MENJADI impian setiap wanita untuk mendapat seorang suami yang peka dan prihatin dengan keadaan isterinya. Tiada apa yang lebih membahagiakan isteri selain perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada lelaki bergelar suami. ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula solo, kini berempat! Plan mendaki selepas putus cinta bawa bahagia, dapat jodoh hobi sama - “Kalau hike, anak menyusu kena ikut timing baby la” Namun, berbeza dengan perkongsian pelayar Twitter, Nur Hafizah Khusni yang merasakan perhatian yang ditunjukkan oleh suaminya sebagai sesuatu yang lucu. Nur Hafizah Khusni atau lebih mesra disapa Hafizah berkata beberapa tahun lalu ketika sedang tidur, suaminya menyangka dia kelaparan apabila melihat dia menangis teresak-esak sedangkan dia sebenarnya mengalami mimpi sedih. Perkongsiannya mengenai kisah ini di laman sosial Twitter menerima lebih dari 9,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka. Perkongsian Hafizah mengenai reaksi suaminya selepas dia mengalami mimpi buruk tular di Twitter. Rata-rata netizen menganggap suami Hafizah seorang yang 'comel' dan romantik menerusi ruangan komen. "Hahahaha saya harap bakal suami saya tanya benda yang sama dekat saya. Kemungkinan saya nangis sebab lapar tu tinggi. "Nanti kalau aku tiba-tiba menangis masa tidur tapi suami tak tanya 'awak lapar ke' nescaya aku akan sambung menangis kuat-kuat sampai subuh. "Tak tahu kenapa tapi rasa benda ni comel," komen beberapa netizen. Berkongsi kisah ini dengan mStar, Hafizah berkata ketika sedang teresak-esak menangis semasa tidur, dia terbangun apabila suaminya Mohamad Aliff Mohd Yusri, 28, menggoncang tubuhnya dan terus bertanya sama ada dia menangis kelaparan. "Lepas tu bila dia goncang-goncang kejut saya, cuba teka apa dia cakap? Sayang! Kenapa ni sayang? Kenapa awak nangis ni? Awak lapar ke? "My reaction was nak tergelak sebab dia tanya macam tu tapi sebab tengah nangis teresak-esak, saya tak dapat nak gelak la plus tengah mamai lagi," katanya sambil ketawa mengimbas kejadian tersebut. Hafizah dan suaminya sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata. Menurut ibu kepada dua orang anak ini, suaminya sangat mengenali dirinya yang sangat suka dan kuat makan. Malah, Hafizah mengakui dia pernah menangis di depan suaminya kerana terlalu lapar. "Pernah je menangis depan husband sebab lapar sebab tu dia tanya macam tu, tapi selalunya bila lapar jadi garang marah-marah," katanya. Lepas tu bila dia goncang-goncang kejut saya, cuba teka apa dia cakap? ‘Sayang! Kenapa ni sayang? Kenapa awak nangis ni?Awak lapar ke?’ NUR HAFIZAH KHUSNI Setiap kali mengenang kembali peristiwa tersebut, Hafizah dan suaminya akan ketawa bersama-sama kerana menganggap ia sesuatu yang lucu dalam kisah rumah tangga mereka. "Suami dah cukup kenal saya yang suka dan kuat makan, agaknya sebab tu dia tanya soalan tu. Sampai sekarang kalau kami cakap pasal mimpi tu, mesti gelak pecah perut," katanya. Menurut Hafizah, dia dan suaminya sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun bersama dan kini menetap di Jepun kerana suaminya bekerja di sana.