HIPSTER kini sudah jadi trend terutama dalam kalangan anak-anak muda. Dari baju, seluar, kasut sehingga ke aksesori, senang cerita kebanyakan remaja khususnya pelajar sekolah dan universiti mahu serba-serbi hipster dalam soal berfesyen. Tapi lain pula dengan empat remaja ini yang mana bukan hipster menjadi ikutan, tetapi laman web lucah terbesar dunia menjadi kebanggaan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Filem Porno Tapi... ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah saya dan keluarga saja yang makan” - ‘Derhaka’ tambah perisa coklat, biskut raya dilabel 18SX Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, dapat dilihat foto empat remaja lelaki memakai kemeja-T warna hitam dan putih dengan imej laman pornografi berkenaan. Satu perkongsian yang mengejutkan netizen. Laman pornografi terkenal itu merupakan antara laman web lucah yang disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sejak beberapa tahun lalu. Mereka bukan sahaja bergambar dengan gaya tersendiri, malah imej di setiap baju yang dipakai mereka turut memaparkan aksi seks yang keterlaluan. “Remaja zaman sekarang... dengan kebanggaan mereka meletakkan dirinya sebagai budak hipster yang paling hipster di abad ini,” menurut perkongsian itu di laman Twitter. Pemuda tersebut turut mempersoalkan sama ada empat remaja itu boleh mempengaruhi budak-budak hipster yang lain menerusi pemakaian mereka. Dua remaja terbabit bergambar dengan memakai kasut putih, mungkin kasut sekolah. Malah, ia turut mengejutkan netizen sehingga menimbulkan tanda-tanya mengenai keberanian kesemua remaja terbabit memakai baju tersebut. “Lain tahap keberanian pameran ni. Ambil kat mana kemeja-T ni. Lain macam adik-adik sekarang. Seram,” tulis seorang netizen. “Masa mak dia orang basuh baju tak marah ke?” soal seorang netizen yang mempersoalkan bagaimana mereka dapat memakai baju tersebut di rumah. Masa mak dia sidai baju tu mesti ibarat kaca terhempas ke batu kan? NETIZEN “Masa mak dia sidai baju tu mesti ibarat kaca terhempas ke batu kan?” ujar yang lain bersimpati dengan ibu bapa remaja terbabit. “Baju dah kotor, kalau basuh pun tetap kotor,” komen yang lain mengenai baju yang mempunyai imej seksual. Antara komen netizen mengenai pemakaian baju laman porno oleh empat remaja. “Mak aku dulu kalau baju tengkorak pun dia buang. Apatah lagi kalau aku pakai baju-baju macam ni,” tulis seorang pemuda. “Aku lalu kat kedai bra ke apa, itu pun dah malu. Ini kan pakai baju macam ni,” ujar seorang netizen. Dalam pada itu, turut menarik perhatian netizen apabila dua daripada empat remaja berkenaan memakai kasut putih, mungkin kasut sekolah. “Kasut sekolah ke tu, baik pergi basuh dah naik sekolah ni,” komen seorang gadis yang merujuk kepada sesi persekolahan untuk 2020 bakal dibuka tidak lama lagi.