"YANG tak kuat mohon jangan tengok. Ada benda nak teman...". Demikian kapsyen pada posting video sebuah kerusi berwarna merah berpusing sendiri yang dikongsi seorang pemuda di Twitternya pada Khamis lalu. Malah dalam video itu kedengaran suara seorang pemuda berkata sesuatu sambil melihat kejadian itu. "Makan nasi sat... jangan, jangan pusing pusing, aku nak makan sat ni. Eiiii makin laju, nasi banyak lagi macam mana nak lari. ARTIKEL BERKAITAN:“Ini bukan rekaan, kerusi pun pernah bergerak sendiri... ditarik, ditolak” - Guru kongsi misteri papan tanda berhayun di koridor sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja takut buat OT bunyi pelik di pejabat... Selepas tengok CCTV semua terkejut muncul kelibat "Udang pun ada. Haihhh makan nasi sat, sat sabaq sat. Makan nasi sat nah. OK terima kasih," kata pemuda itu. Tweet Helmi berkaitan perkara itu mendapat perhatian netizen. Video berdurasi 36 saat itu mendapat lebih 300,000 tontonan dan 15,300 ulang kicau di platform media sosial itu. Namun ada netizen yang mendakwa kejadian itu ada kaitan dengan makhluk halus. "Adik aku tengok, katanya besar dan dia memang ada situ. Harap kuat la ya," kata Miss. "Comel je budak tu main pusing-pusing," tulis Zyy. Ada yang nampak hantu adik kecik la dok swing atas tu. Macam-macam hantu orang nampak. Ada kata saya tiup dengan kipas, tarik tali... macam-macam. MUHAMMAD NURHILMI ANWAR NOOR HISHAM. Bagaimanapun pemilik video itu, Muhammad NurHilmi Anwar Noor Hisham tampil menjelaskan perkara sebenar berkaitan perkongsiannya itu. Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, rakaman video tersebut tiada kaitan dengan makhluk halus tetapi insiden itu berlaku semasa dia di atas kapal. "Sebenarnya tak ada hantu pun dalam video tu. Video tu diambil semasa di atas kapal. Waktu tu kapal rolling time enroute balik ke supply base di Kemaman, Terengganu. Helmi sewaktu bertugas di atas sebuah kapal kargo. "Kebetulan saya tengah makan dan tiba-tiba kerusi bergoyang. Saya pun rekod sambil cakap spontan buat macam situasi saya cakap dengan hantu. "Tapi saya takut hantu sebenarnya. Mana berani cakap macam tu. Video tu saya ambil sebab saya suka post benda acah-acah lawak," katanya kepada mStar. Mesra disapa Hilmi, pemuda yang bekerja dalam industri perkapalan komersial itu tidak menduga postingnya itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen. "Saya suka tengok reply yang kelakar dari tweet tu. Sengaja saya diamkan diri baca satu-satu reply. Macam-macam version ada. "Ada yang nampak hantu adik kecik la dok swing atas tu. Macam-macam hantu orang nampak. Ada kata saya tiup dengan kipas, tarik tali... macam-macam. "Ramai 'terbuka hijab' tengok video tu. Rasa bersalah pula. Jadi bila dah 10k rt saya rasa saya kena clearkan keadaan balik dan jelaskan apa yang sebetulnya," katanya yang berasal dari Parit Buntar, Perak. Antara reaksi netizen berhubung posting tersebut. Menjelaskan mengenai kerusi yang berpusing sendiri itu, Helmi berkata keadaan itu berlaku kerana gelombang kuat. "Saya minta maaf kepada mereka yang percaya video tu. Waktu tu gelombang kuat. Biasalah musim monsun ombak kuat sikit. "Kapal bergoyang jadi kerusi tu pun berpusinglah sebab tak ada roda. Mana ada hantu. Hangpalah hantu," katanya dalam nada berseloroh. View this post on Instagram Aduhai bukan main seronok hampa main pusing-pusing noh? Kredit Twitter bangsirap #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 7, 2019 at 1:59pm PST