suria

“Selalu terjadi, ramai pelanggan tak faham bahasa” - Tak dapat pegang pencucuk oden, pelanggan maki staf

Seorang pekerja kedai serbaneka dimaki seorang pelanggan selepas menegur untuk tidak menyentuh makanan.

KERANA oden, pekerja dimaki! Semuanya gara-gara seorang pelanggan bertindak biadab selepas ditegur pekerja kedai serbaneka kerana menyentuh juadah popular dari Jepun itu.

Menerusi video yang tular di media sosial, pelanggan lelaki yang datang bersama anak lelakinya itu kemudian beredar sebelum kembali semula ke kaunter.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ini dedah kenapa sanggup balik, kemudian datang semula semata-mata nak beli minuman di gerai air balang tumpah

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak melaram acah diva, bajet ciput” - Che Tam mengamuk, bakal pengantin mahu baju kahwin Fasha Sandha harga RM350

Video berdurasi 55 saat itu menunjukkan pelanggan itu kelihatan marah dan masih berdegil apabila menyentuh stick atau pencucuk makanan tersebut berkali-kali.

“Aku tak tahu la nak mula macam mana tapi kalau orang macam ni memang s**l. Dah orang kata tak boleh sentuh tak boleh sentuhlah. 

“Ni tidak kau degil lepas tu bila staf cakap tak boleh sentuh kau maki dia,” menurut perkongsian seorang pemuda yang mempersoalkan tentang customer is always right.

Perkongsian seorang pemuda yang juga salah seorang pekerja di kedai serbaneka.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan memberitahu, kejadian berlaku membabitkan rakan setugasnya kira-kira pukul 2 pagi Ahad di sebuah kedai serbaneka di Shah Alam, Selangor.

Remaja berusia 19 tahun itu mengakui rakannya itu dimaki hamun pelanggan berkenaan sebagaimana yang dirakamkan menerusi rakaman CCTV di premis.

“Sebelum pelanggan tu keluar dari kedai, dia maki staf. Dia melontarkan kata-kata kesat. Tapi, itu bukanlah kejadian pertama staf dimarahi dan dimaki pelanggan mengenai perkara yang sama.

“Selalu juga terjadi, ramai. Tapi kami macam biasa cakap tak boleh pegang dan ada juga pelanggan yang tak faham bahasa nak pegang juga,” katanya yang enggan identitinya dikenali kepada mStar.

Seorang pelanggan bersama anak lelakinya sebelum menyentuh pencucuk makanan oden di dalam bekas di kaunter sebuah kedai serbaneka.

Pemuda itu berkata, prosedur operasi standard (SOP) di premis tersebut adalah pelanggan tidak dibenarkan memegang makanan seperti oden melainkan kakitangan yang sedang bertugas, mengikut amalan kebersihan yang ditetapkan.

“Pengurus beritahu bahawa pelanggan tidak boleh menyentuh makanan kerana ia membabitkan kebersihan. Kami mahu masyarakat buka mata yang tak semua makanan kita boleh pegang begitu sahaja. 

“Walaupun dalam video tersebut menunjukkan pelanggan hanya memegang stick atau skewer (pencucuk), staf sendiri memakai sarung tangan demi menjaga kebersihan,” katanya.

Sebelum pelanggan tu keluar dari kedai, dia maki staf. Dia melontarkan kata-kata kesat. 

STAF

Jika memakai sarung tangan sekalipun, jelasnya, staf wajib membasuh tangan dan keringkan menggunakan tisu apabila menyediakan makanan.

“Ada macam-macam pelanggan datang membeli dan makanan yang dijual adalah halal,” katanya yang merujuk kepada kedai serbaneka itu telah mendapat sijil halal.

Setiap pekerja menggunakan sarung tangan apabila menyediakan makanan kepada pelanggan.

Dia bagaimanapun kesal kerana mentaliti segelintir masyarakat bahawa hanya pekerja yang wajib menggunakan sarung tangan untuk memegang makanan seperti oden.

Mengenai persepsi customer is always right, katanya, ia bergantung kepada keadaan yang membabitkan hak kepenggunaan para pelanggan.

“Isu customer is always right ni hanya perlu ada pada pelanggan yang buat perkara yang betul,” katanya sambil menambah bahawa sebagai contoh hak pengguna itu disebabkan kesilapan di pihak pekerja atau pengurusan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
oden, kedai serbaneka, halal, Jepun

Artikel Lain