suria

Menggigil tangan cabut bulu mata pada jenazah, terus sis bungkus bisnes ‘eyelash extension’ - “Belum tiga pelanggan, aku dah dapat petunjuk”

LUMRAH bagi setiap wanita ingin kelihatan cantik pada pandangan mata orang lain.

Seiring dengan teknologi moden, muncul pelbagai kaedah dan teknik tertentu bagi merealisasikan keinginan golongan wanita.

Contohnya seperti penyambungan rambut, suntikan filler untuk menghilangkan kedutan di wajah, dan terbaharu kaedah penyambungan bulu mata (eyelash extension) serta sulam bedak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok adik-beradik slim, gadis ini nekad nak kurus... hasilnya melayang 40kg!– “Jauhkan diri daripada mereka yang toksik”

ARTIKEL BERKAITAN: Muka jerawat teruk selepas mandi kolam, pakwe terus minta putus... tapi tak sampai 2 bulan, kulit gadis ini alami transformasi ‘wow’!

Segelintir wanita tidak ragu-ragu melakukan prosedur ini tanpa mengambil kira kesan sampingan di kemudian hari, yang mana ia melibatkan isu hukum agama sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelayar Facebook ini.

Menurut pelayar yang enggan dikenali itu, sebagai seorang wanita, dia juga berkeinginan untuk melakukan eyelash extension untuk kelihatan lebih cantik dan menarik.

Antara perkongsian pelayar Facebook mengenai trend terbaru yang digilai wanita pada masa kini.

Bagaimanapun,  hasrat tersebut ‘dikuburkan’ serta merta selepas mendapatkan pandangan daripada seorang rakannya yang sering terlibat memandikan jenazah wanita.

“Saya tanya dia, ada tak jenazah yang meninggal dengan cantik siap sulam bedak, eyelash extension, warnakan rambut dan sebagainya? Dia jawab ‘memang ada’.

“Jadi saya tanya ‘akak buat macam mana?’ Mengejutkan, dia beritahu, dia dan kawan-kawannya tak cukur rambut, tak cabut kuku, tak cabut atau gunting bulu matanya yang disambungkan, atau tonyoh pipi yang sulam dengan blusher tu.

“Dia biar sahaja kerana dia memang tak boleh padamkan dan tak boleh buat apa pun, walaupun sewaktu mandi tidak kena air dan tidak sah mandinya. Mayat pun rasa sakit,” tulis pelayar itu.

Perkhidmatan pemasangan eyelash extension banyak ditawarkan di klinik estetika ataupun pusat kecantikan. Gambar sekadar hiasan.

Tambah pelayar itu lagi, rakannya itu hanya mampu berdoa agar Allah mengampunkan dosa dirinya dan si mati.

“Seram saya dengar. Memang tak berani nak warnakan rambut dan sebagainya,” tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi komen yang lain, seorang wanita turut membuat perkongsian mengenai pengalamannya yang menghentikan perkhidmatan memasangkan eyelash extension gara-gara satu tragedi yang benar-benar membuatkannya insaf.

Menurut wanita ini, dia pernah mengambil kursus dan membuka perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pemasangan eyelash extension.

Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove.

PELAYAR FACEBOOK

Sungguhpun agak ragu-ragu, wanita itu bagaimanapun  berkata dia tidak mempedulikan keadaan tersebut, sehinggalah berlaku satu peristiwa yang akhirnya mengubah keputusannya itu.

“Belum sampai tiga pelanggan, aku dah dapat petunjuk di mana arwak makcik suami aku meninggal secara tiba-tiba kerana serangan jantung. Kebetulan dia baru sahaja buat eyelash extension.

“Saudara mara sebelah suami tahu aku buat perkhidmatan eyelash extension, dan aku dipanggil untuk remove eyelash jenazah. Ya Allah, dah ditolak permintaan itu tapi semua orang merayu dekat aku.

“Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah. Dan bermula saat itu, aku berhenti buat service tu lagi. Allah dah beri petunjuk kepada aku,” tulisnya.

Memakai maskara merupakan salah satu teknik untuk melentikkan bulu mata. Gambar sekadar hiasan.

Dalam pada itu, seorang pelayar, Xinger Yan yang pernah mempunyai pengalaman memandikan jenazah wanita turut berkongsi kisah di mana dia dan rakan-rakannya berdepan dengan tugas berat sekiranya diminta memandikan jenazah wanita sedemikian.

“Jenazah yang pakai filler rupa dia Nauzubillah… Jadi tolong sangat-sangat yang pakai, sila remove… yang itu pemandi jenazah tak dapat tolong. Apabila badan dah kaku, filler bentuknya berketul-ketul… cacat jenazah.

“Cuma nasihat saya, elakkanlah tabarruj (mencantikkan diri). Anda bayangkan apabila darah berhenti, bukan semudah ABC nak tonyoh buang semua. Berpeluh nak bersihkan foundation, eyeshadow dan celak. Sedih tengok terasa perit sangat kena tonyoh kuat-kuat tapi apakan daya,” ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain