TINDAKAN seorang lelaki memuat naik foto jenaka mengaitkan peminat kumpulan K-Pop BTS yang dinamakan sebagai gadis IQ rendah ternyata tidak disenangi segelintir warga maya. Membuktikan sebaliknya, beberapa peminat K-Pop tampil mempertahankan diri di laman Twitter, sekaligus mematahkan hujah lelaki berkenaan. "Locals memang selalu ingat peminat K-Pop ni bodoh dan tak bekerjaya ke? ARTIKEL BERKAITAN: Asyik migrain, tak pergi sekolah, translator konsert Blackpink ini dedah result SPM ‘haprak’ sebelum belajar sendiri bahasa Korea di internet ARTIKEL BERKAITAN: "Saya nak Malaysia jadi nombor 1" - Syed Saddiq perjelas isu BTS "Pengurus saya umur 60 lebih, seorang Army (ahli kelab peminat BTS) dan meminati Jimin," ujarnya yang bekerja di sebuah firma audit di ibu negara. Bercakap kepada mStar, Muhammad Zariq Zaini mengakui banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada peminat K-Pop di negara ini. "Kalau tengok kat Malaysia, sebut peminat K-Pop je, orang fikir budak-budak. Stereotaip macam tu. BTS merupakan kumpulan K-Pop ternama dari Korea Selatan. FOTO: REUTERS/Kim Kyung-Hoon. "Kalau ambil tahu latar belakang mereka, ramai peminat pelbagai usia, bukan budak je. "Sama seperti pengurus di firma audit tempat saya kerja. Dia lelaki umur 60-an dan baru minat BTS tahun ni," ujarnya. Tambah pemuda berusia 22 tahun itu, tanggapan negatif kepada peminat K-Pop berpunca daripada beberapa insiden yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Jangan pandang rendah sebab muzik ni bagi inspirasi pada sesetengah orang. Tapi ada yang maki hina fizikal peminat K-Pop. MUHAMMAD ZARIQ ZAINI Malah, ia masih disebut-sebut sehingga hari ini dan turut dikaitkan dengan mereka yang tidak bersalah. "Sebab dulu kes peminat peluk artis K-Pop kat negara kita, sampai hari ni yang tak ada kaitan pun mereka tetap cakap benda tu. "Saya akui, ada toxic fans dalam kalangan kumpulan peminat tu yang suka bergaduh dan merendah-rendahkan kumpulan lain. Salah satu foto yang menghina peminat BTS di Twitter. "Ada juga yang buat akaun palsu menyamar jadi peminat K-Pop semata-mata nak bagi nampak buruk. "Satu lagi sebab peminat BTS ni ramai di peringkat global dan di Malaysia. Seorang buat salah, semua kena," kata Zariq lagi. Dia yang mula meminati K-Pop sejak berusia 14 tahun berkata, banyak lagu K-Pop yang memberi mesej baik buat peminat. Zariq sewaktu mengahdiri konsert kumpulan Ikon. Malah, ia turut membantu ramai remaja di luar sana untuk lebih yakin dengan diri serta bekerja keras dalam mencapai cita-cita. "Suga (ahli kumpulan BTS), dia buat lagu berdasarkan kisah hidup dia. "Dulu dia struggle, nak makan pun susah sebab tak ada duit. Sekarang dia dah berjaya. Tweet Zariq mengenai peminat K-Pop di Twitter. "Muzik ni ada pendengar berbeza. Janganlah cakap yang minat K-Pop ni tak bagus. "Jangan pandang rendah sebab muzik ni bagi inspirasi pada sesetengah orang. Tapi ada yang maki hina hina fizikal peminat K-Pop," ujarnya lagi. Kata Zariq lagi, dia cukup meminati kumpulan Blackpink dan pernah menghadiri konsert kumpulan itu tempoh hari, selain menghadiri konsert kumpulan Ikon dan Twice.