suria

Ramai tak percaya si comel tudung singkat masuk darjah 1, ibunya akui buat persediaan last minute - “Cuma ada sehari sebelum buka sekolah”

Nayla yang menimbulkan tanda tanya netizen sama ada dia memasuki Tahun Satu pada hari pertama sesi persekolahan 2020. Foto ihsan Nur Nadiah Kamaruddin

“FIRST day (hari pertama) sekolah tudung singkat, kan dah kena marah,” tulis seorang pengguna Twitter sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Manakan tidak, posting tersebut disertakan gambar seorang budak perempuan lengkap berpakaian seragam sekolah, kasut putih bersama beg disandangnya.

Namun netizen mempersoalkan foto 'murid' comel itu yang dirakamkan pada hari pertama sesi persekolahan 2020, Khamis lalu sama ada benar dia baru memasuki tahun satu atau sebaliknya disebabkan saiz badannya yang sangat kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama sekolah meraung sakan, budak comel kini asyik nyanyi lagu Khai Bahar

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Blackpink! Viral pelajar comel buat 'show' eksklusif di sekolah, "Saya hanya berlatih 2 jam"

“Kanak-kanak ni terlalu kecil. Pasti ke dia umur tujuh tahun?” soal seorang netizen.

Perkongsian mengenai Nayla yang baru dua tahun tular di media sosial.

“Darjah satu ke weh, kecil macam ni,” komen yang lain.

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Nadiah Kamaruddin, 34, berkata, anaknya, Wan Nur Nayla Putri Wan Mohd Hazwan sebenarnya baru berusia dua tahun.

Nur Nadiah memberitahu, foto anaknya yang lebih mesra dengan panggilan Nayla itu dirakamkan semasa menghantar abang dan kakaknya, masing-masing berumur 12 dan lapan tahun ke sekolah di Kuala Lumpur, pada hari pertama sesi persekolahan.

“Nayla teruja sangat bila tengok abang dan kakak dia pergi sekolah. Lebih-lebih lagi bila kami belikan kelengkapan sekolah untuk abang dan kakak dia.

“Nayla kata dia nak juga, jadi saya cari pakaian seragam kakak dia yang tahun lepas, beri semangat dia nak ‘bersekolah’ sama,” katanya kepada mStar sambil menambah posting menerusi akaun Twitter @NurhaDean dibuat oleh adiknya.

Nayla (tengah) memakai baju kakaknya yang belum dibuat pengubahan, bersama abang dan kakaknya.

Nur Nadiah bagaimanapun berkata, ketinggian anak bongsu daripada tiga beradik itu separuh daripada saiz kakaknya menyebabkan baju tersebut besar dan labuh.

“Masa cuma ada sehari sebelum nak buka sekolah. Saya ada mesin jahit kat rumah, jadi saya buat alteration (pengubahan) pada baju kurung sekolah kakak dia kasi kecil.

“Malah, tudung sekolah yang kakak dia punya pun saya kecilkan. Beg yang dipakai tu juga beg lama kepunyaan kakak dia, kecuali kasut putih tu Nayla punya,” ujar sambil menambah dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengecilkan pakai sekolah tersebut.

Nayla (kiri) bersama ibu bapanya.

Dalam pada itu, dia yang merupakan suri rumah itu berkongsi kisah lucu semasa menjahit tudung untuk anak perempuannya.

“Idea nak pakaikan tudung tu sebenarnya secara spontan. Masa nak buat ukuran pada tudung, Nayla dah terbaring lena tidur.

Nayla kata dia nak juga, jadi saya cari pakaian seragam kakak dia yang tahun lepas, beri semangat dia nak ‘bersekolah’ sama

NUR NADIAH

“Jadi, saya pun agak-agak je buat ukuran tudung untuk kepala Nayla. Sudahnya, bahagian belakang tudung Nayla jadi singkat.

“Sebenarnya Nayla tak kena marah sebab tudung singkat. Muka dia monyok dalam gambar sebab tak dapat main telefon, tu yang muncung,” katanya secara berseloroh.

Aksi Nayla pada hari pertama sesi persekolahan abang dan kakaknya.

Nur Nadiah yang menerima tempahan membuat roti dan menjahit tilam untuk bayi menyifatkan anak bongsunya itu sebab kanak-kanak yang aktif.

“Dia suka ajuk apa yang orang kata, apa orang buat. Bila abang dan kakak dia nak pakai baju sekolah, dia pun nak ikut sama pakai juga.

“Tapi Nayla memang aktif tak duduk diam, jadi saya dan suami terpaksa ‘umpan’ kasi main telefon untuk ambil gambar-gambar dia pakai baju sekolah. Dia pakai sekali je pagi tu, lepas tu rimas dah,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain