat depan. Dalam hati macam kenai. Tengok nama dia Dr Aerin tapi dulu tak pakai tudung. Saya tanyalah kawan yang recommend dia beli kereta saya tu. Kawan tu pun cakap memang dialah orang tu.

"Saya tanya dua tiga orang lain untuk sahkan. Lepas dah confirm dia saya terus up posting dekat Facebook. Saya bukan nak buka aib dia tapi saya nak duit saya semula RM10,000 yang guna settle hutang kereta dia dekat bank," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kenari, merah jambu, Dr Aerin, Da'i Farhan

Artikel Lain