BUKAN di lebuh raya ketika kesesakan lalu lintas mahupun di dalam hutan, tetapi seorang wanita selamba buang air besar di tepi jalan, di kawasan perumahan. Menerusi satu video berdurasi 52 saat, seorang wanita berusia sekitar 50-an itu sedang berdiri setelah selesai menunaikan ‘hajat’ di hadapan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan. “Aunty, you duduk mana? Mana boleh berak macam ni,” kedengaran suara seorang wanita yang merakamkan video berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Penumpang kalau cirit jangan malu minta bantuan kru kabin” - Pramugari kongsi pengalaman jijik, sinki penuh air najis bersama seluar dalam ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Setakat Khianat Buang Air Besar Kemudian muncul seorang lelaki dipercayai suaminya menjelaskan mereka datang ke kawasan kejiranan itu untuk mengedar risalah dari rumah ke rumah. “Perut dia sakit. Tadi dia makan,” ujar lelaki berkenaan sambil menunjukkan arah kedai sebelum meminta maaf di atas perbuatan wanita tersebut. Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita itu memberi alasan isterinya itu sakit perut. Individu yang merakamkan video itu berkata, kejadian berlaku di kawasan perumahannya di Putra Heights di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. Hanya mahu dikenali sebagai Intan, dia sempat melihat wanita tersebut mencangkung membuang air besar sebelum berpatah balik dan membuat rakaman. “Masa tu saya baru keluar rumah. Lokasi dia berak tu hanya kira-kira 150 meter dari rumah saya... kawasan tepi jalan depan rumah orang, hanya seberang jalan saja. “Saya nampak dia gunakan tisu untuk lap bahagian punggungnya. Pengalaman yang paling menjijikan pernah saya alami,” katanya kepada mStar. Lokasi wanita itu membuang air besar hanya di seberang jalan kawasan perumahan. Intan yang berusia 40-an berkata, dia kesal dengan tindakan wanita tersebut kerana kedai mamak berdekatan terletak hanya kira-kira 30 meter dari situ. “Kalau dia jalan perlahan-lahan pun, boleh sampai kira-kira 20 hingga 30 tapak. Suami dia beritahu, dia sakit perut selepas makan di kedai tu, jadi kenapa tak pergi saja membuang di tandas di kedai tu. “Saya sangat marah masa tu sebab tindakan dia memang tidak boleh diterima. Mana kesedaran sivik dia, sesuka hati berak kat tepi jalan. Selama ni saya ingat insiden berak tepi jalan tu hanya berlaku di luar negara, tapi sebenarnya orang tempatan pun sama buat juga. Memang tak sangka! INTAN “Saya sampai sekarang bila lalu je jalan dekat tempat dia berak tu, rasa nak muntah. Masa kejadian baru berlaku buat saya trauma beberapa hari,” katanya dengan nada kesal. Menurut Intan, dia menetap di kawasan perumahan itu sejak kira-kira 15 tahun lalu dan insiden seumpama itu yang pertama disaksikannya sendiri. Wanita berkenaan mahu masuk ke keretanya selepas melepaskan 'hajat'. Malah ibu kepada seorang anak itu menjelaskan bahawa lokasi kejadian merupakan tempat penduduk lalu-lalang terutama mereka yang berjoging kerana di situ terdapat taman kecil. “Selama ni saya ingat insiden berak tepi jalan tu hanya berlaku di luar negara, tapi sebenarnya orang tempatan pun sama buat juga. Memang tak sangka! “Masih ada lagi mentaliti masyarakat kita yang berak merata-rata. Sedangkan penduduk di sini kalau bawa anjing bersiar-siar pun kutip tahi yang dibuang haiwan peliharaan mereka. Yang manusia ni, lepas berak tepi jalan biar macam tu saja,” ujarnya. Sehubungan itu, Intan yang merupakan eksekutif di sebuah syarikat berharap kejadian seumpama itu tidak berulang kerana ia melibatkan soal kebersihan dan kesihatan. “Najis yang dibiarkan merata-merata tu boleh menyebabkan penyakit. Saya berharap masyarakat kita mengambil serius terhadap kesedaran sivik, beraklah di tempat yang sepatutnya,” katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jan 3, 2020 at 3:18pm PST