"TAK nak sayur tau". Begitulah celoteh manja seorang kanak-kanak berusia enam tahun dalam sebuah video yang tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Umur 12 tahun, tapi dah sama level dengan ‘makcik bawang’... anak dedah ibunya speechless disapa di tingkap kereta sebelum tergelak kuat ARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun 1 ni bukan main bangga beli makanan sendiri, tapi tak tahu maksud viral - “Memang suka berangan, patutlah orang panggil kakak viral” Gelagat kanak-kanak itu, Auni Zahrah Ahmad Shaifulbahri yang petah mengirim makanan kepada abang sepupunya dengan mimik muka comel berjaya mencuit hati netizen. Dikongsi oleh Ahmad Nabil Jefri, video itu setakat ini mendapat lebih 240,000 tontonan, 17,000 ulang kicau dan 23,000 tanda suka. Rata-rata netizen terhibur melihat kepetahan Auni Zahrah berkomunikasi memesan burger ayam keju tanpa sayur kepada Ahmad Nabil menerusi ruangan komen. "Auni nak ni, Auni nak burger, haa cheese, nak ayam," kata Auni. Nabil kemudian membalas: "Tu je OK, bye." "Taknak sayur tau, bye," kata Auni membalas kata-kata abang sepupunya yang dipanggil Abin itu. Posting Auni berceloteh mengirim makanan tular di laman Twitter. "Adik kau ke? Comelnya... geram aku. That 'tak nak sayur tau', alahai. "Bagilah dia habis cakap dulu, hahahaha. "Huwaa, comelnya i love you adik. Lain kali minta banyak lagi kat abang tu ya," komen beberapa netizen. Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berusia 19 tahun ini tidak menduga video rakaman sepupunya itu mampu mencuri perhatian netizen. Katanya, ia dirakam ketika dia mahu keluar lepak bersama abangnya di Kuala Lumpur. "Sejujurnya, saya memang tak expect yang ramai netizen akan retweet post saya. Nabil mengakui Auni berbakat menggayakan tudung. "Sebab masa tu sebenarnya, saya nak keluar lepak dengan abang saya di Kuala Lumpur, tapi bila dia nampak saya nak keluar, dia lari kejar saya kat pintu untuk order makanan," katanya. Jelas Ahmad Nabil atau lebih mesra disapa Nabil, sepupunya yang bersekolah di Rawang, Selangor itu memang petah bercakap dan aktif. Tambah Nabil, Auni Zahrah juga berbakat dalam menggayakan fesyen tudung. "Auni ni memang aktif. Dia bab bercakap memang nombor satu. Pandai meng'order' pula tu. Saya ada juga register TikTok untuk dia main. Seronok tengok gelagat dia. "Lepas tu, kat komen ada orang puji dia pandai tutup aurat. Actually, kalau nak keluar rumah memang umi dia dah didik untuk pakai tudung. Tapi, dia akan pakai ataupun pin sendiri. Tak tahulah mana dia belajar, tapi dia pandailah gayakan tudung tu sendiri," ujarnya. Auni ni memang aktif. Dia bab kalau bercakap memang nombor satu. Pandai meng'order' pula tu. Saya ada juga register TikTok untuk dia main. Seronok tengok gelagat dia. NABIL Dalam pada itu, mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini berkata faktor persekitaran dan dikelilingi kanak-kanak sejak kecil menjadikan dia seorang yang penyayang dengan kanak-kanak. Menurut anak keempat daripada lima orang adik beradik itu, dia mengakui rapat dengan Auni kerana mereka tinggal sebumbung. "Saya memang suka budak-budak. Especially bila tengok gelagat mereka cute dan innocent, macam tak tahu apa-apa saja. "Lagipun, masa saya kecil-kecil dulu, environment saya memang banyak kanak-kanak. Sebab itulah saya suka menyakat mereka. "Saya pun memang rapat dengan Auni, sebab dia tinggal kat rumah nenek. Jadi, bila serumah tu, rasa tercuit hati tengok keletah dia yang comel dan manja," tambahnya. Gara-gara posting mengenai sepupunya berceloteh mengirim pesanan makanan, Nabil terima banyak DM. Dalam pada itu posting tersebut turut membuatkan ramai wanita cair dengan sikap Nabil yang pandai melayan kanak-kanak. "Terserlah kecomelan. Dik, share abang boleh? Akak pun suka burger dengan cheese tau," tulis seorang individu di Twitter. Ditanya mengenai status dirinya, Nabil berkata dia masih bujang dan tidak mempunyai teman istimewa buat masa ini. "Saya masih single, setakat ni belum jumpa lagi peneman hati. "Tak sangka pula bila video tu viral ramai perempuan yang DM (direct message)," katanya. Girl memang minta macam2 eh kalau org nak belanja? pic.twitter.com/XzpRnP277E — nabilljefri (@kalerioooo) January 12, 2020