suria

Baru 1 Januari, hasrat hadiahkan ibu kereta Honda tercapai! Anak tipu ibu cakap tak balik tapi... - “Waktu tu memang sebak, mama hentak-hentak kaki nak nangis”

Zuhailah sebak dengan hadiah pemberian anak keduanya itu.

SETIAP daripada kita pastinya mempunyai azam atau impian untuk dipenuhi sepanjang tahun ini.

Namun seorang gadis berkongsi kisah kegembiraannya apabila salah satu impiannya yang mahu menghadiahkan sebuah kereta baharu untuk ibunya sudah dicapai pada 1 Januari lalu.

Perkongsian video Intan Nur Izzati Sahlan yang memaparkan momen gembira bercampur sedih ketika membuat kejutan untuk ibunya baru-baru ini berjaya membuatkan netizen turut menitiskan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata selepas tarawih! Pasangan ini menangis kerana dapat kejutan 'sukar dipercaya'... Anak terfikir “hebat sangat ke apa yang kami buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan awal tak menjadi, kereta ibu mentua buat hal lagi, “Mak jangan panggil pomen ya, tunggu kami datang”

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu mendapat lebih 200,000 tontonan dan 14,400 tanda suka di Twitter.

Rata-rata meluahkan rasa kagum melihat kegigihan Intan melakukan kejutan buat ibunya, Zuhailah Murith, 42.

Intan pulang ke Kluang tanpa memberitahu ibunya dengan menaiki kereta baharu.

"Inspiring gila. I hope I can do same as you. InsyaAllah. Semoga dimurahkan rezeki selalu sis!" tulis Medina.

"Baru empat hari target 2020 dah complete. Me, target pun tak buat lagi. Anyway this is just precious," kata Sue.

Intan Nur Izzati ketika dihubungi mStar berkata dia memang berniat menghadiahkan sebuah kereta idaman ibunya sejak tahun lalu dan tidak menduga ia dipermudahkan dengan begitu cepat.

"Sebenarnya mama ada cakap dia teringin nak kereta Honda. Mama pun ada beritahu bos dia antara visi dan misinya tahun ini untuk memiliki kereta berkenaan.

"Jadi saya pun berusaha lebih sikit untuk realisasikan hasrat mama. Saya submit loan bulan lepas dan Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.

"Saya memang tak expect akan dapat kereta tu pada 1 Januari lalu. Jadi saya pun pura-pura beritahu mama tak balik Kluang sebab saya nak buat kejutan untuk dia," katanya.

Ibu Intan menangis sebaik memasuki kereta idamannya.

Sebaik tiba di pejabat ibunya, Intan berkata wanita itu terkejut melihat kehadirannya tanpa menyedari dia sebenarnya datang menaiki kereta idaman.

"Mama terkejut sebab saya kata tak balik tapi tiba-tiba dah ada depan office dia. Masa tu memang mama tak tahu saya balik naik kereta baharu.

"Lama juga saya duduk dalam kereta dan mama pun tak keluar kereta dia. Bila saya dah keluar kereta barulah mama keluar dari keretanya. Masa tu mama dah hentak-hentak kaki nak nangis.

"Dia terus nak peluk saya tapi saya suruh dia tengok apa dalam plastik tu. Sebelum balik tu saya singgah belikan oden untuk mama. Bila dia tengok ada kunci dalam tu mama terus nangis," katanya.

Jelas gadis berusia 23 tahun itu, dia turut sebak melihat reaksi ibunya tetapi cuba menahan air matanya.

"Waktu tu memang sebak. Perasaan bercampur baur tapi saya cuba tenangkan diri. Bila tengok mama suka saya pun gembira kerana dapat penuhi impian dia.

Intan menerima ciuman daripada ibunya.

"Bagi saya, apa yang saya lakukan ini jika dibandingkan dengan pengorbanan mama untuk kami sekeluarga selama ini taklah seberapa. Lagipun mama sanggup lakukan apa saja untuk anak-anak," katanya.

Malah Intan berkata ibunya sanggup membiarkannya menggunakan kereta Myvi miliknya bagi memudahkan urusan dia pergi bekerja di Johor Bahru tetapi ditolaknya.

"Mama kesian kat Intan nak pergi kat JB susah tak ada transport. Tapi saya pula kesiankan dia sebab dia kena hantar adik-adik pergi sekolah.

Waktu tu memang sebak. Perasaan bercampur baur tapi saya cuba tenangkan diri. Bila tengok mama suka saya pun gembira kerana dapat penuhi impian dia.

INTAN NUR IZZATI SAHLAN.

Jururawat.

"Jadi saya pun suruh mama pakai je kereta tu, tak payah fikir pasal saya. Tapi mama tetap suruh saya pakai kereta tu dan dia akan pinjam kereta office untuk hantar adik-adik saya.

"Itu yang buat saya kesian dan pasang impian untuk belikan kereta baharu untuk mama. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Sekarang mama dah boleh naik kereta baharu tu ke mana saja dia nak pergi," katanya.

Intan bersama ibunya yang bekerja sebagai kerani.

Dalam pada itu, Intan yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru berkata dia hanya berkongsi video itu sekadar untuk suka-suka.

"Saya sebenarnya suka buat video setiap kali dengan mama sebab kami memang rapat. Video tu pun saya ambil untuk disimpan sebagai kenangan.

"Saya pun post untuk suka-suka di Twitter tapi tak sangka viral. Memang terkejut. Tak sangka ramai tersentuh melihat video itu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
hadiah kereta, kejutan, mama, Intan

Artikel Lain