SETIAP kita yang menabung mesti ada alasan dan tujuan tersendiri. Tidak kiralah untuk membeli sesuatu yang diingini, dijadikan wang simpanan untuk masa depan atau pun pergi bercuti. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cemburu... skrin telefon retak, kawan baik terus belikan iPhone 11 - “Saya tak minta dia beli, dia paksa saya ambil” Bagaimanapun, berlainan dengan kisah pelayar Twitter, Nursyafiqah Hamsah apabila foto tabung abangnya, Amirul Arif Hamsah yang dikhususkan buat kekasihnya tular di laman sosial selepas ia dimuatnaik. Berkongsi cerita dengan mStar, Nursyafiqah atau lebih mesra disapa Syafiqah menganggap tindakan menyediakan tabung khusus untuk kekasih adalah sesuatu yang romantik. Perkongsian Fatin mengenai tabung khusus abangnya tular di media sosial. "Sekarang kan tengah cuti, jadi saya sebagai pelajar berpeluang untuk balik ke rumah. "Bila saya masuk bilik abang saya, saya ternampak satu balang berisi penuh duit syiling. Rupa-rupanya tu tabung. Dan saya nampak siap ada tulis 'to see her' kat badan tabung tu. "Memang tak sangkalah yang abang saya ni sweet. Ingatkan dia 'kayu' jenis tak romantik," katanya sambil ketawa. Gadis berusia 16 tahun ini turut memberitahu bahawa abangnya terpaksa berehat daripada melakukan sebarang pekerjaan selepas disahkan menghidap kanser Lymphoma tahap dua pada awal Julai tahun ini. Kata Syafiqah, abangnya beruntung kerana memiliki kekasih yang cantik dan baik hati. Meskipun dia disahkan menghidap kanser, namun teman wanitanya masih setia di sisi. Abang Syafiqah menerima kuih daripada kekasih sempena hari jadi yang ke-24. "Macam sekarang ni abang saya tengah cuti, sebab dia dapat tahu kena kanser masa awal bulan Julai. Tapi dia tak give up. Alhamdulillah saya nampak keadaannya beransur pulih. Sekarang dia dah habis kimoterapi. "Untung abang saya dapat girlfriend yang cantik, baik pula tu. Walaupun dia tahu abang ada kanser, tapi dia tak tinggalkan abang. She even care more. Siap hantar kuih lagi masa birthday dia kat rumah," ujarnya. Anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Tapah dan abangnya, Amirul Arif, 24, merupakan anak keenam dan kini sedang cuti berehat sebelum tugasnya sebagai Eksekutif Alam Sekitar di Kajang. Perkongsian Syafiqah sehingga kini menerima lebih dari 9,000 ulang kicau dan 16,000 tanda suka. Syafiqah berkongsi gambar transformasi dia dan abangnya ketika masih kecil (kiri). Rata-rata netizen juga menganggap tindakan abangnya menabung menggunakan duit syiling khusus untuk bertemu teman wanitanya merupakan perkara yang romantik. "Oh my god, he's such a good boyfriend. "Nampak effort kalau save pakai duit syiling. "Precious effort," komen beberapa netizen.