SEBUT sahaja anoreksia, kita pasti terbayangkan keadaan fizikal seseorang yang terlalu kurus sehingga kelihatan tidak sihat dan mungkin menakutkan. Kebiasaannya penyakit akibat masalah gangguan makanan ini dialami oleh model-model antarabangsa yang obses untuk kurus demi kerjaya, malah selebriti terkenal, Victoria Beckham juga pernah mengalaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Muka jadi senget, pipi bergetar “Diminta buat ujian HIV, dunia saya terasa gelap” Demikianlah kisah anak kelahiran Batu Caves, Selangor ini apabila perkongsiannya tular di laman sosial ketika mendedahkan dirinya disyaki menghidapi penyakit berkenaan. Sehingga kini, posting itu mendapat lebih dari 248 ulang kicau dan 580 tanda suka di Twitter. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpanya, tetapi tidak kurang juga yang mengambil ringan dan menjadikan ia sebagai bahan jenaka. Perkongsian Anas mengenai dirinya yang disyaki menghidap anoreksia tular di laman Twitter. "Anas, listen. Saya ada kawan yang berat dia 40 kilogram tapi doktor kata dia kena tambah berat badan untuk kekal sihat. Jadi, kurus tak melambangkan sesuatu kecantikan tu. Please stay healthy rather than being kurus dan terpaksa buang itu ini. Tak sihat tu. Good day to you. "Cari perhatian ke apa ni," komen beberapa netizen. Bagaimanapun, selepas berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Anas Zikrilhakim Alias memberitahu dia tidak menjangka posting tersebut akan tular di laman sosial. Menurut Muhammad Anas Zikrilhakim atau lebih selesa disapa Anas, dia menganggap sesiapa pun bebas meluahkan perasaan di platform media sosial asalkan ia tidak memudaratkan orang lain. "Sejujurnya, saya tak on notification Twitter pada handphone, jadi bila ramai retweet atau komen, saya tak perasan. Tapi terdetik di hati untuk buka Twitter semalam, bila tengok je baru tahu tweet saya tu blow up. "Saya tak expect ia akan viral sebab bagi saya it's normal to tweet apa-apa yang kita nak dalam Twitter. Lagipun ramai guna Twitter untuk luahkan perasaan atau kongsi cerita mereka. Anas menganggap media sosial merupakan medium untuk meluahkan perasaan. "Asalkan tweet saya tu tak memudaratkan mana-mana pihak, tak ada unsur racist, saya rasa tak ada masalah," katanya. Jelas pemuda berusia 21 tahun ini, dia menyedari dirinya mengalami anoreksia apabila begitu fobia melihat bentuk fizikalnya di cermin. "Saya memang tak boleh nak tengok cermin. Saya rasa macam pipi saya tembam, badan saya gemuk, walaupun kenyataannya orang cakap saya tak gemuk. "Macam sekarang ni saya obses nak sangat dapatkan berat badan 40 kilogram. Sebelum ni 46 kilogram, but currently 44 kilogram. Saya turun dua kilogram tapi saya masih rasakan yang saya ni gemuk," kongsinya. Ketika ditanya mengenai dirinya yang dijadikan bahan jenaka dan dianggap sekadar mahu mencari publisiti apabila mengatakan dirinya gemuk, Anas mengakui dia tidak dapat mengawal pemikiran seseorang. Saya memang tak boleh nak tengok cermin. Saya rasa macam pipi saya tembam, badan saya gemuk, walaupun kenyataannya orang cakap saya tak gemuk. MUHAMMAD ANAS ZIKRILHAKIM ALIAS "Saya ada je terbaca, ramai orang copy and paste komen seseorang dan jadikan saya bahan jenaka. "Kalau tak silap saya, pada mulanya, ada orang send komen positif dekat saya, lepas tu ada seorang 'tweet famous' ni copy tweet tu, dan lastly komen tu mula banyak bila pengikut dia mula spam komen dekat timeline saya. Tapi saya tak dapat nak cakap banyak sebab tak tahu kesahihannya dan tak nak fitnah orang. "Mungkin mereka ejek saya. Mungkin mereka nampak saya happy di luar, tapi sejujurnya tak mudah untuk saya bercanggah dengan pemikiran saya yang keep on saying badan saya gemuk," ujarnya. Sementara itu, pelajar Diploma Perbankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka ini berkata dia mulai sedar dan mengesyaki mengalami anoreksia selepas didesak doktor. "Hujung 2018 sebenarnya saya dapat tahu saya ada Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan juga depresi. Masa tengah konsultasi dalam pertengahan Disember, doktor beritahu saya disyaki alami anoreksia. Anas pernah menghidap penyakit Bell's palsy dan Twitching. "Selain tu, saya juga terpaksa bergantung dengan ubat sampingan setiap hari untuk kawal kesihatan mental seperti Lorazepam atau Alprozelam dan Excitalopram," tambahnya. Menerusi laporan mStar pada 23 Oktober 2018, Anas pernah berkongsi pengalamannya menghidap Bell's palsy dan Twitching, malahan pernah pengsan sebelum dikejarkan ke hospital. Bell's palsy adalah penyakit kelumpuhan muka idiopatik akibat masalah saraf tengkorak VII (saraf muka) yang menyebabkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.