suria

“Saya malu” - Kisah gorila buat gadis ini nekad kuruskan badan

Syuhada memulakan diet sekitar tujuh bulan lalu.

JENAKA mengenai fizikal seseorang bukanlah sesuatu perkara yang asing.

Turut disebut sebagai body shaming, ia sebenarnya sudah lama wujud sebelum terma itu disebut-sebut dalam kehidupan moden hari ini.

Bagi mereka yang mengalaminya, usikan rakan mengenai saiz badan yang besar bagaikan sudah jadi lumrah dan mungkin ada yang sudah lali dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir lagi besar daripada mak, gadis ini turun 14kg selepas puasa 2 bulan... terus ramping, malu dipuji cun!

Itulah juga yang berlaku ke atas seorang gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Syuhada apabila dia diberi pelbagai gelaran termasuklah nama haiwan sejak sekian lama.

"Memandangkan saya gemuk dari kecil. Bermacam gelaran dah pernah saya dapat. Tapi gelaran gorila paling saya ingat sebab dipanggil depan orang ramai.

"Saya malu. Biasalah dah besar kan, dah mula kisah dengan perasaan sendiri. Dah penat pujuk hati sendiri. Jadi masa tu sangat sangat terasa," ujar gadis berusia 22 tahun itu kepada mStar.

Posting Syuhada di Twitter.

Bertitik tolak dari situ, Syuhada nekad untuk menjalani diet demi mendapatkan berat badan ideal.

Ujarnya, usaha gigih itu bukanlah untuk memuaskan hati orang lain sebaliknya dilakukan untuk diri sendiri.

"Tujuh bulan lalu saya mula diet untuk diri sendiri, bukan sebab untuk orang lain. Masa mula-mula, saya fikir buat ni untuk kesihatan saya.

Emosi tak stabil asyik nak sedih je. Sekarang Alhamdulillah yakin je nak pergi joging yakin nak keluar cari baju. 

SYUHADA

GRADUAN POLITEKNIK

"Sampai bila nak gemuk kan? Aktiviti yang saya nak buat semua terbatas atas faktor fizikal," ujar bekas pelajar politeknik itu.

Menurut Syuhada, dia sebelum ini memiliki berat 89.3 kilogram (kg) dan kini beratnya berkurang kepada 66kg yang mana sasaran idealnya ialah 50kg.

Malah, kehidupannya kini bertambah gembira dan dia semakin yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

Perubahan yang dialami Syuhada.

"Perubahan sangat banyak dari segi fizikal dan mental. Contohnya dulu saya sangat low confident nak keluar takut orang tengok fizikal kita. Tegur fizikal kita.

"Emosi tak stabil asyik nak sedih je. Sekarang Alhamdulillah yakin je nak pergi joging yakin nak keluar cari baju. Sihat tubuh badan nak lari pun selesa," katanya lagi.

Antara amalan yang dilakukan Syuhada termasuklah mengurangkan kandungan gula, senaman, menolak makanan segera, pengambilan air kosong tiga liter sehari dan senaman.

Syuhada membuat perkongsian mengenai kisah transformasinya itu menerusi laman Twitter pada Sabtu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Syuhada, kurus, diet, gorila

Artikel Lain