suria

Disindir lagi besar daripada mak, gadis ini turun 14kg selepas puasa 2 bulan... terus ramping, malu dipuji cun!

Elya berpuasa selama dua bulan demi mendapatkan berat badan idaman.

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.

Ada yang suka bersenam di gim, tak kurang juga yang mencari jalan singkat dengan mengambil pil kurus dan sebagainya.

Namun, lain pula ceritanya dengan Nur Elya Syahirah Norizan, 18, yang mana dia berjaya turun 14 kilogram (kg) dengan berpuasa selama 2 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

Foto transformasi 65kg kepada 50kg melibatkan gadis itu dimuatnaik di Twitter pada Isnin sehingga mencuri perhatian netizen.

Mesra disapa Elya, dia sewaktu dihubungi mStar sempat bercerita mengenai pengalamannya sepanjang proses menguruskan berat badan yang dibuat beberapa bulan lalu.

Posting Elya yang tular di Twitter.

"Saya puasa selama dua bulan yang mana saya mulakan pada bulan sebelum masuknya Ramadan tahun ni.

"Sepanjang dua bulan tu, saya hanya makan pada waktu sahur dan berbuka puasa sahaja. Saya juga jogging pada waktu pagi dan petang, dalam dua atau tiga pusingan.

Kepada orang di luar sana yang nak kurus, jangan putus asa. Kena sabar, hasilnya tak akan terjadi dalam dua atau tiga hari sahaja.

NUR ELYA SHAHIRAN NORIZAN

KAKITANGAN RESTORAN

"Saya memang nekad masa tu, sebab nak pakai baju cantik-cantik. Dulu ambil gambar separuh badan je, sekarang baru berani ambil gambar penuh," ujarnya.

Menurut Elya, dia sebelum ini agak cemburu melihat rakan-rakan lain yang memiliki tubuh yang kurus.

Malah, dia juga mengakui sering terasa hati apabila keadaan fizikalnya ditegur oleh orang sekeliling.

"Target saya nak kurus lepas habis sekolah. Jealous tengok kawan-kawan kurus. Berat saya naik mendadak masa tinggal di asrama.

Sewaktu berat badan mencecah 65kg, Elya hanya mengambil gambar separuh badan sahaja kerana kurang keyakinan diri.

"Dulu masa gemuk, orang cakap saya macam makcik-makcik. Dulu orang fikir saya kakak kepada mak saya, sebab mak kecil orangnya.

"Ada saudara pernah tegur, kenapa anak lagi besar dari mak? Saya terasa hati tapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kurus," kata gadis itu yang kini bekerja di sebuah restoran sementara menunggu panggilan untuk menyambung pengajian.

Selain keyakinan diri yang bertambah, berat badan terbaharu Elya membuatkan dia lebih senang untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.

Dalam pada itu, Elya hanya mampu mengucapkan kata syukur apabila kisah transformasi berat badannya menerima reaksi positif netizen.

Elya hanya makan sewaktu sahur dan berbuka puasa sepanjang dua bulan dia mengamalkan diet ketat.

Selain komen mengenai berat badan, netizen turut memuji paras rupa Elya yang disifatkan cukup jelita dan manis.

"Saya rasa malu dan gembira pada masa yang sama. Syukur apabila usaha saya berhasil.

"Mak saya juga bangga sebab saya berjaya lakukannya tanpa mengambil pil atau supplement.

"Kepada orang di luar sana yang nak kurus, jangan putus asa. Kena sabar, hasilnya tak akan terjadi dalam dua atau tiga hari sahaja," kata gadis yang menetap di Melaka itu.

Antara komen netizen mengenai Elya di laman Twitter.

Tambah Elya lagi, seseorang itu perlu mendapat maklumat yang tepat sebelum melakukan diet.

"Dulu saya makan roti sekali sehari, tapi berat tak turun. Rupanya roti tu ada inti manis. Sebab tu tak berhasil. Jadi, kena dapatkan cara diet yang betul.

"Apa yang diamalkan, saya tak sentuh biskut dan makanan manis. Nasi makan bila teringin sahaja, tu pun dalam satu senduk.

"Saya elakkan makanan berminyak, makan lauk rebus dan stim sahaja," katanya lagi.

Sehingga kini, posting Elya di Twitter menerima lebih 5,500 ulang kicau (Retweet).

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain