suria

“Bersepah Kenari pink ni…” - Pemilik 'pening', isteri pendakwah mahu keretanya dilihat tapi guna nombor plat palsu

Apeh tampil mempertahankan dirinya selepas Aerin menafikan dakwaan dia melarikan kereta Kenari tersebut.

PEMILIK kereta Perodua Kenari, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin tampil mempertahankan dirinya susulan kenyataan Dr Aerin yang juga isteri kepada pendakwah bebas Da'i Nik Farhan yang menafikan dia melarikan kenderaan itu pada 2011.

Menerusi satu posting di Instagram, Aerin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi berkata tidak sepatutnya timbul dakwaan dia mencuri kereta tersebut kerana ia diletakkan secara terang-terangan di hadapan kedainya di Ipoh, Perak.

"Kalau curi saya buh (bubuh) dalam gudang jual spare parts apa yang patut. Tapi saya ni takut juga nak mati nanti tak habis dengan manusia. Sangkut saya nanti," kata ibu anak lapan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bayar tapi cerita belum habis, isteri Da'i Farhan nafi sembunyi kereta Kenari - “Letak plat lain sebab tak mau orang ingat kereta tu besi buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia guna nombor plat palsu memang saya tak jumpalah”- 8 tahun guna Kenari tapi tak bayar, isteri Da'i langsai hutang

Malah Aerin berkata dia meletakkan kereta itu di hadapan kedainya dengan harapan pemiliknya, iaitu Muhamad Hafez ternampak kereta tersebut.

Aerin membuat penjelasan mengenai kes Kenari yang dibelinya menerusi satu posting di Instagram petang Selasa.

Namun Muhamad Hafez berkata kenyataan Aerin mengenai perkara itu menimbulkan kekeliruan kepada dirinya.

"Kalau dia nak saya jumpa kereta tu kenapalah ditukar nombor plat? Kalau letak plat asli BFW6019 rasanya saya tak post Facebook cari dari tahun 2013 sampai 2019. 

"Itu yang saya pelik. Kalau nampak sekali pun Kenari tu, 100 peratuslah saya tak perasan sebab plat lain. Lagipun colour pink factory... bersepah Kenari pink ini," katanya kepada mStar.

Malah bapa kepada tiga anak itu berkata Aerin sepatutnya mencari dirinya selaku pemilik Kenari jika betul dia mahu berbuat demikian dan bukannya bertindak menukar nombor plat kenderaan tersebut.

"Bukan ke ada owner nombor plat (palsu) tu. Salah tau. Kalau owner plat JFV9079 tu report pada polis kira jenayah tu. 


Kereta Kenari milik Apeh ditemui di hadapan kedai Aerin di Ipoh.

"Ipoh ni kecik je, senang sangat nak cari saya kalau betul dia nak cari saya,” katanya.

Mengenai dakwaan geran kereta tersebut, Muhamad Hafez menjelaskan dia tidak boleh menyerahkan sesuka hati kerana kereta itu masih berdaftar atas namanya.

"Saya tak bagi geran sebab nama pun tak tukar lagi. Macam manalah saya nak serahkan geran tu. Mestilah kereta tu dicukupkan fizikalnya. Lepas tu barulah ke Puspakom sebab tak hidup road tax sejak 2013.

Itu yang saya pelik. Kalau nampak sekali pun Kenari tu, 100 peratuslah saya tak perasan sebab plat lain. Lagipun colour pink factory... bersepah Kenari pink ini.

MUHAMAD HAFEZ JAMAL JAMALUDIN.

"Nak tukar hak milik pun mesti la kena masuk Puspakom dulu. Selesai barulah ke JPJ untuk thumbprint. Lepas tu barulah tukar nama dan bagi geran. Benda ni basic kot prosesnya," kata pemuda itu.

Jelas Muhamad Hafez lagi, kereta itu kini sedang dibaik pulih di sebuah bengkel di Ipoh sebelum dibawa ke Puspakom.

Posting Apeh di Facebook pada 2014 yang meminta orang ramai untuk menjejaki kereta miliknya itu.

"Buat masa ini kereta tengah repair untuk masuk ujian Puspakom. Mestilah saya akan tukar nama sebab dia dah lunaskan hutang dengan saya," katanya.

Terdahulu menerusi laporan mStar, Muhamad Hafez atau lebih mesra disapa Apeh memaklumkan Aerin sudah membayar semula wang RM10,000 bagi melunaskan hutang tertunggak kereta itu pada 2017 beberapa jam selepas kisah kereta itu tular di Facebook pada Ahad.

Apeh berkata dia sudah sekian lama mencari Aerin tetapi gagal sebelum urusannya dipermudahkan susulan kisah perkahwinan wanita itu kecoh diperkatakan baru-baru ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain