suria

Biar tak pandai English, jejaka akui ‘awkward teruk’ guna telefon dalam setting bahasa Melayu

Ada individu di Twitter menyifatkan penggunaan tetapan telefon dalam Bahasa Melayu sebagai sesuatu yang memalukan. FOTO: NORAFIFI EHSAN.

SETIAP kali membeli telefon baharu, antara perkara paling awal yang kita lakukan tentunya membuat tetapan (setting) masa dan bahasa.

Ada yang menggunakan peranti dalam tetapan bahasa Inggeris (BI), tak kurang juga yang lebih selesa menggunakannya dalam bahasa Melayu (BM).

Malah, ia tidak pernah menjadi isu memandangkan setiap individu mempunyai pilihan masing-masing, asalkan ia dapat memudahkan urusan harian.

ARTIKEL BERKAITAN:Jangan main letak saja! Jauhi 'handphone' anda dari 3 tempat ini

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Ketahui kesan penggunaan telefon bimbit ketika petir

Namun, tiada ribut tiada angin, isu itu tiba-tiba menjadi tular gara-gara tweet 'penghinaan' yang muncul di laman Twitter.

"Biar tak pandai English, tapi jangan la set phone pakai bahasa Melayu. Awkward teruk," tulis pengendali Twitter yang tidak didedahkan identitinya itu.

Paparan skrin tweet berkenaan kemudiannya ditularkan sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Paparan skrin tweet 'hinaan' yang tular di laman Twitter.

"Hanya satu soalan yang aku ingin aju kepada kamu. Apa salah bahasa Melayu," tulis pengendali Twitter @UBMalaysia.

Malah, ramai lagi pelayar Twitter turut berpandangan sama, tak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa atas penghinaan kepada bahasa kebangsaan negara ini.

Rata-rata netizen berpendangan, isu mengenai tetapan bahasa dalam telefon tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan banyak lagi hal penting yang perlu diberi perhatian.

Saya pun set phone dalam tetapan English, tapi tak rasa pun itu satu yang boleh dibanggakan.

PELAYAR TWITTER

"Aku set phone BM kot. Aku pun tak pernah nampak pula orang Korea, China, Jepun set phone dalam bahasa Inggeris. Mesti mereka pun kena bash teruk kan sebab pakai bahasa sendiri.

"Acah set phone English, tengok movie English apa semua. Bila kat mesin ATM pilih bahasa Melayu juga," tulis pelayar Twitter secara sinis.

Namun, ada juga yang mempertahankan pendirian bahawa mereka lebih selesa menggunakan telefon dalam tetapan bahasa Inggeris.

Warga Twitter berkongsi pandangan tersendiri mengenai isu tetapan bahasa dalam telefon bimbit.

Ujar mereka, bukan kerana tidak suka akan bahasa Melayu sebaliknya banyak terma teknikal berasal dari kosa kata Inggeris, sekali gus memudahkan urusan penggunaan mereka.

"Tak salah pun, cuma rasa janggal kot. Pernah set bahasa Melayu juga tapi mak aku pun cakap benda sama. Cakap macam bahasa Indonesia.

"Sebenarnya saya belajar bahasa Inggeris dan pada masa yang sama saya bangga dengan bahasa pertiwi bahasa Melayu. Kenapa nak malu?

"Saya pun set phone dalam tetapan English, tapi tak rasa pun itu satu yang boleh dibanggakan," tulis beberapa netizen lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain