TAHNIAH anak Malaysia! Demikian antara komen netizen berhubung pencapaian jejaka kelahiran Kuala Lumpur, Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah yang mana foto yang dihasilkannya disiarkan menerusi laman Instagram syarikat teknologi gergasi, Apple. Foto memaparkan seorang lelaki sedang memanjat pokok kelapa itu dikongsi menerusi Instagram rasmi syarikat berkenaan yang memiliki lebih 21 juta pengikut. ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Apple nun jauh di Amerika hargai foto rumput hijau di utara tanah air, jurugambar tak kecil hati ada yang perlekeh - “Setakat macam ni, biasa je...” ARTIKEL BERKAITAN: Kerana cinta, Khairul Amin ceburi ‘mobile photography’ Sehingga kini, ia menerima lebih 300,000 tanda suka (likes) sejak dimuat naik pada awal pagi Khamis. Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 28 tahun yang mesra disapa Iskandar itu mengakui gembira atas pencapaian berkenaan. Foto yang disiarkan menerusi Instagram Apple. "Sudah semestinya rasa terharu dan gembira. Rasa bertuah pun ada sebab gambar saya terpilih untuk disiarkan di Instagram Apple. "Belum pernah lagi dapat pengiktirafan dari syarikat besar macam ni," ujarnya sewaktu dihubungi. Semua gambar saya guna telefon sahaja. Untuk gambar tu, saya guna iPhone XR dan ia dirakam sekitar pukul 6.30 pagi di kawasan kampung. NOR AZMEER ISKANDAR AMIR HAMZAH ANGGOTA POLIS Mengulas lanjut mengenai foto itu, Iskandar mendedahkan ia dirakam sekitar Ogos tahun lalu di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Malah, dia turut berharap perkongsian gambar di laman Instagram Apple itu dapat membantu untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia. Antara foto pernah yang dihasilkan Iskandar. "Saya bukan berasal dari Terengganu, tapi bertugas di sini sejak 2013. Masa mula-mula datang, saya cuba cari sesuatu untuk dilakukan bagi mengisi masa lapang. "Saya jadikan mobile photography sebagai satu hobi. Semua gambar saya rakam guna telefon sahaja. Untuk gambar tu (lelaki panjat pokok kelapa), saya guna iPhone XR dan ia dirakam sekitar pukul 6.30 pagi di kawasan kampung," ujarnya yang bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Iskandar turut menjalankan perniagaan makanan sejak 2017. Selain hobi fotografi, Iskandar juga menjalankan perniagaan makanan seperti biskut dan kek bagi menjana pendapatan tambahan sejak 2017. "Saya ada buat sea salt chocolate chips, tart nenas dan kek lapis sejak 2017. Tapi buat kecil-kecilan sahaja untuk tambah duit poket," ujarnya. Antara kloleksi gambar yang dimuat naik di Instagram Iskandar. Dalam pada itu, ia bukanlah kali pertama rakyat negara ini menerima pengiktirafan Apple. Pada Disember lalu misalnya, gambar milik penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Dinie Aiman Sukhaizar turut dipamerkan menerusi Instagram Apple.