suria

Sebak tengok mak ayah jual jagung sampai tertidur, pelajar menangis tulis tweet sebelum viral - “I know i'm not tweet famous”

Bapa Fiera yang tertidur kepenatan di gerai jagung.

"SEDIH tengok umi dan abah. Jual jagung sampai tertidur."

Demikian luah seorang gadis berhubung kepayahan ibu bapanya mencari rezeki dengan mengusahakan gerai jagung di Kampung Pasir Puteh, Merchang, Marang, Terengganu bagi menyara keluarga.

Kisah duka itu dikongsikan Ain'nur Syafiera Asrul Rizan menerusi Twitter dengan harapan hebahan itu sedikit sebanyak dapat membantu menarik lebih ramai pelanggan ke gerai berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk jualan Ramadan terpaksa beri jiran, anak sebak... “Tak sampai hati tengok mama”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”

Menurut anak sulung pasangan Asrul Rizan Abdul Rahim, 46, dan Azliza Mat Saman, 47, ini, paling menyentuh hati tentunya tatkala melihat ibu bapanya keletihan selepas seharian bekerja.

"Umi mula berniaga pukul 7.30 pagi setiap hari. Ayah pula bawa lori ambil kelapa sawit waktu pagi. Kemudian ayah akan balik dan bantu umi di gerai sampai pukul 11 malam.

"Sekarang banyak pokok kelapa sawit dah tebang, jadi gaji abah pun tak banyak. Untuk tampung belanja kami, terpaksa la umi berniaga. Gerai ni pun baru buka tak sampai setahun.

Posting Fira yang tular di Twitter.

"Memang sedih tengok umi dan abah bekerja untuk kami lima beradik, bergilir jaga gerai dan uruskan keluarga," ujar gadis berusia 22 tahun itu kepada mStar.

Mesra disapa Fiera, dia memaklumkan gerai berkenaan menjual jagung rebus, air jagung, kacang tanah, cuka nipah dan air nira.

Tambahnya lagi, dia juga tidak kekok membantu perniagaan ibu bapanya apabila pulang ke kampung sempena cuti semester.

Umi pun selalu bagi jagung percuma untuk mereka yang pertama kali datang, ataupun kalau mereka beli banyak, dapat juga percuma.

AIN'NUR SYAFIERA ASRUL RIZAN

PELAJAR

Dia yang kini menuntut di Universiti Teknikal Melaka (Uten) turut sedaya upaya mencuba pelbagai alternatif demi membantu kewangan keluarganya.

"Umi pernah kata, dalam susah kita, ada lagi orang lain yang lebih susah. Saya menangis masa tulis tweet tu, tapi sorok muka masa umi datang.

"Sekarang saya tengah cuti semester, jadi saya bantu jaga gerai juga. Di kampus pun saya ada buat perniagaan makanan seperti spaghetti, choco jar dan buat kerja part time," ujarnya.

Gerai jagung yang diusahakan ibu bapa Fiera.

Dalam pada itu, Fiera juga menzahirkan rasa syukur atas sokongan orang ramai sehingga posting hebahan itu menerima hampir 30,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

"Saya nak ucap terima kasih pada mereka semua. Semoga doa mereka akan berbalas balik.

Fiera sebak mengenangkan kepayahan ibu bapanya mencari rezeki.

"Saya harap makin ramai kenal gerai ni dan akan dikunjungi lebih ramai pelanggan selepas ini.

"Umi pun selalu bagi jagung percuma untuk mereka yang pertama kali datang, ataupun kalau mereka beli banyak, dapat juga percuma," ujarnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain