suria

“Dia ingatkan beg yang bergesel di belakang...” - Menggigil tengok uncle gila seks dalam LRT, wanita ini sempat fikir idea bijak tolong mangsa

Hanan berjaya menyelamatkan mangsa yang dicabul sewaktu berada dalam pengangkutan awam.

"SAYA menggeletar sampai tak tahu nak buat apa," demikian pengalaman Nur Amirah Hanan Mohd Faizure apabila dia menyaksikan seorang penumpang wanita dicabul di tren Transit Aliran Ringan (LRT).

Menerusi perkongsian yang tular di laman sosial, Nur Amirah Hanan atau selesa disapa Hanan menceritakan pengalamannya ketika cuba menyelamatkan penumpang malang itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Drama dalam mall! ‘Panas’ lihat gambar kaum sejenis dirakam curi-curi, wanita ini berani sergah 2 lelaki - “Gadis itu menangis terduduk di lantai”

Menurut Hanan, kejadian berlaku pada awal pagi Selasa sewaktu dia dalam perjalanan ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan LRT. 

Berkongsi kisah dengan mStar, Hanan menjadi saksi perbuatan seorang lelaki tua yang melakukan perbuatan tak senonoh meletakkan alat sulitnya di belakang penumpang wanita tersebut. 

Perkongsian Hanan tular di media sosial apabila dia menyelamatkan seorang gadis yang dicabul di dalam pengangkutan awam.

"Kes-kes gangguan seksual ni saya biasa baca kat Twitter je, tak pernah lagi berlaku depan mata. Bila jadi depan mata, saya jadi speechless. Sebab, memang mengerikan. 

"Masa tu LRT sesak dengan penumpang, saya pun kenalah berdiri. Bila tren tu berhenti kat stesen TBS, lagi ramailah penumpangnya. Ketika sedang perhatikan penumpang-penumpang dalam tu tiba-tiba saya ternampak ada seorang uncle cuba rapat-rapatkan badan dia dengan seorang penumpang wanita. 

"Mula-mula jauh, lepas tu makin lama makin rapat. Saya pelik, nak tegur takut mungkin mereka pasangan bercinta. Bila saya nak tunduk, saya ternampak uncle tu letak alat sulit dia dekat punggung perempuan tu, dia tak buka seluar tapi perbuatannya tu memang nampak jelas," katanya. 

Tambah Hanan, wanita itu bertindak memalingkan badannya, namun pelaku masih terus melakukan perbuatan tak senonoh itu. 

Bagaimanapun Hanan berjaya menyelamatkan kaum sejenisnya apabila dia mendekati mangsa dan menunjukkan skrin telefon yang tertulis teks mengajak wanita itu turun dari tren.

Mula-mula dia jauh, lepas tu makin lama makin rapat. Saya peliklah, nak tegur takut mungkin mereka adalah pasangan bercinta.

NUR AMIRAH HANAN MOHD FAIZURE

PENUMPANG LRT

"Tanpa segan silu, saya cuit perempuan tu dari belakang dan saya tunjuk phone saya dekat dia yang tertera teks, 'Hi, saya nak tolong awak. Jom turun sini then naik train lain'. 

"Kami berjaya keluar dari tren tu, tapi uncle tu turun sekali. Gila tak cuak, tapi kami dapat naik tren lain lepas tu. Perempuan tu dah lemah... turun je, dia terus menangis. 

"Saya peluk dia. Dia cakap dia tak perasan kejadian tu. Sebab dia ingatkan beg yang bergesel di belakangnya," ujarnya. 

Dalam pada itu, wanita berusia 21 tahun ini sempat menasihati pengikutnya di laman sosial supaya lebih berhati-hati dan cuba mendapatkan tempat duduk dalam pengangkutan awam. 

Hanan mencadangkan supaya pihak pengurusan pengangkutan awam mewujudkan ruangan khusus untuk penumpang wanita di LRT. 

Hanan menunjukkan paparan skrin tertera teks mengajak wanita tersebut beredar dari tren yang dinaiki mereka.

"Lepas ni, saya harap perempuan-perempuan kat luar sana supaya berhati-hati. Kalau boleh, bila masuk je pengangkutan awam, cepat-cepat cari tempat duduk selamat, supaya dapat elakkan kes ni berlaku. 

"Beza macam Keretapi Tanah Melayu (KTM), sana ada coach for ladies only, at least kita sebagai perempuan ni rasa selamat. 

"Harap lepas ni pihak pengangkutan awam boleh wujudkan ruangan untuk penumpang wanita supaya kes-kes gangguan seksual dapat dibanteras," tambahnya.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani Hanan menyelamatkan mangsa.

Perkongsian Hanan sehingga kini menerima lebih dari 13,000 ulang kicau dan tanda suka, selain turut dihujani dengan komen netizen yang memuji tindakan beraninya itu demi mempertahankan kaum sejenis.

"You did a great job. Thanks to you.

"Well done girl, orang macam ni la kita mahukan, bukannya ignore je. Salute," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cabul, pengangkutan awam, LRT, gila seks

Artikel Lain