suria

Mula-mula solo, kini berempat! Plan mendaki selepas putus cinta bawa bahagia, dapat jodoh hobi sama - “Kalau hike, anak menyusu kena ikut timing baby la”

Bella kongsi momen manis mendaki bukit daripada berstatus solo sehinggalah bergelar ibu kepada dua orang anak.

ALANGKAH indahnya jika dapat menikmati pemandangan sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama pasangan. 

Begitulah juga kisah seorang wanita yang berkongsi pengalamannya mendaki bukit daripada berstatus solo, sehingga dikurniakan dua anak bersama pasangan yang mempunyai hobi sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Lalui 4 hari tanpa internet, pasangan baru kahwin ini akhirnya tiba di lokasi 'belakang' duit RM100...“Puas walau sakit badan”

Perkongsian Nabilah Din menarik perhatian pengguna laman sosial Twitter apabila dia memuat naik empat foto transformasi berlatar belakangkan pemandangan bukit daripada dia bujang sehinggalah bergelar ibu. 

Berkongsi dengan mStar, Nabilah atau lebih mesra disapa Bella menceritakan bahawa perkenalan dia dan suami terjadi apabila dia mula menyertai aktiviti mendaki bukit.

                           

Bella terfikir untuk sertai aktiviti mendaki bukit selepas dia putus cinta.

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan aktiviti pendakian seperti itu sehinggalah memutuskan untuk mencuba selepas baru sahaja putus cinta. 

"Sebenarnya, first-first masa saya join hiking ni saya baru putus cinta. Memang tak pernah terfikir nak hiking

"Kononnya masa tu, kita nak sibukkan dirilah, nak lupakan kisah pahit, sebab tu saya join daki bukit. Especially bila nampak kat Facebook ada group-group yang pergi hiking

"So, one day saya pun tergerak hati nak join mereka daki bukit. Masa ni saya satu group dengan dia (suami), cuma masa tu saya tak suka dia. Kami pun tak rapat," katanya sambil tertawa mengimbau kenangan lama ketika dihubungi mStar

"Tambah Bella, dia mula rapat dengan suaminya, Naufal Hakimi Maamor apabila dia sedar jejak langkahnya sentiasa diawasi di belakang ketika mendaki bukit. 


Bella tak sangka dia berkahwin dengan salah seorang rakan kumpulan dia sewaktu mendaki bukit.

"Macam mana saya boleh sense yang dia minat kat saya, sebab everytime bila saya panjat bukit tu, dia selalu awasi pergerakan saya. 

"Like follow rapat belakang saya supaya saya tak jatuh. So, saya tanyalah dia 'kau suka aku ke?, kalau suka jumpa parents'

"Tak tahu pula dia akan jumpa kedua ibu bapa saya. Dan paling tak sangka yang dia jadi suami saya sehingga hari ini. Alhamdulilah, sekarang ni kami dah ada dua orang anak dan kami masih lagi hike sama-sama dengan anak-anak sekali. 

"Cuma berbeza sebab bila hike dengan anak kecil, kadang kalau dia nak menyusu tu, kita kena ikut timing baby la. 

"Lagi satu, bila hiking dengan anak-anak, kami takkan bermalam. Sebab bahayakan, dalam hutan," ujarnya yang mendirikan rumahtangga bersama Naufal pada Disember 2015.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mendaki

Artikel Lain