suria

Budak kecil buat ‘drama’ sedih, real sampai akak jurujual pun terpedaya... akhirnya taktik terbongkar melalui ibunya sendiri!

Video melibatkan kanak-kanak itu menjadi tular di laman Twitter.

KECIL-kecil dah pandai menipu!

Itulah gambaran kelicikan seorang budak lelaki lingkungan usia lima tahun yang didakwa menipu seorang jurujual perempuan di sebuah kedai runcit di Kluang, Johor pada Khamis lalu.

Rakaman melibatkan kanak-kanak itu menjadi tular setelah ia dikongsi oleh jurujual tersebut, Nurin Insyirah menerusi Twitter miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi! Remaja lelaki kena reject mengaku reka cerita kekasih dan iPhone11 sebab nak kejar status tweet famous - “Sebenarnya, saya suka dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak malunya, mengemis!” - Remaja dikecam ‘demand’ awek hadiah iPhone11 genap 30 hari bercinta

Mesra disapa Nurin, gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bekerja secara sambilan itu mengakui terpedaya dengan kisah duka yang diceritakan oleh kanak-kanak berkenaan.

"Dia datang ke kedai runcit saya bekerja dan minta wang RM1. Dia kata nak beli selipar sebab selipar putus.

"Saya rasa pelik dan tanya mengenai mak ayah. Dia kata bapa dah kena tangkap, mak pula dah meninggal. Saya kata Ya Allah kesiannya. Saya bagi RM1 dan dia terus berlari keluar.

Posting kanak-kanak itu yang dimuatnaik menerusi Twitter.

"Lepas tu dia datang balik minta RM5. Saya tanya lagi sekali, dia kata tak tahu bapa di mana dan tak tahu bila mak dia meninggal. Terus saya buat video," ujar Nurin sewaktu dihubungi mStar.

Namun, taktik kanak-kanak itu terbongkar apabila seorang wanita masuk ke kedai tempat Nurin bekerja untuk mencarinya.

Bertanya mengenai kehadiran seorang budak, ciri-ciri yang disebutkan wanita itu ternyata sama dengan kanak-kanak sama yang meminta wang daripada Nurin sebelum itu.

"Dalam 10 minit lepas tu, mak dia sampai. Dia tanya ada nampak tak anak dia? Budak lelaki kecil bawa mainan.

Duit seringgit saya tak kisah sangat. Tapi budak tu menipu. Perangai dia, kecil-kecil dah pandai reka cerita.

NURIN INSYIRAH

JURUJUAL

"Memang sama ciri-ciri yang disebut. Terus saya istighfar. Ya Allah, dah kena scam dengan budak.

"Saya tak pasti kalau mereka orang Melayu, Rohingnya atau orang Asli. Tapi mereka boleh bercakap bahasa Melayu," ujarnya lagi.

Menjawab tuduhan segelintir individu yang menuduh Nurin membuka aib kanak-kanak berkenaan dengan berkongsi video di Twitter, dia menafikan hal itu.

Kata Nurin, dia tidak menyangka ia akan tular dan sekadar berkongsi agar ia dapat memberi peringatan kepada orang ramai.

"Duit seringgit saya tak kisah sangat. Tapi budak tu menipu. Perangai dia, kecil-kecil dah pandai reka cerita.

Kanak-kanak ini meminta wang RM1 daripada Nurin pada Khamis lalu.

"Saya bukan nak aibkan dia, cuma nak bagitahu orang ramai agar berjaga-jaga. Di Twitter pun ada orang kongsi pengalaman sama.

"Ada seorang jurujual stesen minyak berhampiran pun pernah kena dengan dia. Kata netizen di Twitter, di tempat lain pun banyak kes macam ni," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting video Nurin menerima hampir 30,000 tontonan sejak dimuatnaik pada Jumaat lalu.

Berikut antara komen netizen di ruangan balas posting berkenaan:

"Kalau awak datang Kampung Baru Kuala Lumpur ni, mesti awak terkejut. Memang ramai budak-budak macam ni. Dia akan bagi alasan mak bapak mereka dah meninggal.

"Serius sis baru nak sedih sekali haih kurang asam punya adik Ribena, mana dia belajar menipu mak dia meninggal ni?

'Aku pernah juga kena macam ni, dia datang dekat kereta suruh belanja makan, mak sakit la adik sembilan orang tak makan la. Padahal aku dalam kereta tadi tengok dia tengah beli mainan dengan kawan-kawan dia.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nurin Insyirah, menipu, scammer, jurujual

Artikel Lain